web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dolla ‘Tunjuk Taring’ Di ‘Seen Festival’, Yang Dibarisi Bintang Sensasi K-Pop

Festival itu sekali gus menjadi platform terbaik buat Dolla untuk meraih pengikut baharu serta memperlihatkan bakat luar biasa sebagai penghibur.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 6:11PM

Festival itu menjadi platform terbaik buat Dolla untuk meraih pengikut baharu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun beraksi di pentas yang sama dengan bintang sensasi K-Pop iaitu NCT DREAM, WayV, KARD dan ALICE dalam ‘Seen Festival’ 2023 baru-baru ini, namun kumpulan vokal tari wanita tempatan, Dolla tidak kalah untuk beraksi hebat serta menunjukkan taring mereka. 

Dianjurkan CM Live, konsert yang bermula jam 6 petang di Arena Axiata, Bukit Jalil itu sememangnya dinanti-nanti peminat gelombang K-Pop tempatan. Sekali gus, ia turut menjadi platform terbaik buat Dolla untuk meraih pengikut baharu serta memperlihatkan bakat luar biasa sebagai penghibur.

Dolla yang dianggotai Sabronzo, Syasya, Angel dan Tabby semestinya sangat berbesar hati menghiburkan semua yang hadir pada acara yang diadakan pada 28 Januari lalu. 

Menurut mereka, konsert tersebut satu peluang keemasan yang cukup dinanti mereka.

“Kami merasa sangat bangga apabila dibariskan dengan penghibur hebat dari Korea Selatan. Dapat berkongsi satu pentas dengan nama-nama handalan itu adalah impian yang sangat kami idam-idamkan sejak ceburi bidang muzik.

“Peluang ini amat bermakna secara peribadi buat kami sebagai artis yang masih merangkak kukuhkan nama. Ia satu pengiktirafan terbesar untuk karier kami apalagi memang cita-cita Dolla ingin tembusi pasaran antarabangsa lagi,” kata mereka.

Kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu hit termasuk ‘Watch Me Glow’, ‘Impikan’, ‘BAD’, dan ‘Berani’ itu tampilkan pelbagai persembahan jauh lebih bertenaga. Ini kerana, mereka buktikan penghibur tempatan juga berbisa.

“Kami mahu pamerkan corak persembahan yang setara dengan kualiti antarabangsa sebagaimana artis K-Pop.

“Selain itu kami harap, persembahan kami di pentas ‘Seen Festival’ ini mampu mengintai peluang untuk saling berkenalan dengan bintang Korea yang ada nanti demi luaskan jaringan,” kata mereka.

Hampir tiga tahun ditubuhkan, pelbagai pencapaian sudah diraih Dolla dan profil karier mereka sangat membanggakan.

Kesungguhan empat gadis itu mempamerkan mutu penghibur bertaraf dunia sentiasa menjadi pujian.

Jika tiada aral, mereka berhasrat mahu melancarkan lima single baharu sepanjang tahun ini dan pemilihan lagu sesuai juga sedang dibuat. - Getaran, 31 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Buah Tangan Terbaharu Dolla Setelah Tinggal Bertiga

2

Muzik 2 tahun yang lalu

DOLLA Umum Konsert Re:Birth The Experience

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Anggota Kumpulan Dolla Iaitu Angel Kena Serang Peminat Fanatik, Gara-Gara Tak Puas Hati Gosip Bercinta Dengan Nadhir Nasar

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ditegur Neneknya, Pelakon Rozie Othman, Tentang Pemakaian Seksi - Syasya Dolla Akui Tidak Mahu Jadi Hipokrit

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 4 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN