web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Promoter Konsert Melutut Minta Peminat NCT 127 Jangan Merempuh

Tindakan pihak promoter itu telah meraih perhatian peminat NCTzen di seluruh dunia dan mereka berpendapat  bahawa dalam hal ini, pihak promoter tidak bersalah.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 8:31AM

Seorang promoter melutut meminta para peminat untuk menjaga kelakuan. - Gambar dari promoter (Koreaboo.com)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Banyak sungguh cabaran yang terpaksa dilalui pihak promoter konsert NCT 127 sewaktu menganjurkan acara persembahan muzik tersebut di Ice BSD, Tangerang Selatan, pada tanggal 4 November dan 5 November yang lalu. 

Menurut laporan Koreaboo.com, sebelum konsert bermula, ancaman bom ditemui, dan polis dihantar untuk memeriksa kawasan itu, tetapi kemudian ia didapati tidak benar.

Kemudian, konsert itu dihentikan separuh jalan kerana penonton mula menolak-nolak di kawasan tempat orang berdiri.

Akibatnya, ramai peminat pengsan dan konsert itu terpaksa dihentikan biarpun NCT 127 mempunyai lima lagu lagi untuk dipersembahkan.

Ahli NCT 127 sendiri terpaksa meminta peminat-peminat mereka yang digelar NCTzen supaya tidak merempuh di bahagian hadapan.

Insiden ini sempat dirakamkan oleh pengguna Twitter @puchairunnisa 

Pihak agensi NCT 127 pula dilaporkan  kecewa dengan insiden tersebut dan memaklumkan bahawa band Kpop itu mungkin tidak akan beraksi lagi di Indonesia jika insiden ini berulang pada hari kedua.

Pada hari kedua konsert, NCTzen telah menyiapkan sebuah banner meminta maaf kepada ahli kumpulan tersebut. Jaehyun daripada NCTzen telah memberikan reaksi terhadap permohonan maaf peminat itu dan menyatakan kasih sayangnya kepada mereka.

Namun, sebelum konsert hari kedua ini bermula, ketua pihak promoter dilihat telah berlutut dan merayu sambil menangis meminta NCTzen supaya berkelakuan elok.

Tindakan pihak promoter itu telah meraih perhatian peminat NCTzen di seluruh dunia dan mereka memberitahu berpendapat  dalam hal ini, pihak promoter tidak bersalah.

Yang salah adalah sikap sebahagian NCTzen di Indonesia. NCTzen di Indonesia pula menyalahkan peminat di bahagian hadapan yang dilihat cuba merempuh palang di depan pentas sehingga jatuh.

Mereka menganggap sikap peminat di bahagian hadapan ini sebagai keterlaluan dan mereka ini seperti mahu mengulang semula tragedi Itaewon yang telah mengambil nyawa lebih 150 orang. - Getaran, 7 November 202

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

5

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

6

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN

Filem & TV 21 minit yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

Filem berkenaan menerima pengiktirafan bagi kategori Babak Aksi “Single Take” Terpanjang Dalam Filem menerusi adegan tanpa suntingan yang dirakam menggunakan sa...

oleh Sophia Ahmad