web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Tak Kisah Jika Orang Tak Kenal Saya Sebagai Adik Haqiem Rusli – Zali Rusli Teruja Jumpa Qistina Raisah  

Zali juga mengakui sangat teruja apabila dapat bekerjasama dengan pelakon remaja Qistina Raisah yang penuh kontroversi dalam muzik video single keduanya itu.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 10:06AM

Zali Rusli yakin dengan lagu bergenre balada yang dipertaruhkannya di dalam single kedua, ‘Kamu Cantik Malam Ini’ akan mudah diterima dan lekat di hati pendengar - Gambar ihsan FMC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa sangka penyanyi popular Haqiem Rusli juga mempunyai seorang adik yang dikurniakan bakat menyanyi sepertinya. Namanya adalah Zali Rusli yang baru saja meniti usia 17 tahun. Namun, Zali nampaknya tidak begitu selesa apabila namanya dikaitkan dengan abangnya. 

“Saya tak kisah jika orang tak kenal saya sebagai adik Haqiem Rusli. Saya lebih selesa merangkak dan berdiri di atas nama dan bakat saya sendiri,” katanya membuka bicara. 

2 tahun lalu sewaktu dunia dilanda COVID-19, Zali telah melancarkan single pertama beliau berjudul 'Pewangi' ciptaan Haqiem Rusli dan Ibnu. 

Namun nasib tidak menyebelahi beliau kerana lagu tersebut tidak berjaya melonjakkan nama dan bakatnya, apatah lagi pada waktu itu segala pergerakan aktiviti promosi sangat terbatas.

Zali bagaimanapun tidak berputus asa. Kini, dia tampil dengan single kedua, ‘Kamu Cantik Malam Ini’ dengan mempertaruhkan lagu ciptaannya sendiri yang dihasilkan bersama bersama abangnya. Dia juga mengakui lebih selesa membawakan lagu ciptaan sendiri untuk dinyanyikan. 

“Buat masa sekarang saya rasa selesa menyanyikan lagi ciptaan kami, dan ianya juga turut mendapat persetujuan dari pihak FMC Music. 

“Namun, jika diberi peluang saya juga mahu menyanyikan lagu pencipta lain. Tapi, kali ini saya rasa lebih yakin menyanyikan lagu ciptaan saya bersama Haqiem,” katanya, 

Zali juga yakin dengan lagu bergenre balada yang dipertaruhkannya di dalam single kedua, ‘Kamu Cantik Malam Ini’ akan mudah diterima dan lekat di hati pendengar. 

“Jika dilihat situasi sekarang, ramai pendengar sukakan lagu-lagu jiwang balada era 90-an, Jadi saya rasa, lagu ini memang bertepatan dengan konsep dan selera dan pendengar masa kini,” katanya.

Zali juga mengakui sangat teruja apabila dapat bekerjasama dengan pelakon remaja Qistina Raisah yang penuh kontroversi dalam muzik video single keduanya itu. 

“Ya, pada mulanya saya terkasima juga waktu jumpa Qistina Raisah. Dia bukan sahaja cantik malah dia sangat peramah. 

“Hati lelaki mana yang tak bergetar kalau jumpa wanita secantik Qis. Selalu saya tengok Qis dalam drama je, bila dah depan mata terus terkedu. 

“Dan jujur saya cakap, saya terpaut hati pada Qis. Tapi bila dapat tahu beliau dah ada seseorang, saya pendam sajalah,” kata Zali sambil berseloroh.

Dia juga tidak bercadang untuk mengikut jejak langkah senior-senior penyanyi di bawah label FMC yang dinaunginya itu untuk merakamkan semula lagu popular lama. 

“Saya yakin jika kita boleh mencipta satu karya baru yang boleh dipopularkan dan masih menepati selera pendengar, kenapa kita nak bergantung pada lagu lama sahaja kan?” ucapnya. 

'Kamu Cantik Malam Ini' telah dilancarkan di semua platform digital termasuk muzik video rasmi lagu ini menerusi di saluran YouTube FMC Music bermula malam tadi. – Getaran, 30 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

“Saya Hanya Sempat Sekolah 10 Hari Sahaja” – Qistina Raisah Akui Dibuang Sekolah Sejak Darjah 1

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Puteri Balqis Selar Pelakon Berusia 14 Tahun Yang Cuba Cari Fasal Dengannya, Netizen Petik Nama Qistina Raisah

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN