web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Noraniza Idris Nafi Bersekongkol Dengan Pihak Pemaju, Digugur Sebagai Duta Bulan Lepas

Noraniza turut menyifatkan dirinya sebagai mangsa keadaan memandangkan perkenalan itu dibuat rakan kongsinya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 11:01PM

Noraniza berkata beliau membangkitkan beberapa persoalan yang gagal dijawab oleh pihak pemaju. - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Noraniza Idris menafikan tuduhan bersekongkol dengan pihak pemaju menerusi sebuah skim Rumahku Syurgaku.

Tegas Ratu Irama Malaysia itu, dia hanya dilantik secara tidak rasmi sebagai duta tanpa sebarang perjanjian dengan niat untuk membantu rakan-rakan artis mendapatkan rumah.

Pengenalan Noraniza dengan syarikat pemaju tersebut bermula pada bulan Ramadan ketika dia diperkenalkan oleh rakan kongsi dari NIPV Management Sdn Bhd. Syarikat pemaju tersebut mempelawa Noraniza untuk menjadi duta program kebajikan.

Selain itu, Noraniza menyifatkan dirinya sebagai mangsa keadaan memandangkan perkenalan itu dibuat rakan kongsinya.

Bahkan sepanjang taklimat bersama syarikat pemaju, Noraniza membangkitkan beberapa persoalan sebelum akhirnya ditamatkan daripada menjadi duta.

“Banyak persoalan yang saya bangkitkan kerana saya seorang yang lantang. Bukan hanya bertanya kepada mereka (syarikat pemaju) tetapi juga kepada peguamnya.

“Namun bila soalan saya tidak dijawab, dia (syarikat pemaju) pun tertekan. Dia kata kalau sudah tidak percaya, tidak perlulah dan dia gugurkan saya daripada menjadi duta bermula 27 Ogos,” kata Noraniza ketika ditemui di Hotel Royal Chulan, di ibu kota, sebentar tadi.

Tambah penyanyi itu lagi, dia turut mengingatkan selebriti yang berminat dengan projek tersebut supaya mendapatkan maklumat terperinci skim itu supaya tidak ada perkara berbangkit di kemudian hari.

“Saya sudah berpesan kepada semua jangan bagi lebih dari RM10. Sebab duit dimasukkan ke dalam akaun peribadi. Kita tahu ada artis yang tak ada rumah dan mungkin, cara ini  dapat membantu artis-artis tersebut.

“Lagipun saya tidak mengetuai projek itu sebaliknya hanyalah pemudah cara kepada rakan-rakan artis,” ujarnya.

Terdahulu, sebuah skim Rumahku Syurgaku diperkenalkan seorang syarikat pemaju untuk membantu para artis.

Mengikut perjanjian, penggiat seni hanya perlu membayar RM10 untuk urusan penyerahan unit kediaman dengan harga terbabit.

Noraniza kemudiannya ditampilkan sebagai duta Pelancongan Seni dan Budaya serta Pemegang Amanah menerusi skim yang disebut khidmat sosial amal jariah membantu ummah itu. - Getaran, 28 September 2022

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN