web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Apa Isu P. Ramlee? 3 Kumpulan Iaitu Publisher, MACP Dan MYIPO Seharusnya Dipersoalkan! 

''Sebagai pemerhati isu ini, aku mencurigai kewujudan perjanjian bertulis di antara P. Ramlee dengan syarikat penerbit muzik ketika hayat P. Ramlee, berkenaan dengan setiap lagu-lagu P. Ramlee,'' Ad Samad. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 11:04AM

Allahyarham P Ramlee

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rencana ini ditulis sebagai ulasan terhadap rencana yang disiarkan di Berita Harian yang bertarikh 30 haribulan Januari, 2023. 

Di dalam rencana tersebut, Najua Nasir P. Ramlee telah meluahkan kekecewaannya terhadap dakwaan bahawa beliau dan ahli keluarganya telah mengabaikan nasib para waris Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang lain, terutama pakciknya, iaitu Uncle Sazali P. Ramlee.

Najua Nasir P. Ramlee tidak sepatutnya menerima dakwaan sebegitu rupa. 

Sebaliknya, Najua juga adalah mangsa satu pengabaian, malah mungkin mangsa penganiayaan.

Najua Nasir P. Ramlee - Gambar dari media sosial
Najua Nasir P. Ramlee - Gambar dari media sosial

Tiga kumpulan yang seharusnya dipersoalkan adalah syarikat penerbitan muzik (publisher) yang mendakwa mempunyai perjanjian bertulis dengan Allahyarham P. Ramlee, badan pelesenan iaitu Music Authors’ Copyright Protection Berhad (MACP), dan pihak Pengawal Hak Cipta iaitu Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO).

Secara ringkasnya, hasil kerja seorang pencipta akan terus diberi perlindungan hak cipta dan royalti yang berhak dinikmati para waris adalah selama 50 tahun tambahan setelah kematian pencipta itu. 

50 tahun adalah satu tempoh yang panjang dan munasabah.

Dalam kes P. Ramlee sebagai pencipta lagu, secara teknikalnya tempoh perlindungan royaltinya akan berakhir pada 31 haribulan Disember 2024. Waris-waris P. Ramlee akan menikmati royalti dengan tempoh berbaki sekitar 23 bulan sahaja lagi. 

Sebagai pemerhati isu ini, aku mencurigai kewujudan perjanjian bertulis di antara P. Ramlee dengan syarikat penerbit muzik ketika hayat P. Ramlee, berkenaan dengan setiap lagu-lagu P. Ramlee.

Tanpa perjanjian bertulis, syarikat muzik tidak berhak untuk mengambil anggaran 50 peratus daripada hasil royalti P. Ramlee.

Apa yang diterima waris P. Ramlee adalah separuh sahaja daripada royalti yang berhak mereka terima, manakala separuh lagi diambil oleh syarikat penerbitan muzik.

Sebagai pemerhati, aku menduga bahawa royalti yang diterima oleh syarikat penerbitan muzik menerusi Music Authors’ Copyright Protection Berhad (MACP) sepanjang tempoh 36 tahun sejak kewujudan Akta Hak Cipta 1987 adalah bernilai jutaan ringgit.

Persoalan utamanya di sini adalah; benarkah wujud perjanjian bertulis di antara P. Ramlee dengan syarikat penerbitan muzik?

Allahyarham P Ramlee
Allahyarham P Ramlee

MYIPO yang mempunyai kuasa sebagai Pengawal Hak Cipta dan dengan kuasa yang ada padanya berteraskan Seksyen 27A di dalam Akta Hak Cipta boleh menyelesaikan keraguan ini dengan segera.

MYIPO menerusi kuasa yang ada padanya untuk membuat semakan dan pemeriksaan terhadap badan pelesenan Music Authors’ Copyright Protection Berhad (MACP) atas alasan memantau tatakelola dan kerja kerja pendokumentasian yang tepat oleh badan badan pelesenan.

Malah, MACP yang dipengerusikan Datuk M. Nasir juga boleh tampil ke hadapan dan menjelaskan kedudukan sebenar berkenaan perjanjian bertulis P. Ramlee. Ia adalah isu yang melibatkan kepentingan dan minat ramai, serta khazanah warisan bangsa.

Sekiranya, benar sesebuah syarikat penerbitan muzik mempunyai perjanjian bertulis, persoalan keduanya adalah; apakah usaha usaha yang telah dilakukan oleh syarikat penerbitan itu untuk mengeksplotasi secara maksima hasil kerja P. Ramlee untuk memberi pendapatan optima kepada para waris?

Mengoptimakan pendapatan daripada hasil kreatif adalah tugas ulung syarikat penerbitan muzik.

Persoalan ketiganya adalah; setelah mengaut pendapatan anggaran jutaan ringgit selama ini, apakah usaha ‘tanggungjawab sosial’ yang telah pihak syarikat penerbitan muzik lakukan untuk membantu nasib para waris P. Ramlee, terutamanya Uncle Sazali yang kini di dalam kesusahan?

Pengembalian Hak Mutlak Hasil Penciptaan A.R Tompel Kepada Warisnya

Allahyarham AR Tompel
Allahyarham AR Tompel

Untuk pengetahuan umum, terutamanya MYIPO dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang diterajui oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub; pada tahun 2022, para waris A.R. Tompel telah mendapat kembali hak mereka secara mutlak.

Ia bermaksud, para waris mendapat royalti seratus peratus daripada royalti daripada persembahan awam yang diagihkan oleh MACP.

Ia berlaku kerana waris A. R Tompel telah berjaya mendapat pengesahan bahawa tiada perjanjian bertulis yang wujud di antara A.R Tompel dengan mana mana syarikat penerbitan muzik.

Ia juga bermaksud bahawa selama 48 tahun, syarikat penerbitan muzik telah mengambil sebahagian besar royalti A. R Tompel tanpa hak.

Tidakkah itu satu kezaliman?

Pengembalian hak secara mutlak harta intelek A. R Tompel menguatkan lagi keraguan terhadap status perjanjian bertulis di antara P. Ramlee dengan syarikat penerbitan muzik yang sama, kerana P. Ramlee dan A. R Tompel sering bekerjasama di dalam penghasilan muzik.

Apakah bezanya nasib dan situasi P. Ramlee dengan A.R Tompel yang kebetulan juga telah meninggal dunia pada tahun yang sama, iaitu 1973?

Para waris P. Ramlee boleh mengambil iktibar dari usaha yang telah dilakukan oleh para waris A. R Tompel dengan mencabar dan meminta pengesahan terhadap perjanjian bertulis di antara P. Ramlee dengan syarikat penerbitan muzik.

Pengabaian yang berlarutan terhadap nasib harta intelek P. Ramlee turut berlaku terhadap ramai lagi para penggiat industri kreatif.

Isu P. Ramlee adalah sesuatu yang boleh ditangani segera oleh MYIPO, sekiranya ada kemahuan dan kepedulian.

Perubahan ke arah penambahbaikan memerlukan tekad politik, atau political will.

Justeru, isu P. Ramlee adalah sesuatu yang boleh dijadikan langkah permulaan bagi Datuk Seri Salahuddin Ayub dan dengan tekad politiknya di dalam membela nasib penggiat seni dan menyelesaikan lambakan permasalahan industri kreatif. - Getaran, 1 Februari 2023 

“Anakku Sazali juwita
Laguku jadikan pelita
Penyuluh di gelap gelita
Pemandu ke puncak bahagia

Andainya kamilah kembali
Menyahut panggilan Ilahi
Laguku sebagai ganti” 





 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa