web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir, PRU-15 Paksa Search ‘Kiddin’ Ubah Rancangan Konsert Ke Hujung Tahun

Search menjanjikan kualiti bunyi yang lebih baik berbanding konsert mereka sebelum ini.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 9:00PM

Search akan menambah lima lagu untuk dimainkan di konsert mereka kelak. - Gambar ihsan Search

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas berjaya mencetuskan fenomena menerusi Konsert Rockin’ On Rooftop yang diadakan di atas bumbung Campbell pada awal Jun lalu, ramai peminat Search (Kiddin) yang ternanti-nanti konsert seterusnya daripada mereka.

Walaupun sebelum ini, mereka pernah mengumumkan akan mengadakan konsert dalam waktu yang terdekat pada ketika itu, namun ia seperti tidak menjadi kenyataan dan peminat terus menunggu dan menunggu.

Akhirnya, pada sidang media yang diadakan di Hotel Campbell, Kuala Lumpur petang tadi, Search yang dibarisi Denden Gonjales selalu vokalis, Kid (gitar utama), Din (gitar rhythm), Yan (pemain bass) dan Min (pemain dram) mengumumkan mereka mengadakan konsert jelajah di beberapa buah negeri.

Namun, disebabkan ketika ini musim banjir dan pilihanraya umum bakal berlangsung, Search hanya mengumumkan dua lokasi konsert jelajah mereka yang telah pun ditetapkan iaitu Rockin’ Arena di Penang SPICE Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang pada 24 Disember ini serta Rockin’ On Rooftop di bumbung pusat beli-belah AEON Mall, Bandar Dato Onn, Johor Bahru (28 Januari 2023).

Din berkata, kalau mengikut perancangan awal, mereka sepatutnya mengadakan konsert di Johor Bahru terlebih dahulu.

“Tapi, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kita buat di Pulau Pinang dulu dan kemudian di Johor Bahru. Di negeri-negeri lain kita akan buat tapi ia masih lagi dalam perancangan,” katanya.

Menurut Din lagi, Search akan turut melakukan penambahbaikan untuk konsert Rockin’ Arena di Pulau Pinang nanti dari sudut kualiti sistem bunyi, permainan muzik dan persembahan mereka. 

Ini kerana merekan telah menjadikan Rockin’ On Rooftop di Campbell sebagai penanda aras untuk konsert seterusnya.

“Kita menjangkakan jumlah penonton yang lebih besar di Pulau Pinang. Jadi, kita akan ‘upgrade’ lagi dari sudut kualiti bunyi.

“Bajet pasti akan jadi lebih sedikit daripada Konsert Rockin’ On Rooftop di Campbell sebelum ini. Tapi, tiketnya akan jadi lebih murah,” katanya.

Jelas Din lagi, mereka juga akan menambahkan tempoh jangka masa konsert dan senarai lagu di dalam konsert di Pulau Pinang ini nanti.

“Dulu, kita main 17 lagu sahaja. Sekarang kita akan tambah lima lagu lagi dan sudah tentu lagu-lagu itu yang memang dinanti-nantikan,” katanya.

Ditanya apakah lima lagu yang bakal ditambah itu juga adalah lagu bernotasi tinggi, Denden pula berkata, dia akan membuat pemilihan lagu tersebut bersama Din.

“Ada lagu yang jadi pilihan saya dan ada pula yang jadi pilihan Bang Din,” katanya.

Selain dua lokasi di Pulau Pinang dan Johor Bahru yang sudah ditetapkan, Search juga bakal mengadakan konsert di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah, namun ia masih dalam perbincangan dan pemilihan tarikh yang sesuai berkemungkinan tahun hadapan.

Pada masa sama, Search juga ada mengadakan perbincangan dengan penganjur konsert di Indonesia. Jika semuanya berjalan lancar, Search dijangka mengadakan konsert mereka di Bandung pada penghujung Februari tahun depan.

Harga tiket untuk konsert Rockin’ Arena (Pulau Pinang) dan Rockin’ On Rooftop (Johor Bahru) adalah RM268 dan RM148 dan dijangka mula dijual minggu depan.

Untuk pembelian dalam talian boleh ke www.fenomenasearch.com dan untuk pembelian secara fizikal boleh ke kedai Search Rock Station di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur. - Getaran, 13 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN