web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berang Dengan Perangai Orang Yang Tidak Suka Jawab Panggilan Telefon, Naddi Cipta Lagu ‘Pick Up The Phone’

"Lagu ini diilhamkan dari pengalaman saya yang pernah ‘disidai’ oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan suka tidak menjawab panggilan telefon," kata Naddi yang dahulunya dikenali sebagai Nadhira. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 8:26PM

PUTP adalah gandingan kedua Naddi bersama rapper tempatan, SXPH.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berang dengan perangai orang yang suka tidak menjawab panggilan telefon atau mesej, Naddi tampil dengan lagu baru yang berbaur sindiran bertajuk 'Pick Up The Phone' (PUTP) gandingan bersama rapper tempatan bernama SXPH yang bakal dilancarkan hari ini. 

Ini merupakan kolaborasi kedua Naddi bersama SXPH, yang juga salah satu rapper “otai” di Malaysia dan sudah banyak berkolaborasi bersama nama-nama besar seperti Altimet, Aina Abdul, Aman RA, Forceparkbois, DJ Fuzz, Mizz Nina dan ramai lagi.

Sejak penjenamaan semula, Naddi yang dahulunya dikenali sebagai Nadhira telah mengeluarkan dua buah lagu dan lagu PUTP merupakan lagu ketiga di bawah penjenamaan baru itu. 

Mesej utama di sebalik lagu ini pada dasarnya bermaksud 'berhenti membuang masa orang lain dan berhenti bermain dengan hati dan perasaan orang'. 

“Lagu ini diilhamkan dari pengalaman sebenar saya yang pernah ‘disidai’ oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan suka tidak menjawab panggilan telefon. 

“Perasaan itu amat menjengkelkan apabila ia berlaku terutama jika panggilan telefon dan mesej itu adalah penting dan kritikal. 

“Perkara ini kini sudah menjadi umpama wabak yang berjangkit dengan semua orang walaupun teknologi telefon makin canggih namun ia membuatkan manusia lebih malas untuk berkomunikasi secara profesional,” kata Naddi. 

PUTP adalah hasil ciptaan HM dari Statenine.
PUTP adalah hasil ciptaan HM dari Statenine.

PUTP sengaja dicipta dengan lirik yang menyindir dan digandingkan dengan melodi yang menyeronokkan serta bertempo rancak supaya pendengar dapat mengaitkan perasaan yang sama. 

Ia digubah oleh HM dari Statenine yang telah banyak menghasilkan lagu untuk artis-artis terkenal tanah air seperti Syamsul Yusof, Tuju, Loca B, Zahid AF dan ramai lagi.

Mengulas mengenai pembikinan muzik video PUTP itu, Naddi menyifatkan ia antara projek yang amat menyeronokkan. 

“Konsep muzik video ini dipenuhi dengan warna-warna ceria tetapi karakter yang Naddi mainkan di dalamnya agak sedikit gila dan psikotik dalam menyampaikan mesej lagu-lagu itu. 

“Muzik video ini hasil arahan dan suntingan Akmal Bahruddin dari Cross Hundred. Ini merupakan kolaborasi kedua Naddi bersama team produksi ini yang sebelum ini telah menghasilkan  muzik video untuk lagu 'Naddi Kek Mano',” katanya. 

PUTP bakal dilancarkan hari ini. 
PUTP bakal dilancarkan hari ini. 

Naddi merupakan penyanyi dan penulis lagu R&B, Pop dan Hip-Hop yang pernah memenangi anugerah dan pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara.

Dia juga telah mewarnai industri muzik Malaysia dengan lagu Inggeris yang menduduki carta teratas dan memenangi anugerah selama lebih sedekad, membawa nama Malaysia ke London, Perancis, Kanada, Australia, Singapura, Indonesia, Filipina dan banyak lagi.

Menghabiskan separuh hayatnya menetap di luar negara seperti London, Brunei, dan Jakarta, kini gadis ini kembali ke akar umbinya dan telah menjenamakan semula identitinya kepada Naddi dengan muzik yang diberi nafas baharu dan lebih memfokuskan kepada bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. 

Naddi turut menyuntik dialek Negeri Sembilan di dalam lagu-lagunya bagi memberi penghargaan kepada asal usul keluarganya.

Dengarkan lagu 'Pick Up The Phone' (PUTP) oleh Naddi dan SXPH di semua platform digital dan tontoni muzik videonya di saluran YouTube Naddi hari ini. – Getaran, 14 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Indie 4 tahun yang lalu

Juzzthin Tampil Lebih Matang Dengan ‘Tak Perlu’

2

Indie 5 tahun yang lalu

Perjuangan Hak Wanita Dalam Lagu Terbaru Naddi

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN