web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nabila Izza Buat Juri 'Indonesia’s Got Talent' Ternganga, Suara Mirip Lelaki Ala Tracy Chapman!

Saat Nabila membuka suaranya, sukar untuk mempercayai bahawa ia milik seorang gadis berusia 23 tahun dari Surabaya yang berhijab. Tonton videonya di dalam artikel ini!

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 12:05PM

Nabila Izza - Gambar Instagram @iamnabilaim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat ini, tiada apa yang lebih trending di Indonesia, melainkan Nabila Izza iaitu peserta program realiti 'Indonesia’s Got Talent' yang punya suara yang unik dan bakat yang luar biasa. 

Saat Nabila membuka suaranya, sukar untuk mempercayai bahawa ia miliki seorang gadis berusia 23 tahun dari Surabaya yang berhijab. 

Apakan tidak, suaranya mirip lelaki. Sehingga juru-juri program realiti tersebut iaitu Ivan Gunawan, Denny Sumargo, Reza Arap, Rossa serta Armand Maulana yang menjadi juri undangan turut tercengang dengan keunikan vokal yang ada padanya. 

Bahkan, ada di antara juri ini yang menganggap bahawa Nabila sedang melakukan lip sync di hadapan mereka. 

Apapun, saat Nabila membuat persembahan dengan membawakan lagu 'Dancing on My Own' versi Calum Scott, ia bukan sahaja membuatkan ramai yang terpana namun cukup menyentuh jiwa. 

Tona suara Nabila yang berat itu penuh dengan soul dan ia juga turut mengingatkan kita kepada penyanyi Tracy Chapman. 

Apapun, Armand memberitahu dia sudah mengenali Nabila melalui platform media sosial. Kata Armand dia memang seorang pengagum Nabila. Baginya, Nabila mempunyai suara yang hebat dan bakal bakat yang luar biasa. 

“Sehinggakan saya DM dia di Instagram dan punya perancangan untuk membuat kolaborasi tetapi disebabkan jadual yang padat, sehingga ini, ia masih tidak menjadi kenyataan,” katanya. 

Apapun, video persembahan Nabila yang dimuatnaik menerusi saluran YouTube Indonesia's Got Talent sejak tiga minggu lalu itu menjadi trending. Anda boleh saksikan sendiri. – Getaran, 20 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 15 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN