Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Amir Masdi Lancar Lagu Baru Berjudul ‘Sengaja’ Atas Kapal Persiaran Mewah

Amir Masdi telah melancarkan lagu terbarunya berjudul ‘Sengaja’ ciptaan Hang Nadim dan Bunga Cantik di atas kapal persiaran mewah Genting Dream sewaktu dalam perjalanan membelah samudera.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 4:00PM

Amir Masdi - Gambar Suria FM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi popular, Amir Masdi telah melancarkan lagu terbarunya berjudul ‘Sengaja’ di atas kapal persiaran mewah Genting Dream pada Isnin lepas.

Satu majlis sidang media juga telah diadakan di atas kapal berkenaan yang dihadiri oleh beberapa media tempatan dan juga peminat.

Lagu ‘Sengaja’ telah dicipta oleh komposer popular iaitu Hang Nadim (Akim) dan lirik oleh Bunga Cantik (Stacy).

Menurut Amir, dia memang sudah lama mengidamkan untuk menyanyikan lagu hasil ciptaan Hang Nadim dan Bunga Cantik. 

“Selama enam tahun bergelar anak seni, ibu saya selalu mengingati saya untuk mendapatkan lagu daripada Hang Nadim. Ibu saya juga teringin nak lihat saya menyanyikan lagu daripada Hang Nadim.

“Saya rasa sangat bertuah dan bersyukur bila dapat sokongan serta restu daripada ibu. Jadi, dengan restu ibu, usaha saya dan pasukan, Alhamdulillah apa yang diimpikan oleh kami berdua selama ini kini menjadi kenyataan,” katanya.

Gambar ihsan Suria FM
Gambar ihsan Suria FM

Bercerita lanjut mengenai kolaborasi yang terjalin diantaranya dan Hang Nadim serta Bunga Cantik, kata juara Akademi Fantasia 2016 ini, semuanya bermula dengan pihak pengurusan dan syarikat rakamannya. 

“Sebenarnya saya tak berhubung secara langsung dengan Hang Nadim untuk minta sebarang lagu dan hanya minta tolong pihak pengurusan dan syarikat rakaman untuk bertanyakan kepada Hang Nadim. Tetapi, saya tidak mendapat jawapan dalam masa yang singkat. Mungkin kerana saya masih belum cukup bersedia ketika itu atau ada sebab lain. Walau apa pun sebabnya, saya percaya sebab itu akhirnya mendorong kepada hasil yang lebih baik.

“Lagu ini sesuai dengan waktu dan momentum yang saya ada sekarang ini. Pengalaman saya bekerja dengan Hang Nadim dan Bunga Cantik memang senang untuk berbincang atau kaitkan pelbagai perkara kerana mereka juga adalah penyanyi. Mereka sangat profesional, bekerja dengan mereka juga seronok. 

“Bunga Cantik pula sangat mengambil berat saya punya karakter dalam lagu dan suara. Dia selalu bertanya pendapat saya dan beri kebebasan untuk saya buat keputusan idea dan pembikinan lagu ini datang daripada mereka dan saya cuba sampaikannya dengan baik.,” kongsinya. 

Bagi Hang Nadim dan Bunga Cantik pula, mereka menjelaskan sebab mengambil masa yang agak untuk menghasilkan lagu buat  Amir adalah kerana mahu memberikan hasil yang terbaik.

“Sebenarnya lama juga Amir minta lagu daripada kami. Cuma kami tak dapat penuhi permintaan itu kerana masih belum jumpa material yang sesuai. 

“Alasan lambat adalah disebabkan kami mahu hasilkan lagu yang benar-benar sesuai dengan Amir. Lagu ‘Sengaja’ ini kami rasakan sangat sesuai dengannya dan berharap ia dapat beri kebaikan dalam perjalanan seninya,” katanya.

Sementara itu bagi Bunga Cantik pula dia menyifatkan Amir sebagai seorang penyanyi yang bagus dan cukup bersedia ketika di studio rakaman.

“Bekerja dengan Amir tidak susah sebab dia seorang penyanyi yang bagus. Dia ada cara yang sangat profesional dan pada saya dia cukup bagus untuk menjadi seorang penyanyi berstatus bintang. Dia ambil serius dalam setiap aspek ketika bekerja. Itu sangat memudahkan kerja kami,” ujarnya. 

Berkongsi mengenai pelancaran lagu ini yang dibuat di atas kapal persiaran mewah sewaktu sedang berlayar membelah samudera, kata Amir dia sangat teruja dan gembira.

“Siapa yang sangka saya dapat melancarkan lagu terbaru saya di atas kapal persiaran Genting Dream. Ini merupakan salah satu pencapaian dalam kerjaya saya sebagai seorang penyanyi.

“Terima kasih kepada stesen radio Suria FM kerana memilih saya sebagai salah seorang selebriti untuk berlayar selama empat hari tiga malah ke Pulau Pinang dan Singapura. 

“Saya juga ingin berterima kasih kepada lima peminat setia saya yang membuat kejutan dengan turut mengikuti pelayaran ini. 

“Saya tak sangka mereka sanggup laburkan wang dan masa untuk membuat kejutan kepada saya di atas kapal ini. Saya sangat terharu dengan sokongan mereka,” kongsinya. 

Selain melancarkan lagu terbaru di atas kapal, Amir juga diberi peluang untuk membuat persembahan istimewa di atas kapal yang disaksikan oleh penumpang-penumpang kapal persiaran Genting Dream sewaktu dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Pelabuhan Klang. 

Biarpun tanpa latihan, namun Amir berjaya menyampaikan beberapa buah lagu dan menghiburkan semua termasuk pelancong-pelancong dari luar negara. – Getaran, 13 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 bulan yang lalu

Suria FM Duduki Tangga Ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton 

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Fizz Fairuz, Chiwan Cilok Dan Kai Hassan Barisan Penyampai Baharu Suria FM

3

Selebriti 3 bulan yang lalu

Penamatan Kontrak Tyzo Diputuskan Pihak Atasan, Bukan DJ Lin

4

Selebriti 3 bulan yang lalu

Tyzo Kecewa Perkhidmatannya Ditamatkan

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Selebriti 5 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

The Cine Dance memilih lagu ciptaan dan dendangan kumpulan De Fam kerana ia menerangkan suasana ketika menyambut hari raya, selain 'trending' di media sosial

Muzik 21 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran