web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Tahniah Kepada Pasukan Koir UiTM

UCC menjuarai Pertandingan Koir Antarabangsa Pau Casals ke-11 di Barcelona, Sepanyol pada 24 September dan Piala Grand Prix Pertandingan Koir Antarabangsa Isola Del Sole ke-10, di Grado, Itali, semalam.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 10:30AM

UiTM Chamber Choir (UCC) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan koir Universiti Teknologi MARA, UiTM Chamber Choir (UCC), atas kejayaan mereka menjuarai dua pertandingan koir peringkat antarabangsa.

Turut menzahirkan ucapan tahniah, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

UCC menjuarai Pertandingan Koir Antarabangsa Pau Casals ke-11 di Barcelona, Sepanyol pada 24 September dan Piala Grand Prix Pertandingan Koir Antarabangsa Isola Del Sole ke-10, di Grado, Itali, semalam.

“Semoga dilimpahi kecemerlangan berterusan,” menurut ucapan tahniah Seri Paduka berdua yang dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara hari ini.

Menurut laman web UiTM, UCC mengungguli dua anugerah utama dan muncul juara keseluruhan di Barcelona selepas mencatat markah tertinggi untuk memenangi tempat pertama (Excellent Golden Diploma) dalam ketiga-tiga kategori iaitu ‘Folklore’ (lagu rakyat atau budaya) (100 markah), ‘Mixed Voice’ (Koir Campuran) (99.3 markah) dan ‘Pablo Casals Composition’ (97.8 markah).

UCC yang terdiri daripada 23 mahasiswa juga memenangi juara keseluruhan pertandingan berdasarkan undian juri.

Sementara itu, UCC dalam hantaran menerusi Facebook memaklumkan pasukan itu turut memenangi tempat pertama bagi kategori Koir Campuran di Itali.

Pasukan itu pernah mencipta kemenangan di peringkat antarabangsa seperti di Bali, Indonesia pada 2015, Rom di Itali (2017), Torun di Poland dan Wernigerode di Jerman pada 2019. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong, PM Tunai Solat Sunat Aidilfitri Di Surau Utama Istana Negara

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 18 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN