web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bila Tular Isu Bersama Scammer, Saya Terpaksa Hentikan Promosi Konsert – Noraniza Idris Terkilan

Berita tular yang mengaitkan Noraniza dengan sebuah syarikat perumahan yang mencetuskan skim perumahan itu, telah menjejaskan penjualan tiket konsertnya.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 7:26PM

Konsert Malai Solo dijadualkan pada 21 hingga 23 Oktober ini di Istana Budaya. - Gambar fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Irama Malaysia, Noraniza Idris mengakui kontroversi isu skim perumahan melibatkan sebuah syarikat pemaju telah memberi kesan kepada penganjuran Konsert Malai Solo yang dijadualkan berlangsung pada bulan depan. 

Ini kerana, syarikat pemaju tersebut pernah menyatakan kesediaan untuk menaja Konsert Malai Solo sebanyak RM3 juta. Konsert Malai Solo dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 23 Oktober di Istana Budaya.

Walaupun Noraniza telah menjelaskan tiada kaitan dengan syarikat perumahan itu, namun berita yang tular mengenai dirinya telah menjejaskan penjualan tiket konsert sekali gus menyebabkan promosi konsert terpaksa dihentikan.

Noraniza Idris
Noraniza Idris

“Apabila gambar saya diguna pakai dan tular, ia menyebabkan gerak kerja konsert saya terganggu termasuk persediaan dan penjualan tiket. Saya terpaksa hentikan promosi selepas isu ini tular kerana ia memberi kesan kepada kepercayaan orang terhadap konsert saya.

“Kalau ada pihak nak marah kepada syarikat pemaju, terus sahaja berurusan kepada mereka. Kita hanya penerima wakaf sahaja. Kita nak membantu sesama artis yang susah. Kalau benar ada pihak nak melindungi artis, mengapa guna gambar saya?

“Gerak kerja konsert ini sudah 60 peratus, susah sebenarnya nak memperjuangkan Irama Malaysia kerana ia melawan arus. 

“Konsert ini juga melibatkan pihak penerbit dan sultan yang saya undang. Namun semuanya tercalar kerana isu artis bersama scammer,” kata Noraniza ketika ditemui Getaran di Ibu Negara, semalam. 

Ratu Irama Malaysia itu juga menegaskan walaupun pengumuman tajaan Konsert Malai Solo bernilai RM3 juta itu pernah diumumkan syarikat pemaju berkenaan dalam sebuah sidang media pada Ogos, namun pihaknya tidak pernah menerima apa-apa bayaran daripada syarikat pemaju tersebut. 

“Syarikat pemaju itu tidak pernah menaja konsert saya. Cuma semasa sidang media berkenaan, mereka minta satu slot dan umumkan perkara itu (tajaan) tanpa melalui apa-apa perbincangan dengan pihak pengurusan. Namun, mereka tidak pernah menaja konsert ini. Saya ada penaja lain yang tidak perlu saya dedahkan,” katanya.

Tidak patah semangat dengan apa yang terjadi, Noraniza bakal mengadakan sebuah konsert berskala kecil yang dirancang hujung tahun ini. Manakala, sebuah Konsert Malai Solo besar-besaran akan tetap diadakan pada tahun hadapan.

Sementara itu, proses mengembalikan semula  tiket pula akan diuruskan pihak Ilasso tickets yang akan menghubungi setiap pembeli.

“Setakat ini kita belum ada tarikh yang pasti cuma kita bergantung kepada kelapangan Tok Ram dan tahap kesihatan saya. 

“Sebelum ini untuk lokasi kita hanya ikut jadual Istana Budaya yang hasilnya bertindih pula dengan pelbagai acara lain apalagi sudah dekat dengan musim pilihan raya.

“Sekurang-kurangnya dengan penangguhan ini, saya ada masa untuk berehat dan lebih bersedia dari sudut aspek mental. Yalah, nak buat konsert ini, diri sendiri kenalah terurus,” katanya.

Terdahulu, Noraniza didakwa bersekongkol dengan sebuah syarikat pemaju yang mempunyai unsur-unsur penipuan menerusi skim Rumahku Syurgaku untuk para selebriti.

Mengikut perjanjian, penggiat seni hanya perlu membayar RM10 untuk mendapatkan sebuah rumah wakaf berharga RM500,000.

Noraniza walau bagaimanapun telah menafikan dan dia juga memberitahu telah dilucutkan daripada menjadi duta skim berkenaan sejak 27 Ogos yang lalu. - Getaran, 29 September 2022 





 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahid AF Kongsi Kisah Duit Dalam Akaun Isteri Lesap

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

 Filem 'Oppa' Bantu PDRM Banteras Jenayah Scam

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN