web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Setulus Apakah Persembahan Tulus?

Memandangkan semua lagu ditulis sendiri oleh Tulus, maka ia banyak menceritakan pengalaman yang dilalui sendiri oleh penyanyi itu.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 8:03PM

Menerusi konsert Fabulous Friday yang berlangsung selama dua hari, Tulus hadir memberikan persembahan terbaik dan setulusnya untuk menghiburkan 3,000 penonton - Gambar ihsan Shiraz Projects

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di lokasi yang sama, aura serupa, penyanyi Indonesia, Tulus yang terkenal dengan kerendahan hati dan sikap baiknya membuka panggung Dewan Plenari, Kuala Lumpur Convention Center bagi tahun 2023. 

Menerusi konsert Fabulous Friday yang berlangsung selama dua hari, Tulus hadir memberikan persembahan terbaik dan setulusnya untuk menghiburkan 3,000 penonton.

Masing-masing bersorak ketika sosok Tulus muncul di panggung menyanyikan lagu 'Satu Lagi' sebagai lagu pembuka yang daripada album terbarunya, Manusia.

Dengan limpahan lampu kuning dan lirik di layar, masing-masing bernyanyi melatari alunan suara penyanyi kelahiran Bukit Tinggi itu. Tulus mengakui agak sukar memilih senarai lagu untuk pertunjukannya di Malaysia kali ini. 

“Saya berfikir banyak untuk memberikan satu set lagu yang dapat memberikan perasaan bahagia dan menyenangkan kepada semua orang. Semoga teman-teman akan pulang dalam keadaan tersenyum kerana persembahan malam ini meninggalkan kesan baik di hari anda semua,” kata Tulus. 

Dalam durasi persembahan sekitar 70 minit, Tulus menyanyikan 15 lagu secara keseluruhannya termasuk lagu hit beliau seperti 'Sewindu', 'Monokrom', '1000 Tahun' dan 'Hati-hati di Jalan'. 

Namun begitu, terdapat juga pengunjung  menyuarakan rasa tidak puas hati kerana Tulus tidak menyanyikan lagu 'Pamit' yang menjadi lagu pertamanya menembusi radio tempatan di Malaysia. 

Lagu-lagu Tulus banyak memberikan kesan positif kerana liriknya mengajak pendengar untuk menerima kesusahan dan menjalani hidup seadanya. Memandangkan semua lagu ditulis sendiri oleh Tulus, maka ia banyak menceritakan pengalaman yang dilalui sendiri oleh penyanyi itu seperti lagu 'Gajah'. 

“Lagu ini saya tulis kerana waktu kecil dahulu orang panggil saya gajah kerana bentuk badan saya yang sedikit gempal. Namun hari ini bila difikir-fikir, ia sebenarnya satu pujian,” ujar Tulus. 

Sebelum menutup persembahan dengan lagu 'Manusia Kuat', Tulus sempat mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang banyak menyokong karier nyanyiannya selama ini. 

“Sudah lama sekali kita tidak bertemu. Dari hati saya yang paling dalam, terima kasih buat teman-teman di Malaysia. Terima kasih!” katanya sebelum bersurai. - Getaran, 11 Januari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 6 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...