web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Netizen Anggap Kolaborasi One Path Bersama Nazrey Johani Lahir Fenomena Raihan Kedua

Sejak single Laila Majnun diluncurkan seminggu yang lalu, lagu itu telah berada dalam senarai trending dan mendapat lebih 161,000 jumlah tontonan. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 2:02PM

Nazrey dan One Path bergabung menghasilkan lagu Laila Manjun. - Gambar dari Tarbiah Sentap Records 

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemunculan penyanyi nasyid lagenda, Ustaz Nazrey Johani yang dahulunya pernah menganggotai kumpulan Raihan memang sentiasa dirindui bukan sahaja dalam kalangan peminat-peminat tegar muzik nasyid tetapi juga arus perdana. 

Dan, sudah tentu ramai yang teruja apabila mengetahui bahawa beliau telah berkolaborasi bersama bersama kumpulan nasyid baharu, One Path menerusi lagu Laila Majnun. 

Sejak Laila Majnun diluncurkan seminggu yang lalu, lagu itu telah berada dalam senarai trending di YouTube Trending for Music dan Trending Now mendapat lebih daripada 161,000 jumlah tontonan. 

Bahkan, majoriti netizen telah memberikan respon yang amat positif menerusi ruangan komen muzik video lagu tersebut.  Bahkan,ada yang menyatakan gandingan dua artis itu mampu melahirkan fenomena Raihan kali kedua.

“This is one of masterpiece nasyid..”  - Yunaz

“Nice song, nice MV, macam korean historical drama punya scene…” - Mustaqim

“Kombinasi Nazrey Johani dan One Path mampu lahirkan fenomena Raihan kedua! Peluang cerah jika teruskan kombinasi ini” - Subconxious Intl.

Lagu ciptaan Akmal Mustafa yang diinspirasikan dari sebuah video ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zul Ramli sekitar tahun 2019 ini adalah single terbaharu yang disampaikan One Path yang terdiri daripada Ammar, Haseef, Afiq dan Shafiq. 

Kolaborasi One Path bersama Ustaz Nazrey tercetus menerusi pihak pengurusan mereka, Tarbiah Sentap Records yang diasaskan Ustaz Adnin Roslan. Beliau juga adalah penerbit kepada single Laila Majnun ini. 

Mengulas tentang respon peminat yang menganggap kolaborasi mereka itu seperti fenomena Raihan kedua, Haseef mewakili kumpulan One Path bertekad untuk menjadi yang terbaik demi meneruskan legasi nasyid di era TikTok.

“Tanggungjawab ini agak berat bagi pendatang baru seperti kami. Kena pulak kami semua pemalu bila berdepan khalayak ramai,

“Tetapi bila perasaan itu muncul, kami akan berfikir dan muhasabah, bagaimana situasi dunia hari ini andai Baginda Rasulullah SAW malu nak berdakwah kepada kaum Arab jahiliah satu masa dahulu, adakah Islam akan sampai kepada kita hari ini?

“Sollu ‘Alan Nabi. Besar pengorbanan Nabi SAW nak pastikan kita dapat merasai nikmat Islam hari ini. Kini tiba giliran kami meneruskan legasi dakwah itu,” katanya. 

Menerusi ruangan komen yang sama, ramai juga di kalangan peminat berpendapat penampilan istimewa Nazrey Johani di dalam lagu tersebut merupakan pilihan yang tepat dan sedikit sebanyak berjaya mengubati rindu mereka kepada era nasyid 90-an. 

“Rindu suara Ustaz Nazrey. Aura Raihan yang dulu kembali” - Daus

“From Indonesia. Saya seperti mendengar raihan” - Roni Putra

One Path
One Path

Melihat kepada komen-komen tersebut, pelantun lagu Iman Mutiara, Ustaz Nazrey mengungkapkan rasa syukur kepada Allah SWT di atas penerimaan warga maya terhadap lagu terbaharunya bersama One Path.

“Macam-macam perasaan saya rasa bila baca respon netizen. Gembira, terharu, syukur, semuanya bercampur. 

“Saya sangka ramai yang sudah melupakan orang lama seperti saya yang dah jarang muncul depan media ni. Rupanya masih ada, terutama sekali dari peminat-peminat kumpulan lama saya, Raihan.

“Mudah-mudahan dengan adanya Laila Majnun dapat mengubati rindu kalian terhadap Raihan yang dulu.

Laila Majnun kini sedia dimainkan di stesen-stesen radio seluruh negara dan juga di semua platform digital. – Getaran, 12 Oktober 2022 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN