web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kalau Ini Show Terakhir Hujan, Kita ‘Riot’ Sampai Mampus - Noh Salleh

Kali terakhir stadium dipenuhi pengunjung seramai itu adalah ketika Konsert Anuar Zain sekitar tahun 2013

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 2:00PM

Gambar dari Instagram Konsert Hujan Rumah Kita.

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Diserbu peminat yang diggelar ‘Raingers’ dari beberapa negara, lokasi Stadium Malawati gegak gempita dengan kehadiran 5000 pengunjung di Konsert Hujan Rumah Kita pada Sabtu. 

Vokalisnya, Noh Salleh ditemani AG, Azham Ahmad dan Izzat Uzain sesekali mengimbau perjalanan kumpulan Hujan yang disifatkan sebagai ajaib kerana boleh mempunyai pendengar dan pengikut seramai hari ini.

“Setiap daripada kami tidak pernah menyangka akan sampai ke tahap ini. Kami asalnya cuma band indie syok sendiri yang tak pernah sign dengan mana-mana syarikat. Kami hanyalah band yang banyak terinspirasi dengan muzik lokal dan antarabangsa. 

“Malam ini dengan 5,000 pengunjung di Stadium Malawati, kalian memang gila,” laungnya di atas panggung disertai sorakan pengunjung. 

Menurut Noh, kali terakhir stadium dipenuhi pengunjung seramai itu adalah ketika Konsert Anuar Zain sekitar tahun 2013.

Gambar dari Instagram Konsert Hujan Rumah Kita.
Gambar dari Instagram Konsert Hujan Rumah Kita.

“Kali terakhir saya ingat konsert Anuar Zain yang pernah dapat jumlah penonton seperti ini. Saya terlalu pandang rendah dengan band kami. Gusar juga awalnya sebab nak buat di stadium takut tak dapat sambutan. Tapi atas sokongan kalian semua Raingers, terima kasih! Konsert ini untuk kalian semua!

“Tak sangka hari ini sampai begitu sekali muzik menyatukan kita semua.

“Saya tak boleh ambil peranan sebagai Tuhan, mungkin ajal datang dulu. Kalau ini show terakhir Hujan, kita riot sampai mampus!” tambahnya lagi.

Dalam konsert yang berdurasi tiga jam itu, Hujan telah membawakan 36 lagu bermula dengan lagu rancak di awal pembukaan, diikuti lagu-lagu balada yang digelar set bercinta semasa bahagian kedua sebelum kembali kecoh dengan lagu-lagu berentak rock milik mereka. 

Turut sama memeriahkan konsert ialah beberapa artis seperti Aris Ariwatan yang menyampaikan lagu bertaraf lagenda ‘Lamunan Terhenti’ dengan susunan muzik yang lebih lebih kencang dan ganas. 

Hampir menutup konsert, Azlan Typewriter dan Naim Daniel kemudian muncul ketika menyanyikan lagu Pelangi Dan Kau.

Terdahulu, laman sesawang penjualan tiket dalam talian konsert Hujan menjadi sesak dan tergendalam akibat ramai yang berpusu-pusu menunggu membeli tiket sejak ia mula dijual Ogos lalu. Tiket dijual pada harga serendah RM150 untuk kategori Kembara hingga RM469 bagi kategori Obsesi. - Getaran, 7 November 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN