web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bila AG Coco Pilihkan Lagu Raya

Kami berkesempatan bertanya langsung kepada pemuzik dan produser yang satu ini tentang lagu-lagu raya yang paling dekat dengannya.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2021 2:30PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memulakan kerjayanya dalam industri hiburan secara serius pada tahun 2003, sudah tentulah pemuzik AG Coco atau Mohd Hezry Mohd Hafidz telah mengamati serta terdedah dengan bermacam jenis muzik.

Sebab itulah dalam tempoh hampir dua dekad ini, karyanya juga telah berkembang dan melalui pelbagai transisi dari zaman Elyana, Yuna, Hujan, sehinggalah kepada soundtrack keagamaan seperti yang dibuat untuk program 'Imam Muda.' Semua telah dicubanya.

AG Coco percaya bahawa muzik ialah magis yang melibatkan perasaan. Sempena lebaran ini, kami berkesempatan bertanya langsung kepada tuan badan apalah agaknya lagu raya yang paling dekat dengan pemuzik dan penerbit berbakat besar ini sepanjang hidupnya.

Berikut ialah 5 lagu raya kesukaan beliau:

 

'Lebaran Ini' - Raihan, Nowseeheart, REM & Ajai

Mungkin ramai yang bersetuju kalau kami katakan lagu raya ini membawakan aura ketenangan di pagi raya. Sesuai dengan mesejnya untuk bermaafan dan mengucapkan syukur kepada Allah. Lagu ini mempunyai roh yang tersendiri apalagi nyanyiannya adalah hasil gabungan beberapa artis dan selebriti nasyid di Malaysia.

 

 

'Satu Hari Di Hari Raya' - M. Nasir

Aduhai, inilah lagu paling sedih nak didengar untuk raya tahun ini. Lagu nyanyian M. Nasir ini tidak lain dan tidak bukan adalah rintihan hati seseorang yang sangat bersyukur dengan kebahagiaan yang dimilikinya. Sebenarnya syukur yang paling besar di pagi raya iaitu kesempatan untuk menatap wajah ayah dan ibu.

 

 

'Selamat Hari Raya' – Saloma

Merupakan lagu wajib yang akan dipasang di setiap pasaraya menjelang Hari Raya walaupun ia sudah lama dihasilkan sejak tahun 1972 lagi. Kalau dah sedih dengar lagu M. Nasir boleh tukar ke lagu ini yang membawa aura kemeriahan dapat berkumpul bersama-sama di pagi raya. Kalau nak tahu, lagu ini pernah diharamkan di Singapura kerana mempunyai lirik yang menyebut, "Dam dam dum, bunyi mercun."

 

 

'Suasana Hari Raya' - Sharifah Aini

Selain Saloma, lagu raya Sharifah Aini pun antara yang malar segar sangat tepat menceritakan kemeriahan di pagi raya. Siap dengan ketupat, kuih-muih dan tradisi maaf bermaafan sesama kita.

 

 

'Senandung Hari Raya Untukmu' - Dayangku Intan

Kita tiba ke lagu terakhir pilihan AG Coco iaitu 'Senandung Hari Raya Untukmu' nyanyian Dayangku Intan. Kalau difikir-fikir, ini ialah lagu yang paling sesuai untuk kita dengar apalagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Ia menceritakan seseorang yang tak dapat pulang raya, samalah macam nasib kita semua.

Nampaknya lagu-lagu lebaran pilihan AG Coco sangat klasik dan tradisional. Anda pula bagaimana? Adakah lagu kesukaan anda sama seperti AG? - Getaran, 12 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas