web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rai Ulang Tahun Ke-15, Suria FM Nak Bawa Pendengar Berlayar Di Atas Kapal Mewah 

Suria FM turut bakal mencatat rekod di dalam ‘The Malaysia’s Book Of Record’ sebagai stesen radio pertama tanah air yang akan bersiaran langsung di atas kapal persiaran mewah sambil berlayar. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 4:00PM

Suria FM turut bakal melakar sejarah apabila akan ke udara secara langsung dari atas kapal menerusi segmen ‘Morning Morning Suria’ bersama Suib, Ajak dan Suraya Borhan - Gambar ihsan Suria FM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernahkah anda bermimpi untuk berlayar di atas kapal persiaran mewah persis filem Pisau Cukur? Kini impian itu boleh terlaksana kerana stesen radio popular tanah air iaitu Suria FM ingin membawa lima pendengar bertuah untuk berlayar selama empat hari tiga malam di atas kapal Genting Dream.

Lebih membanggakan, Suria FM turut bakal melakar sejarah apabila akan ke udara secara langsung dari atas kapal menerusi segmen ‘Morning Morning Suria’ bersama Suib, Ajak dan Suraya Borhan dan momen ini akan dicatatkan dalam The Malaysia’s Book Of Record sebagai radio pertama tempatan yang bersiaran sambil belayar.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majib atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, tahun 2022 merupakan tahun yang luar biasa bagi Suria FM kerana telah meraih pelbagai pencapaian yang tidak dijangka. 

DJ Lin
DJ Lin

Rating kami kini melonjak dari tangga ke empat ke tangga ketiga dengan pertambahan jumlah pendengar menjadikan Suria FM kini memiliki 3.5 juta pendengar. Hasil pendapatan Suria FM juga menunjukkan peningkatan. Semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan padu daripada pendengar setia, pihak penaja serta rakan media.

“Sempena kejayaan Suria FM kali ini, kami membuat kelainan dengan meraikan sambutan ulangtahun Suria FM sambil berlayar dan bersiaran secara langsung dari atas kapal mewah Genting Dream.

“Suria FM dengan kerjasama Resorts World Cruises akan membawa lima pendengar bertuah merasai pengalaman berlayar di atas kapal Genting Dream dengan pelbagai aktiviti menarik yang bakal diadakan antaranya sukaneka, rock climbing, mini golf, aktiviti air, karaoke serta persembahan istimewa daripada popular seperti Siti Nordiana, Andi Bernadee, Amir Masdi dan ramai lagi,” katanya. 

Naib Presiden Jualan (Malaysia) Resort World Cruises, Cynthia Lee pula berkata, salah satu kelompok sasaran pasaran mereka adalah dari kalangan masyarakat Muslim dan kerjasama yang terjalin diantara Resort World Cruises dan Suria FM adalah pilihan tepat.

Cynthia Lee
Cynthia Lee

“Dengan terjalinnya kolaborasi ini, saya rasa ini adalah saluran paling tepat untuk kami bekerjasama.  Di atas kapal ini, kami mempunyai restoran makanan halal yang bersijil. Kami juga menyediakan surau untuk beribadah yang dibahagikan kepada lelaki dan perempuan,” katanya. 

Rakan media turut dibawa untuk melihat sendiri kapal mewah Genting Dream sempena sidang media meraikan ulang tahun ke-15 Suria FM pada 28 November lalu di Pelabuhan Klang.

Tambah DJ Lin lagi, bagi menghargai jasa pihak media yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Suria FM, beberapa media terpilih juga akan dibawa untuk berlayar bersama pada 9 Januari 2023 nanti.

Pelayaran akan bermula dari Pelabuhan Klang menuju ke Pulau Pinang dan seterusnya ke Singapura sebelum pulang semula ke Pelabuhan Klang. 

Bagi anda yang ingin menyertai peraduan berlayar di atas kapal persiaran mewah ini, anda boleh lawati Instagram rasmi Suria FM untuk melihat syarat-syarat penyertaan.

Tahniah diucapkan kepada Suria FM di atas ulang tahun penubuhan yang ke-15. Semoga stesen Suria FM terus maju dan menhidangkan pendengar dengan lagu-lagu serta kandungan yang menarik. – Getaran, 1 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Tiada Lagi Segmen Suria Cinta, DJ Lin Beri Tumpuan Pada Bidang Pengurusan

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Suria FM Duduki Tangga Ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Fizz Fairuz, Chiwan Cilok Dan Kai Hassan Barisan Penyampai Baharu Suria FM

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Penamatan Kontrak Tyzo Diputuskan Pihak Atasan, Bukan DJ Lin

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 3 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad