web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsert Solo Stacy Sebagai 'Come Back' Dalam Dunia Nyanyian

Penyanyi yang berasal dari Sabah itu berkata, melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu banyak membuka matanya untuk lebih menghargai seni.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2023 7:00PM

Stacy bakal mengadakan konsert di Dewan Filharmonik Petronas pada 25 Februari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Susulan mendapat peluang bagi mementaskan konsert solo pertamanya di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) tidak lama lagi, penyanyi Stacy mengakui, mahu memberi tumpuan kepada karier muziknya pada tahun ini.

Menurut pemilik nama sebenar, Ummu Shaikhah Stacy Anam, 32, 2023 ini adalah tahun bagi kebangkitannya untuk kembali merancakkan karier seni.

“Menjadi ibu adalah nikmat sangat istimewa, dan saya bersyukur diberikan rezeki untuk bergelar ibu. Anak pertama saya, Bella De Luna Valentina sudah berusia 11 tahun manakala Eshaal Afiq Akim menginjak enam tahun serta Isa sudah masuk enam bulan.

“Bagi saya masa bersama anak-anak adalah sangat penting, begitu juga bagi diri sendiri. Sebab itu kalau anda perasan jarak usia antara anak-anak saya adalah lima tahun. 

“Memang begitu kami rancang, biarlah jarak mereka begitu, setiap lima tahun sekali. Jadi ada masa untuk saya,” katanya.

Stacy akan mendendangkan rangkaian lagu popularnya selama 15 tahun bertapak dalam dunia muzik. 
Stacy akan mendendangkan rangkaian lagu popularnya selama 15 tahun bertapak dalam dunia muzik. 

Stacy berkata demikian pada sesi bersama media sempena Konsert ‘DFP Present Stacy’ di DFP, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di sini, baru-baru ini.

Jelas juara Akademi Fantasia (AF) 6 itu lagi, konsert yang bakal berlangsung di DFP  itu boleh dianggap sebagai ‘come back’ dalam dunia nyanyian selepas kehadiran zuriat, Ogos tahun lalu.

Tambahnya, bagaikan berada dalam mimpi bagi dirinya ketika dihubungi penganjur konsert yang menawarkannya peluang mementaskan persembahan di premis berprestij, Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

“Sejujurnya, memang impian saya untuk mengadakan konsert saya sendiri, sebab dalam masa 15 tahun Stacy berada dalam industri ini, saya  sudah pernah membuat tour, konsert bersama rakan-rakan dan mengeluarkan namun tidak pernah ada konsert sendiri.

“Jadi, saya memang teruja apabila menerima tawaran ini, rasa tidak percaya saat menerima panggilan itu. Lagi-lagi di tempat yang berprestij seperti DFP. 

“Saya akui, selepas kelahiran Isa, kerjaya nyanyian agak perlahan namun tidak sangka masih ada pihak yang sudi memanggil saya. Jadi, saya sangat terkejut menerima tawaran itu.

“Akhirnya, ada sesuatu yang membuatkan saya seronok dan gembira untuk kembali dalam industri muzik,” ujarnya.

Stacy juga akan memperkenalkan single terbaharu secara eksklusif pada konsert itu.
Stacy juga akan memperkenalkan single terbaharu secara eksklusif pada konsert itu.

Dalam pada itu, penyanyi yang berasal dari Sabah itu berkata, menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu banyak membuka matanya untuk menghargai seni.

“Sebenarnya menguruskan keluarga ada hubung kait dengan kerjaya seni ini. Susah untuk saya terangkan.

“Misalnya, kalau saya tidak peduli dan menitik beratkan tugas saya di rumah, tidak mungkin saya ada pemahaman seperti sekarang.

“Kalau saya tidak pandai masak, tidak mungkin saya akan pandai cipta lagu. Memasak itu suatu kerja seni. Saya dapat idea dan konsep nyanyian di dapur.

“Jujurnya, banyak idea dan konsep saya dapat ketika memasak. Kerja ini seperti menyanyi. Kalau terlebih sangat pun tak sedap, terkurang pun tak sedap. Mungkin bagi setiap orang berbeza cara untuk mendapatkan ilham.

“Bagi Stacy, dapur adalah tempat Stacy mendapat idea-idea lagu tercipta sebelum ini, dan saya anggap memasak itu satu seni,” katanya.

Mengubat rindu peminat, Stacy tampil dalam konsert solo pertama iaitu Konsert DFP Present Stacy di DFP, KLCC pada 25 Februari ini.

Stacy yang menjuarai musim keenam Akademi Fantasia (AF6) pada 2008 akan mendendangkan rangkaian lagu popularnya selama 15 tahun bertapak dalam dunia muzik. 

Stacy juga akan perkenalkan single terbaharu secara eksklusif pada konsert itu, dan akan berduet dengan suami, Akim Ahmad pada malam itu. – Getaran, 10 Februari 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 21 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN