Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Juzzthin Tampil Lebih Matang Dengan ‘Tak Perlu’

Juzzthin tidak lagi menilai dirinya berdasarkan pendapat orang lain dan tidak berasa perlu untuk memenuhi tanggapan orang ramai.

Indie Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2022 2:53PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah lama menghilang diri dari radar dunia hiburan, mungkin ramai peminat tertanya-tanya apa jadi dengan pelakon dan penyanyi bernama Mohd Nazreen atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Juzzthin ini?

Meskipun terkenal dengan lakonannya dalam drama siri hit ‘Waktu Rehat’ dan ‘Oh My English’, nama Juzzthin tidaklah asing dalam dunia muzik. 

Tampil lebih matang, penyanyi ini akhirnya keluar dari gua dengan membawakan buah tangan terbaharunya berjudul ‘Tak Perlu’.

Sudah berkecimpung dalam kerjaya seni sejak kecil, Juzzthin berkata tempoh berehatnya itu ternyata amat diperlukan.

“Bukan mudah untuk menempatkan diri dalam industri hiburan walaupun semua itu bermula dengan minat sejak kecil.

“Selepas keluar dari syarikat rakaman, saya mengambil masa untuk berehat dan mendapatkan semula momentum. 

“Sekarang, saya melakukan muzik secara bebas atau ‘independent’ dengan bantuan rakan-rakan yang amat saya hargai. 

“Saya bersyukur dengan perubahan itu kerana kini berada dalam keadaan mental yang lebih baik.

“Beberapa hari sebelum saya merakam video muzik ini saya dijangkiti virus COVID-19. Ketika dalam tempoh kuarantin, saya menyedari bahawa hidup ini telah mengajar saya banyak pengalaman yang tidak ternilai. 

“Ada yang manis dan tidak kurang sebaliknya. Namun, saya akur ia sudah diaturkan sebaiknya oleh Allah dan menjadi proses pembelajaran,” katanya.

Kini berusia 32 tahun, Juzzthin tidak lagi menilai dirinya berdasarkan pendapat orang lain. Bercerita lebih mengenai lagunya, Juzzthin berkata, “Semakin saya dewasa, saya tidak lagi berasa perlu untuk menyesuaikan diri dengan ‘tanggapan masyarakat’. 

“Kita tidak perlu berfikiran negatif atau berlebih-lebihan kerana ia akan meruntuhkan keyakinan dan membuat kita berasa sedih yang berpanjangan. 

“Jika berasa cemas, kita tidak perlu memikirkan perkara yang bukan-bukan sebaliknya fokus pada diri kita pada masa kini.

“Walaupun lagu ini membawa maksud yang subjektif dan terbuka untuk diinterpretasikan, ia seumpama menulis surat pada diri sendiri dan mereka yang bertanya khabar tentang keberadaan saya selama ini.”

Single ini membawa suasana oriental sambil mengekalkan bunyi hip hop. Malah pengakhiran lagu ini sangat berbeza dengan permulaanya. 

Jika anda mendengar pengakhirannya secara teliti, ia berakhir dengan rentak rancak, EDM. 

Audio pengumuman kereta api Jepun juga seumpama membawa pendengar dalam perjalanan kereta api yang sedang bergerak.

Juzzthin juga turut berkongsi bahawa penerbit dan penyanyi rap, Sxph telah banyak mendorongnya untuk keluar dari zon selesa ketika menghasilkan karya ini.

“Sebelum ini, saya cuba bereksperimen dengan pelbagai jenis rentak bunyi. Walaupun saya belum sepenuhnya berpuas hati, namun setidaknya pendapatan dari lagu-lagu itu membolehkan saya membayar bil. Karya kali ini mencerminkan diri saya yang sepenuhnya. 

“‘Tak Perlu’ pastinya menjadi titik perkembangan saya sebagai seorang artis. Saya dan Sxph sudah lama berkawan dan dia meneroka pelbagai rentak bunyi untuk menjadikan single ini lebih berwarna,” jelasnya.

Apa yang membuat single ini lebih personal, Juzzthin dapat merakam video muziknya bersama sahabat sejak kecil iaitu Farhan Syaza sebagai Pengarah Jurugambar di Kuala Lumpur dan Kuala Pilah.

“Kedua-dua lokasi ini mempunyai tempat yang sangat istimewa di hati saya. Saya dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Kuala Pilah jadi saya ingin ‘menanamkan’ elemen ‘rumah’ pada video ini sambil memberi penghormatan,” tambahnya. 

Percaya bahawa segala-galanya adalah proses pembelajaran, Juzzthin menasihati para penggiat seni baharu untuk kekal fokus, percaya dan yakin pada karya sendiri.

“Perasaan bercampur-baur itu tetap ada tapi kita kena yakin dengan diri dan berusaha lakukan sesuatu mengikut kemampuan. Hidup ini sebenarnya seperti sebuah babak. Sebagai seorang artis, kita tidak boleh mengharapkan semuanya sempurna sepanjang masa. 

“Kadang kala ada lagu yang kita hasilkan baik dan ada juga yang kurang memuaskan. Kita perlu terima kenyataan itu sebab ia satu proses pembelajaran. 

“Luangkan masa untuk membaca, menulis dan mendapat inspirasi daripada keajaiban dunia ini. Ia akan meluaskan pengetahuan dan kreativiti kita dalam penulisan muzik,” kata Juzzthin mengakhiri temu ramah.

Single terbaharu Juzzthin, ‘Tak Perlu’ boleh ditonton lewat video muzik di platform YouTube. - Getaran, 11 Februari 2022

Semua gambar: Juzzthin

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 bulan yang lalu

Hip Hop Jadi Pilihan Ketua Pemuda Umno Untuk Dekati Anak Muda

2

TARA 11 bulan yang lalu

Melancong Jadi Makin Mudah Dan Jimat Apabila Menyewa Bilik Di Rumah Warga Tempatan

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Berang Dengan Perangai Orang Yang Tidak Suka Jawab Panggilan Telefon, Naddi Cipta Lagu ‘Pick Up The Phone’

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Naratif Sebenar 16 Baris, Lebih Besar Daripada Hip Hop Itu Sendiri - Joe Flizzow 

Sorotan

1

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

2

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

4

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

5

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

6

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

7

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 20 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Selebriti 8 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

oleh Helmi Anuar