Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ada Kejutan Menanti Peminat, Samsons Janji Persembahan Bertenaga Di Kuala Lumpur

Bagi meraih sambutan ke-20 tahun penubuhan mereka, kumpulan Samsons bakal mengadakan konsert di Zepp Kuala Lumpur pada 29 April 2023.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 9:08AM

Samsons bakal mengadakan konsert di Zepp Kuala Lumpur pada  29 April.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beberapa penganjuran konsert berskala besar yang dianjurkan bermula awal tahun ini yang  membabitkan beberapa penyanyi terkenal, termasuk dari luar negara, sekali gus memberi bayangan industri muzik tidak melewati fasa gerhana.

Dalam mengupas penganjuran konsert di Malaysia, kita tentu sekali tidak dapat melepaskan pandangan daripada memberi tumpuan pada trend kemasukan penyanyi Indonesia mengadakan konsert berskala besar mahupun kecil di negara ini.

Percaya atau tidak, hampir setiap minggu sejak sebulan lalu, ada sahaja artis dari negara jiran berkunjung ke Malaysia untuk menghiburkan peminat mereka.

Terbaharu, bagi meraih sambutan ke-20 tahun penubuhan mereka, kumpulan Samsons bakal mengadakan konsert di Zepp Kuala Lumpur pada  29 April.

Menurut penganjur Ultimate Film Sdn Bhd, membawa kumpulan Samsons yang popular dengan lagu ‘Kenangan Terindah’ dan ‘Naluri Lelaki’ itu dianggap tepat bersesuaian dengan ulang tahun penubuhan kumpulan itu.

“Perjalanan muzik Samsons selama 20 tahun ternyata menjadi profil yang cukup kukuh buat kumpulan ini.

“Bukan sekadar menakluk peminat di negaranya, tapi kumpulan dari Indonesia ini juga kukuh namanya dalam kalangan peminat Malaysia. Bagi konsert ini, pihak kami yakin ia akan menjadi suatu kejayaan dan dapat mengubat kerinduan peminat kumpulan Samsons di Malaysia,” katanya.

Jelas penganjur Ultimate Film Sdn Bhd lagi, pihaknya menjanjikan pengalaman luar biasa dengan persembahan selama 120 minit tanpa henti dengan lagu-lagu hit mereka.

Lebih mengujakan, kumpulan Samons  mengambil peluang ini bagi memperkenalkan ahli vokalis baharu Adrian Martadinata selain terdapat beberapa kejutan yang bakal menanti penonton.

“Pada Samsons 20th Anniversary Live Concert in Malaysia 2023 kumpulan ini menjanjikan sebuah persembahan yang mantap dan bertenaga. Malah, kerinduan peminat terhadap Samsons dapat diterjemahkan dengan sambutan yang bakal diberikan.

“Justeru, pihak penganjur menetapkan harga jualan tiket yang pastinya berbaloi untuk menonton sebuah persembahan yang berkualiti.

“Penetapan harga tiket adalah berbaloi dan sesuai dengan permintaan peminat di Malaysia yang merindui kumpulan ini bagi membuat persembahan pentas.

“Jadi, harapan kami pada konsert ini agar setiap perancangan yang diatur dapat dicapai dengan mudah dan mendapat sokongan dari setiap lapis masyarakat untuk menjadikan konsert ini berjaya,” ujarnya.

Terdahulu, kali terakhir kumpulan Samsons melancarkan album yang diberi judul ‘V’ pada 2021 bertepatan dengan kemunculan album kelima mereka itu.

Album yang dilancarkan Universal Music Indonesia itu bukan calang-calang album kerana terdapat penglibatan puluhan pemuzik daripada anggota ‘Budapest Scoring Symphony Orchestra’.

Dalam album ‘V’ itu, Samsons memberikan sentuhan muzik orkestra dalam semua lagu dan tidak menghairankan apabila nuansa muzik yang mereka paparkan dalam album ini kedengaran hebat.

Untuk rekod, album ‘Naluri Lelaki’ yang dilancarkan pada 2006 memenangi pelbagai kategori pada Anugerah Musik Indonesia (AMI).

Antaranya, Best of The Best Album; Best of The Best Newcomer; Best Pop Duo/Group; Best Pop Album; Best Song (Kenangan Terindah); Best Album (Naluri Lelaki); dan Ring Back.

Jadi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan hebat kumpulan Samspns  menerusi Samsons 20th Anniversary Live Concert in Malaysia 2023.

Tiket menyaksikan persembahan ini mula dijual di laman web www.ticket2u.com petang semalam. - Getaraan, 9 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Samsons Adalah Sebuah Jenama, Siapa Pun Vokalisnya, Ia Tidak Harus Dipertikaikan - Irfan Samsons

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

SamsonS Rancang Konsert Sempena Ulang Tahun Ke-15

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 15 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 18 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 23 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran