web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsert Sifu & Aku 38: M.Nasir & Hattan Kongsi Pentas, Beraksi di Sabah Dan Sarawak 

Kedua-dua penghibur lagenda ini bakal menghiburkan peminat di luar semenanjung di dua lokasi berbeza iaitu di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak pada 25 Mei ini dan Sabah International Convention Centre di Kota Kinabalu (1 Jun ini). 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 7:25PM

Konsert Sifu & Aku 38 menjanjikan sebuah persembahan yang hebat, bukan sekadar dari sudut persembahan kedua-dua penyanyi lagenda ini semata-mata tetapi juga dari sudut aspek teknikal. - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukanlah julung kali Datuk M Nasir dan Datuk Hattan berkongsi pentas yang sama untuk menjayakan konsert. 

Namun, menerusi konsert Sifu & Aku 38’, kedua-dua penghibur lagenda ini bakal menghiburkan peminat di luar semenanjung di dua lokasi berbeza iaitu di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak pada 25 Mei ini dan Sabah International Convention Centre di Kota Kinabalu (1 Jun ini). 

Dianjurkan, Westzone Entertainment (M) Sdn. Bhd dan rakan penganjur, GC Productions, Konsert Sifu & Aku 38 menjanjikan sebuah persembahan yang hebat, bukan sekadar dari sudut persembahan kedua-dua penyanyi lagenda ini semata-mata tetapi juga dari sudut aspek teknikal. 

“Ini adalah cabaran kami di pihak penganjur iaitu memastikan Konsert ‘Sifu & Aku 38’ punya kelas tersendiri dari segi aspek teknikal seperti jalan persembahan, bunyi dan hal-hal belakang tabir.

“Hal ini kerana kedua-dua figura yang kami gabungkan iaitu M.Nasir dan Hattan mempunyai aura yang sangat kuat dan mampu membuatkan para penonton yang hadir kelak untuk sama-sama merasai aura yang sama. 

“Jadi untuk memastikan kolaborasi ini sempurna, teknikal perlu sama hebat dengan penghiburnya,” ujar Pengarah Westzone Entertainment, Aiman.

Konsert ‘Sifu & Aku 38’ di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak pada 25 Mei ini. - Gambar PR
Konsert ‘Sifu & Aku 38’ di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak pada 25 Mei ini. - Gambar PR

Justeru itu penganjur berjanji apa yang disajikan lewat Konsert ‘Sifu & Aku 38’ berbaloi dengan penantian peminat dan aura yang dipancarkan oleh M. Nasir dan Hattan sendiri.

Apatah lagi bila M Nasir akan membawakan lagu-lagu hits beliau seperti 'Sahabat Gua', 'Mentera Semerah Padi', 'Hati Emas', 'Bonda' atau 'Tanya Sama Itu Hud Hud', manakala Hattan pula dengan lagu-lagu yang menangkap jiwa seperti 'Memburu Rindu' dan 'Mahligai Syahdu'. 

Bagi M.Nasir sendiri, persetujuan yang diberi mempengaruhi betapa serius projek ini akan berjalan, sementelah ia memakai kata Konsert ‘Sifu & Aku 38’.

“Mesti ada maksud dan simbolik di sebalik tanggal 38 tahun keraian dan perkataan Sifu dan Aku itu sendiri. Jadi saya melihat ia sebagai buah fikiran yang baik, gabungan bersama Hattan, menyapa peminat di luar Semenanjung, menyemarakkan kembali pasaran konsert tempatan, saya menyambutnya dengan senang hati,” katanya. 

Gambar ihsan PR
Gambar ihsan PR

Sementara bagi Hattan pula, dia melihat penganjuran Konsert ‘Sifu & Aku 38’ sebagai sebuah epik dalam dunia seni bagi kariernya apabila dapat berkongsi pentas yang sama dengan figura yang amat dihormati.

“Ini juga sekaligus membuktikan banyak mana lambakan penyanyi luar, penghibur tempatan mempunyai ruang eksklusif yang tidak pernah terbuang dan dilupakan peminat. Lihat kepada angka 38 tahun perjuangan sahaja sudah menjawab mengapa penghibur seperti kami terus relevan dan ‘boleh makan’ lagi,” jelasnya. 

Untuk menyaksikan Konsert ‘Sifu & Aku 38’, tiket-tiket dengan harga serendah RM188 (Cat 5), RM288 (Cat 4), RM388 (Cat 3), RM488 (Cat 2) dan RM1,000 (Cat 1 ) boleh dibeli menerusi laman web www.myticket.asia atau hubungi talian +603 8605 0195 atau dapatkan maklumat di Hotline +6012 649 7240. – Getaran, 3 Mac 2023 


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 7 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...