Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Konsert Aspirasi Muzikal 2022 Terus Jasi Platform Pelajar MRSM Kembang Bakat

Penganjuran konsert kali ini turut mengangkat karya pengarah filem terkenal, Allahyarham Mohamad Mohamad Khalid atau dikenali Mamat Khalid yang menaikkan semula zaman muzik rock mengikut arahan dan acuan tersendiri dalam bidang perfileman.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 11:17AM

Persembahan muzikal daripada pelajar Maktab Rendah Sains MARA sempena Konsert Aspirasi Muzikal di Management Science University (MSU) Shah Alam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Konsert Aspirasi Muzikal 2022 anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus menjadi platform utama buat pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengembangkan bakat dalam bidang keseniaan.

Timbalan Pengarah (Sains Sosial) di Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Dr Zulkifli Hussain berkata konsert berkenaan menjadi medium bagi menggilap bakat pelajar selain memastikan mereka cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi dalam aspek lain seperti kesenian.

Beliau berkata konsert memasuki edisi keempat itu melibatkan 120 pelajar MRSM yang aktif dalam bidang pembangunan bakat terutamanya seni muzik, seni tari dan seni suara dari seluruh negara.

“Kita mahu pelajar ini cemerlang dan seimbang dalam kedua-dua aspek mahupun akademik atau kesenian, kita hendak lahirkan mereka yang berbakat secara keseluruhan.

“Program sebegini juga dilihat dapat menghilangkan sedikit tekanan mereka (ketika belajar) selain memberi peluang kepada pelajar untuk cemerlang dalam bidang yang mereka minati,” katanya ketika ditemui pemberita selepas konsert tersebut di Performing Arts Theatre, Management and Science University (MSU) di sini malam tadi.

Katanya, penganjuran konsert dua hari yang berakhir malam tadi itu bertemakan Ekspo Muzikal 80'an X Tribute to Mamat Khalid yang dilihat mampu mencabar kreativiti pelajar dalam menghasilkan satu persembahan kreatif.

Beliau berkata penganjuran konsert kali ini turut mengangkat karya pengarah filem terkenal, Allahyarham Mohamad Mohamad Khalid atau dikenali Mamat Khalid yang menaikkan semula zaman muzik rock mengikut arahan dan acuan tersendiri dalam bidang perfileman.

"Karya-karya beliau sebenarnya dekat dengan generasi sekarang seperti filem Rock dan Hantu Kak Limah. Mesej dalam filem beliau sangat sarat tetapi cara penyampaian sangat santai untuk mendidik masyarakat,” katanya.

Menurutnya, pelajar-pelajar turut mencari kelainan dengan mendendangkan lagu-lagu rock 80-an menggunakan instrumen tradisional seperti Caklempong.

Konsert tersebut melibatkan sembilan buah MRSM iaitu MRSM Felda Trolak, MRSM Taiping dan MRSM Lenggong, Perak; MRSM Mukah, Sarawak; MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan; MRSM Langkawi, Kedah MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang; MRSM Tun Dr Ismail, Johor serta MRSM Tun Muhammad Fuad Stephen, Sabah.

Sementara itu, pelajar MRSM Lenggong, Perak, Syakir Aiman Azzemey, 16, berkata program sebegini wajar diteruskan kerana dapat mengembangkan bakat dan minat pelajar MRSM khususnya.

“Walaupun hanya berlatih dalam tempoh singkat iaitu sebulan, ia tidak mengganggu masa belajar saya, malah saya sangat seronok dapat terlibat dalam konsert sebegini.

"Saya membuat jadual untuk bahagikan masa berlatih dan belajar, saya memperuntukkan selama dua hingga tiga jam sehari untuk berlatih,” katanya.

Konsert Aspirasi Muzikal tersebut turut mendapat kerjasama daripada Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia, Enjit-Enjit Semut Motion Pictures, Sarang Art Hub, MSU dan Ansara Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 6 jam yang lalu

4 Juta Dijangka Tonton Episod Akhir Lelaki Itu Malam Ini

Drama ini juga telah berjaya mendapat capaian sebanyak 1.13 billion di media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran