Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MPO Terjemahkan Rendisi Yang Menarik Dalam Konsert Simfoni Mustika M Nasir 

Biarpun ada masanya sifu muzik ini kelihatan canggung untuk beraksi, namun sebagai seorang penghibur yang berpengalaman, dia berjaya menutupi kelemahan itu dengan aura dan karisma yang dimiliknya.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 6:08PM

M Nasir menyanyikan medley Express Rakyat pada Konsert Simfoni Mustika M Nasir di Dewan Filharmonik.

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengalaman menyaksikan Konsert Simfoni Mustika M Nasir dengan iringan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di Dewan Filharmonik sama sekali berbeza dengan konsert-konsertnya sebelum ini yang diiringi dengan band muzik. 

Bersama iringan MPO yang dipimpin Ahmad Muriz Che Rose selaku konduktor, penonton dibawa belayar dalam satu perjalanan muzikal yang penuh harmoni dalam menterjemah muzik nusantaranya ke dalam bentuk orkestra. 

Ia bukan satu tugas yang mudah bagi Ahmad Muriz dan barisan pemuzik MPO kerana kebanyakan lagu Datuk M Nasir banyak berpaksikan penggunaan alat muzik perkusi. 

Akan tetapi ia telah dapat dilaksanakan, apabila beberapa alat muzik perkusi ini dimainkan secara harmoni dengan beberapa alatan muzik orkestra. 

M Nasir, insan unik yang berada dalam liganya yang tersendiri. 
M Nasir, insan unik yang berada dalam liganya yang tersendiri. 

Konsert Simfoni Mustika M Nasir dibuka dengan medley Express Rakyat membangkitkan ‘mood’ penonton sebelum sifu muzik tanah air ini beraksi dengan lagu yang membuat perasaan seperti Kau Yang Satu dan Bonda. 

Kau Yang Satu Yang Satu menggunakan ‘full orchestra’, manakala dalam Bonda, kita yang sudah terbiasa mendengar tiupan seruling Mohar dihidangkan pula dengan alat muzikan seperti flute dan trumpet. 

Terlihat juga kecanggungan M Nasir untuk beraksi di pentas DFP dengan busana Syomirizwa Gupta yang cukup serasi dengan stailnya, namun sebagai seorang penghibur yang berpengalaman, dia berjaya menutupi kelemahan itu dengan aura dan karisma yang dimiliknya. 

“Terima kasih kepada anda semua yang hadir di konsert ini. Kita patut dah buat konsert ini dulu lagi, tapi kerana pandemik, baru sekarang ia terjadi. Terima kasih kepada anda semua yang sanggup bersabar,” katanya disambut dengan sorakan peminat. 

Seperti biasa dia juga ‘kekok’ untuk berbicara dan ada kalanya seperti hilang kata-kata. Tapi, itulah M Nasir. Keunikan itulah yang menjadikan dia seorang penghibur yang berada dalam liganya yang tersendiri. 

M Nasir turut membawakan lagu rock Search ciptaannya, Titian Usang.
M Nasir turut membawakan lagu rock Search ciptaannya, Titian Usang.

Penonton mula menggoyangkan kepala apabila M Nasir membawakan lagu Sahabat Gua dan kembali menenangkan mereka dengan lagu yang lebih tenang berunsur inang tradisional dengan Hijab Kekasih. 

Sebetulnya sukar memahami repertoire M Nasir di dalam simfoni muziknya kali ini kerana ia seakan tidak punya satu hala tuju. Synchronization dalam senarai lagu-lagu repertoire juga seperti tidak berkait antara satu sama lain. 

Bayangkan selepas Hijab Kasih, M Nasir membawakan pula lagu rock Search ciptaannya, Titian Usang. Ya, kedua-dua lagu itu memang mempunyai tema ketuhanan tetapi ia kemudian beralih kepada pula kepada lagu Ghazal Untuk Rabiah. 

Bagi yang memahami muzik, bukan mudah untuk menyanyikan lagu ini dalam bentuk orkestra, apatah lagi bila menyanyinya secara solo. Maka, ada ketikanya, M Nasir terlewat untuk mengikuti muzik orkestra itu untuk beberapa bahagian lagu itu. 

Ada di antara penonton yang mungkin menyedari hal ini dan ada yang tidak. Tapi, rata-rata penonton memang sporting dan menerima keadaan itu kerana tidak semuanya penyanyi sebenarnya boleh menyanyikan dengan orkestra. 

Lagu Ghazal Untuk Rabiah diakhiri dengan lagu Langgam Pak Dogo untuk set yang pertama ini. Ia juga adalah rendisi terbaik yang dilakukan MPO terhadap karya lagu M Nasir. 

Bahkan, penulis rasa lagu ini lebih sedap dan menarik didengar dalam bentuk orkestra. Ia kedengaran lebih padat dan solid. Tahniah MPO! 

Untuk set yang kedua, beberapa lagu dipersembahkan M Nasir termasuk Keroncong Untuk Ana, Suatu Masa dan Mustika yang memang cukup dinanti-nantikan peminat tegarnya. Ketiga-tiga lagu ini adalah lagu yang membuai perasaan. 

M Nasir berbicara sebentar dengan Ahmad Muriz Che Rose sebelum meneruskan konsert.
M Nasir berbicara sebentar dengan Ahmad Muriz Che Rose sebelum meneruskan konsert.

M Nasir memecah suasana dengan yang membuai perasaan itu dengan lagu di Jalan Sesat yang sebelum mengakhirinya dengan lagu semangat yang membangkit perasaan menerusi Phoenix Bangkit Dari Abu dan Mentera Semerah Padi. 

Pada saat ini, M Nasir nampaknya tidak mahu peminat hanya duduk. Dia seperti ingin penonton bangkit berdiri dan menari. 

Ada salah seorang peminat tegarnya dari keturunan Punjabi yang sanggup bangun dan menari untuk lagu Mentera Semerah Padi. Apabila lagi ini dimainkan, penulis teringat pula dengan filem Mat Kilau. Tapi, sukar untuk tidak bangun dan menari untuk lagu ini. 

M Nasir tidak ketinggalan memberikan penghormatan kepada penulis lirik, Bob Lokman yang meninggal dunia pada 23 September lalu.
M Nasir tidak ketinggalan memberikan penghormatan kepada penulis lirik, Bob Lokman yang meninggal dunia pada 23 September lalu.

Sekali lagi daripada muzik yang berbentuk nusantara, M Nasir membawa penonton menikmati karya lagu rock kumpulan Wings dan Search iaitu Hukum Karma dan Pawana yang merupakan lagu ciptaannya.  

Tiada salahnya dengan MPO yang mengiringi M Nasir dengan kedua-dua lagu ini, namun penulis lebih menghargai jika M Nasir memilih lagu yang lain untuk dibawakan. 

Dan, seperti biasa penulis selalu beranggapan bahawa penonton Malaysia adalah ‘late bloomers’ dan hanya akan menari pada saat-saat akhir. Lagu Ada dan Tanya Sama Hud Hud yang menjadi lagu terakhir di dalam konsert ini membuatkan penonton tidak senang duduk lagi. 

Ya, semua berdiri dan menari untuk meluahkan ekspresi diri mereka dan sekali lagi rendisi MPO untuk kedua-dua lagu ini juga amat baik sekali.

Pada konsert ini, beberapa persembahan M Nasir diiringi UiTM Chamber Choir. Beliau turut memberikan penghormatan buat penulis lirik yang juga sahabatnya, Bob Lokman yang telah pergi meninggalkan kita semua pada 23 September lalu. – Getaran, 29 Disember 2022 


 

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 15 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN