Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


A.R Rahman Kembali Ke Malaysia Untuk Menghiburkan Peminat Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Tiket untuk beberapa zon konsert ini bagaimanapun telah habis dijual sejak dibuka pada 19 September lalu.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 2:06PM

Konsert yang dibawakan DMY Creation Sdn Bhd itu juga bakal menampilkan barisan artis terkenal di peringkat antarabangsa. - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tokoh muzik terkenal dari India iaitu A.R Rahman bakal kembali membuat persembahan di Malaysia selepas enam tahun dalam satu konsert besar yang diberi nama ‘AR Rahman Secret Of Success Live In Malaysia’ bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Januari 2023.

Konsert yang dibawakan oleh DMY Creation Sdn Bhd turut bakal menampilkan barisan artis terkenal peringkat antarabangsa bagi menghiburkan penonton.

Selain untuk berhibur, tujuan konsert ini dianjurkan adalah untuk merancakkan industri pelancongan negara dengan menarik lebih ramai pelancong luar ke Malaysia melalui muzik untuk menyaksikan konsert mega ini. 

Pengerusi dan Pengasas DMY Creation Sdn Bhd iaitu Datuk Mohamed Yusoff berkata, konsert ini akan dipromosikan di lebih 14 buah negara.

“Antaranya India, Singapura, Dubai, Vietnam, Indonesia, United Kingdom, Thailand, Australia, Sri Langka, Arab Saudi dan beberapa lagi negara lain melalui set promosi berbeza bagi menarik pelancong asing.

Mohamed Yusoff - Gambar Instagram
Mohamed Yusoff - Gambar Instagram

“Mengambil inspirasi daripada slogan Malaysia Truly Asia, kami mengambil peluang ini untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan mengharapkan kerjasama Tourism Malaysia melalui penganjuran konsert. 

“Objektif utama kami adalah untuk memasarkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan muzikal dan menjadikan acara ini sebagai batu loncatan untuk merangsang pertumbuhan industri pelancongan negara sebagai destinasi untuk dikunjungi dalam era pasca COVID-19,” katanya di majlis sidang media yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota.

Dalam pada itu, A.R Rahman melalui akaun media sosialnya telah meluahkan rasa gembira dan teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur dan bertemu peminatnya yang selama ini telah menyokong karya seninya.

“Kuala Lumpur sentiasa dekat di hati saya dan saya amat berbesar hati untuk kembali ke Malaysia dan menghiburkan peminat-peminat di sini,” katanya. 

Seramai 60,000 penonton dijangka bakal memenuhi Stadium Bukit Jalil yang bakal memberikan satu pengalaman berbeza dengan menghimpun peminat legenda ini dari seluruh dunia. 

Konsert ini bakal dipersembahkan dengan daya tarikan unik melalui reka bentuk pentasnya yang unik serta sistem audio dan visual yang terkini dan memukau. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sebelum dan selepas konsert berlangsung yang akan memberikan pengalaman berbeza kepada penonton.

Sebelum ini pihayk DMY telah merangka pelbagai aktiviti sempena pelancaran konsert ini termasuk majlis pelancaran logo, tema dan pengumuman rasmi media sosial melalui aktiviti payung terjun yang membawa bendera terbesar Malaysia.

Liputan utama konsert ini akan diadakan di Burj Khalifa di mana pertunjukan LED selama tiga minit akan dimainkan di bangunan tertinggi dunia itu mengenai A.R Rahman secara langsung dari Kuala Lumpur dengan logo Tourism Malaysia dan Visit Malaysia 2023. 

A.R Rahman juga akan diterbangkan ke Kuala Lumpur tidak lama lagi untuk sesi promosi serta temu ramah bersama pihak media. 

Harga tiket untuk menyaksikan konsert ini pula bermula dari RM88, RM288, RM388, dan RM688 untuk harga Early Bird. Harga-harga tiket ini disifatkan Mohamed Yusoff sebagai berpatutan kerana mahukan seisi keluarga dapat hadir menonton konsert ini kelak.

Hasil tinjaun Getaran di laman sesawang, beberapa zon tiket sudah habis dijual. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket sebelum terlambat. – Getaran, 22 September 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 hari yang lalu

Kematian Akibat Tembakan Di Dewan Konsert Di Moscow Melepasi 60 Orang

2

Muzik 1 bulan yang lalu

Explosions In The Sky Kembali Ke Malaysia

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Jamin Kualiti Padang SNBJ, PSM Guna Tenaga Pakar Untuk Konsert Ed Sheeran

4

Muzik 1 bulan yang lalu

Konsert Trio Terhebat Indonesia Temui Peminat Mei Depan

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

Selebriti 10 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar