web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Selepas 20 Tahun, Saya Dapat Nyanyikan Lagu Album Mr Barbarik' - Muss Teruja Jayakan Konsert Barbarik-Pentas Keras

Muss bakal jayakan Konsert Barbarik- Pentas Keras bersama Jo Branco dan kumpulan muziknya, Prime Domestic yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada hujung tahun ini. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 6:24PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi legenda Muss akui sangat teruja untuk menjayakan Konsert Barbarik-Pentas Keras bersama Jo Branco dan kumpulan muziknya, Prime Domestic yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada hujung tahun ini. 

“Benar, saya teruja. Sebab itulah saya tidak menolak tawaran daripada Joe apabila dia memberitahu saya mahu mengadakan konsert ini. 

“Album Mr Barbarik (bersama Wings) telah dihasilkan pada 2000 dan selepas ia dihasilkan, saya tidak pernah berkesempatan untuk membawakan lagu-lagu di dalam album tersebut di dalam mana-mana promosi mahu, persembahan, mahu pun konsert. 

“Siapa sangka, selepas 20 tahun, saya bakal persembahkan lagu-lagu album Mr Barbarik di dalam Konsert Barbarik-Pentas Keras ini nanti. Saya pasti peminat-peminat juga sudah lama menanti saaat ini,” katanya. 

Muss yang yang juga bekas penyanyi asal kumpulan May pernah menganggotai Wings sewaktu Datuk Awie (ketika itu belum bergelar Datuk) dan Mel menarik diri. 

Bersama Wings, Mus pernah terlibat dalam tiga buah rakaman album studio iaitu Biru Mata Hitamku (1996), Mencari Asal-Usul (1998) dan Mr Barbarik (2000). 

Begitupun, kata Muss, dia masih tidak dapat memaklumkan lebih lanjut tentang intipati Konsert Barbarik-Pentas Keras.

“Tapi, dalam konsert ini nanti, kami mungkin akan bawakan 30 lagu. Jadi selain album Mr Barbarik, lagu-lagu dalam album Biru Mata Hitamku serta Mencari Asal-Usul akan turut dipersembahkan,” katanya. 

Namun, sejajar dengan usianya yang sudah pun mencecah 54 tahun, Muss memberitahu, dia tidak mungkin berupaya untuk beraksi seligat dahulu atau mencapai vokal bernada tinggi sepertimana selalu.

“Saya akan cuba beraksi secara matang bersesuaian dengan usia saya. Kita tengoklah macam mana nanti. 

“Mungkin, ada di antara lagu-lagu di dalam konsert ini nanti yang perlu diberikan susunan muzik semula mengikut kesesuaian tahap vokal saya sekarang ini,” katanya lagi yang akan beraksi di dalam konsert tersebut pada 24 Disember ini. 

Dalam perkembangan lain, Muss bakal jayakan program berbentuk showcase secara virtual, Salam Dari Maya 2.0 terbitan Mac Training Centre Sdn Bhd. 

Muss yang digandingan bersama dengan Ruhil Amani Hussien, akan muncul dalam episod kedua program tersebut di platform YouTube Mac Training Centre pada 7 Oktober ini, jam 9 malam. – Getaran, 26 September 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN