web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Band Radja, Repvblik Pertama Kali Kongsi Pentas Konsert Di KL

Repvblik dan Radja menjanjikan suasana konsert yang ramah untuk pendengar bernostalgia

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 8:18PM

Gambar ilasso ticket

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat pertama kalinya, dua band gergasi Indonesia bakal berkongsi pentas yang sama November ini.

Menerusi Konsert Repvblik Radja yang bakal diadakan di World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL) pada 13 November ini, kedua-dua kumpulan itu akan mempersembahkan seleksi lagu popular mereka.

Mereka bakal membawa kira-kira 12 lagu daripada band masing-masing. Repvblik bakal membawakan ‘Selimut Tetangga’ dan ‘Sandiwara Cinta’ yang terkenal di Malaysia manakala Radja akan membawakan lagu seperti ‘Jujur’, ‘Tulus’ dan ‘Benci Bilang Cinta’.

“Senang rasanya boleh kembali ke Malaysia kerana negara ini sudah seperti rumah sendiri. Orangnya ramah dan penerimaan pendengar terhadap muzik kami juga begitu baik. Konsert kali ini, pertama kali Radja dan Repvblik digandingkan dalam satu konsert. Gembira rasanya kerana mereka sudah seperti adik-adik apalagi genre muzik kami serupa. 

“Kami membayangkan konsert nanti akan dipenuhi dengan peminat yang turut sama bernyanyi dan bernostalgia. Pendek kata, konsert ini kita akan saling akrab. Bakal ada kejutan untuk semua di konsert ini nanti. Mungkin lagu baru,” kata vokalis Radja, Ian Kasela ketika ditemui Getaran. 

Pertama kali membuat persembahan di Kuala Lumpur, vokalis Repvblik, Ruri Herdian Wantogia teruja dengan peluang yang diberikan di samping berbangga dapat berkongsi pentas yang sama dengan band lagenda tanah airnya sendiri iaitu Radja. 

“Radja adalah sebuah band besar. Jadi apabila diberi kesempatan seperti ini sudah tentu sangat bahagia. Dengan kehadiran band kami berdua diharap lebih banyak menarik perhatian pendengar untuk datang ke konsert nanti.

“Kami (Repvblik) belum pernah membuat persembahan di Kuala Lumpur. Sebelum ini di Labuan dan Kota Kinabalu yang sambutannya luar biasa. Diharap konsert nanti akan mendapat sokongan yang baik daripada semua. 

“Kami bakal hasilkan lagu baru Oktober ini. Lagu kita semua dibuat daripada hati kerana  karya yang terbaik kita tidak boleh paksa ia dihasilkan,” kata Ruri.

Bukan itu sahaja, 300 pembeli tiket terawal akan mendapat diskaun di samping terpilih untuk sesi beramah mesra eksklusif bersama-sama band tersebut.

Tiket sudah dijual bermula daripada harga RM248 sehingga RM698 di ilassotickets.com bermula 26 September. - Getaran, 27 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 15 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...