web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kumpulan K-Pop NCT DREAM, WayV, Kard Dan ALICE Bakal Gegarkan ‘Seen Festival 2023’

Acara muzik yang digelar 'Seen Festival' ini bakal diadakan di di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 28 Januari ini. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 10:03AM

Seen Festival akan membawa barisan bintang popular seperti NCT DREAM, WayV, KARD dan ALICE - Gambar ihsan penganjur

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat peminat K-pop, mahukah anda menonton persembahan beberapa artis K-pop yang digandingkan di pentas yang sama dalam sebuah festival? 

Berita baik buat anda kerana penganjur acara, CM Live akan membawa barisan bintang popular seperti NCT DREAM, WayV, KARD dan ALICE untuk beraksi dalam program muzik, Seen Festival untuk bagi  menghibur peminat tempatan dan peminat K-pop.

Program muzik, Seen Festival akan digelar pada tanggal 28 Januari 2023 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia dengan menampilkan, dua boy group di bawah SM Entertainment, iaitu NCT Dream dan WayV sebagai  pengisi acara utama. 

Impian peminat di Malaysia untuk melihat NCT Dream beraksi di depan mereka juga turut menjadi kenyataan menerusi acara ini. 

NCT DREAM memulakan kerjaya mereka pada 2016 di bawah pengurusan SM Entertainment. Kumpulan yang popular ini terkenal dengan lagu hits mereka seperti 'Chewing Gum' dan 'My First and Last'. 

Bahkan, mencipta sejarah K-pop apabila mereka menjadi kumpulan termuda yang mencapai status jutawan menerusi penjualan album penuh pertama mereka iaitu Hot Sauce.

Manakala ‘We Are Your Vision’ (WayV) pula memulakan kerjaya pada tahun 2019 dengan album single digital The Vision dan memenangi Anugerah Artis Asia Baharu Terbaik di Anugerah Muzik Asia Mnet pada tahun yang sama. 

Susulan kemunculan di SMTOWN Live 2022 pada Ogos tahun, mereka turut membuat kemunculan semula dengan album mini keempat mereka, Phantom pada bulan Disember.

Turut memeriahkan Seen Festival ialah kumpulan KARD bersama empat ahli iaitu BM, J.seph, Somin dan Jiwoo. 

Mereka memulakan kerjaya pada penghujung 2016 dengan single 'Oh NaNa' dan kemudiannya mencipta fenomena dengan 'Don't Recall' yang mendapat perhatian besar bukan sahaja di seluruh Asia tetapi juga dunia Barat, menandakan kuasa bintang mereka merentasi sempadan.

Turut membuat persembahan pada festival itu ialah kumpulan gadis 7 ahli Alice yang terdiri daripada Do-A, Yeonje, Yukyung, Sohee, Karin, EJ dan Chaejeong yang masing-masing melambangkan hati, angin, air, langit, hutan, bintang dan bulan. 

Alice membuat penampilan sulung mereka pada tahun 2017 dengan keluaran mini album pertama mereka WE, dan terkenal dengan rangkaian hits mereka termasuk 'Pow Pow', 'Summer Dream', 'Jackpot', 'Power Of Love' dan 'Dance On'.

Istimewanya, penganjur turut mengadakan ruang Seen Zone khas untuk peminat merasai detik mendebarkan apabila mata mereka bertemu mata idola mereka.

Bagi peminat K-pop yang mahu berjumpa dengan ‘oppa-oppa’ kegemaran anda, nantikan kerana tiket dan maklumat lain akan diumumkan tidak lama lagi. - Getaran, 5 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Melly Goeslow Nyata Masih Hebat, Memukau Peminat Di Axiata Arena

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI: Kaunter Diskaun Saman Trafik Dapat Sambutan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jom Ke Program Setahun Bersama Kerajaan Madani Di Bukit Jalil

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI Di Bukit Jalil Pada 8-10 Disember

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang