web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyanyi Anime Suzuki Konomi Bakal Adakan Persembahan Di Malaysia Pada Sabtu

Konsert ini percuma untuk hadirin Comic Fiesta 2022. Tiket tambahan diperlukan untuk menyertai konsert dan boleh didapati pada acara itu.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 10:06AM

Suzuki Konomi - Gambar laman web Comic Fiesta 2022

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Artis yang popular dengan lagu-lagu anime Suzuki Konomi bakal membuat persembahan di Malaysia Sabtu ini, bertujuan mempromosikan budaya Jepun dan sebagai sebahagian sambutan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur (LEP). 

Menurut Yayasan Jepun (JF) konsert bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula 7 malam dan bakal menyaksikan penyanyi yang memenangi All-Japan Anime Song Grand Prix itu mempersembahkan lagu anime yang unik dan turut mengetengahkan budaya Jepun.

"Suzuki Konomi yang mula menceburi bidang seni pada 2012 ketika berusia 15 tahun dan penyanyi berbakat ini telah berjaya memukau peminat bukan sahaja di Jepun tetapi di seluruh dunia. Penyanyi ini juga  turut kolaborasi dengan penghasil karya anime dan mengeluarkan banyak lagu anime.

"Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 debutnya dan persembahan di Malaysia menjadi acara kemuncak ulang tahun ke-40 LEP," menurut kenyataan JF selaku penganjur konsert itu.

Dianjurkan dengan kerjasama Comic Fiesta, konsert itu satu daripada acara animasi, komik dan permainan terbesar di Asia Tenggara dan Kedutaan Jepun di Malaysia yang diadakan buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun.

Konsert ini percuma untuk hadirin Comic Fiesta 2022. Tiket tambahan diperlukan untuk menyertai konsert dan boleh didapati pada acara itu.

Tiket dihadkan satu tiket bagi setiap orang (siapa dahulu dia dapat) dan tertakluk pada had kapasiti dewan konsert. Untuk butiran lanjut boleh didapati di comicfiesta.org. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 3 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN