web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Samsons Adalah Sebuah Jenama, Siapa Pun Vokalisnya, Ia Tidak Harus Dipertikaikan - Irfan Samsons

Adrian yang sudah dua tahun menggantikan tempat Bam mengakui, dirinya masih terlalu ‘hijau’ untuk berkongsi perjalanan bersama kumpulan muzik tersebut.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 4:16PM

Samsons akan beraksi pada 20th Anniversary Live Konsert In Malaysia bertempat di ZEPP Kuala Lumpur pada 29 April nanti.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan disebabkan masalah pergaduhan atau masalah kesihatan, namun ada sebab mengapa bekas vokalis Samsons, Bambang Reguna Bukit atau lebih mesra dikenali sebagai Bam membuat keputusan untuk mengundur diri daripada kumpulan terbabit pada lebih sedekad lalu.

Mendedahkan hal sebenar, Irfan yang juga gitaris band muzik itu berkata, Bam mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada Samsons 2011 kerana dia lebih meminati muzik genre keagamaan.

“Dia (Bam) tidak lagi serasi dengan perjuangan muzik Samsons dan jiwanya yang lebih terarah kepada muzik sedemikian. Itulah, sebab utama dia meninggalkan Samsons. Bukan disebabkan masalah kesihatan atau perselisihan faham dengan mana-mana ahli.

“Kami hormati pendiriannya Bam dan hingga saat ini, kami masih lagi berkawan baik biarpun dia sudah membawa haluan muziknya sendiri,” katanya.

Selain Irfan, Samsons turut dianggotai Aldri Dataviadi (pemain bass), Erik Partogi Siagian (pemain gitar) serta Adrian Martadinata selaku vokalis terbaharu.

Mengenai pemilihan Adrian Martadinata menggantikan tempat Bam, Irfan berkata,  Samsons adalah sebuah jenama dan siapa pun vokalisnya, ia tidak harus dipertikaikan.

“Tidak kisah siapa yang menyanyi atau anggotanya, yang pentingnya adalah kami membawa lagu-lagu Samsons.

“Lagipun kebolehan Adrian tidak boleh disangkal kerana dia seorang penyanyi yang bagus, malah dia juga seorang komposer yang hebat dan berpengalaman,” jelasnya.

Sementara itu, Adrian mengakui, walaupun sudah dua tahun menggantikan tempat Bam, namun dirinya masih terlalu ‘hijau’ untuk berkongsi perjalanan bersama kumpulan muzik tersebut.

Bahkan, dia juga turut berasa terlalu kerdil untuk menjayakan konsert Samsons 20th Anniversary Live Konsert In Malaysia bertempat di ZEPP Kuala Lumpur pada 29 April nanti.

Namun, pada masa yang sama Adrian turut menjelaskan, bahawa ini adalah masa yang terbaik untuk memperkenalkan Samsons  dengan barisan anggota  baharu kepada peminat di sini.

“Meskipun saya anggota baru, namun kami tetap akan terus berjuang bersama-sama.

“Kami harap yang penting nanti, penonton hanya akan fokus ke semua hal tentang muzik Samsons bukan sahaja hendak melihat siapa yang akan menyanyikannya. - Getaran, 27 Mac 2023.

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Ada Kejutan Menanti Peminat, Samsons Janji Persembahan Bertenaga Di Kuala Lumpur

2

Selebriti 5 tahun yang lalu

SamsonS Rancang Konsert Sempena Ulang Tahun Ke-15

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 18 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...