Berita Terkini

15 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Hype Night In KL Tampilkan Kolaborasi Penyanyi Tular Indonesia-Malaysia Sebagai Tarikan

Konsert ini juga dijangka akan menjadi acara berkumpul bagi influencer, YouTuber dan insta famous.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 12:00PM

Barisan artis yang akan membuat persembahan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak seperti acara konsert yang dianjurkan sebelum ini, Konsert Hype Night in Kuala Lumpur 2022 yang bakal diadakan di KWC StarXpo pada 23 Oktober ini sedikit berbeza konsep penganjurannya.

Konsert yang dianjurkan NJ Setia ia akan menampilkan kolaborasi hebat barisan penyanyi dari dua negara iaitu  Malaysia dan Indonesia.

Dari Malaysia, ia bakal diwakili Ezad Lazim, Amir Masdi dan Najwa Latif. Sementara dari Indonesia pula, ia membariskan penyanyi tular dan mempunyai lebih 15 juta pengikut di media sosial seperti Tri Suaka, Nabilah Maharani, Zidan, Angga Candra dan Valdy Nyok.

Amir Masdi
Amir Masdi

Penganjur NJ Setia berkata, pihaknya mengambil peluang ini untuk membentuk sebuah konsep persembahan kolaborasi antara influencer Indonesia dan Malaysia yang segar dan sesuai dengan peredaran industri muzik serantau.

“Selaku penganjur konsert ini, kami mahu membuka mata banyak pihak.

“Dengan semangat, tiada perkara yang mustahil, kami membawa kumpulan penyanyi dari Yogyakarta dan Jakarta, Indonesia untuk berada di atas pentas bersama penyanyi tersohor Malaysia.

“Konsert ini juga akan menjadi acara berkumpul bagi influencer, YouTuber dan insta famous meraikan kolaborasi antara penyanyi Malaysia dan Indonesia.

“Ini adalah pentas persembahan vokal serumpun,” katanya.

Menurut pihak penganjur juga, konsert ini adalah ruang terbaik penyanyi dari Indonesia membuktikan kemampuan sebenar mereka untuk menghiburkan penonton dan peminat dari Malaysia, Singapura dan Brunei.

Bagi penyanyi dari Indonesia, Nabilah Maharani yang popular menerusi lagu Bila Nanti, dia sangat gembira apabila diberi peluang untuk beraksi dan membuat persembahan di Malaysia.

“Saya sangat gembira. Terima kasih kepada NJ Setia atas kesungguhan ini. Saya akan manfaatkan peluang ini sebaik-baiknya. Saya bersyukur kerana diterima  peminat di Malaysia. Ia bagai sebuah mimpi. Tapi, saya akan berusaha untuk memberikan persembahan yang terbaik,” katanya.

Nabilah berkata, dia juga tidak sabar untuk menyanyikan lagu Bila Nanti pada persembahan itu nanti.

Nabilah Maharani
Nabilah Maharani

“Tentu saja lagu Bila Nanti adalah lagu wajib untuk dinyanyikan. Selain itu, ada persembahan istimewa duet dan kolaborasi bersama penyanyi Malaysia. Jadi, saya mahu mengajak semua untuk meriahkan lagi konsert ini,” katanya.

Sementara itu, Amir Masdi berkata, pemilihannya untuk konsert yang menggabungkan penyanyi Malaysia dan Indonesia ini satu perkara yang unik untuk penonton.

“Dari segi penyanyi pula saya rasa kita dapat suasana yang baru di pentas sebab ada penyanyi dari Malaysia dan Indonesia. Jadi, kehadiran kami ini akan memberikan tenaga dan ‘vibe’ yang berbeza. Kita boleh juga belajar antara satu sama lain. Mungkin cara mereka buat persembahan dan interaksi dengan penonton.

“Saya rasa gembira dan tak sabar untuk merasakan suasana baru di pentas itu. Apa yang membuatkan saya menerima tawaran ini kerana ia sebuah konsert unik dan sudah tentu saya suka. Saya tak nak lepaskan peluang ini untuk buat persembahan dan tunjukkan kepada penonton Malaysia serta Indonesia.

“Saya juga berpeluang untuk berjumpa penyanyi dari Indonesia untuk bertukar informasi dalam muzik. Memandangkan ini konsert pertama di mana peminat perlu membeli tiket, jadi saya terus berkongsi di media sosial.

“Persiapan untuk persembahan macam biasa, saya hanya perlu cukup rehat, cukup makan dan pastikan kesihatan baik untuk hari persembahan itu. Saya belum tentukan lagu apa yang bakal dinyanyikan, mungkin lagu sendiri dan lagu ‘cover’ pun ada,” katanya.

Peminat dan penonton yang hadir pada Konsert Hype Night In Kuala Lumpur 2022 nanti bakal disajikan dengan persembahan solo dan duet dengan 18 lagu di bawah pimpinan pengarah muzik Along Exists.

Tiket menyaksikan konsert ini boleh didapati menerusi laman web www.tiket2u.com.my. - Getaran, 6 September 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Ewah Berlenggok-Lenggok! Ezad Lazim, Salma Nyanyi Lagu Berentak Hindustan Pula

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Amir Masdi Lancar Lagu Baru Berjudul ‘Sengaja’ Atas Kapal Persiaran Mewah

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

10 Perkahwinan Artis Paling Menjadi Tumpuan 2022 

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Pertama Kali Buat Persembahan Di Langkawi, Ezad Lazim Tak Sabar Beraksi Di Hadapan Peminatnya Nanti 

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Selebriti 18 jam yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Selebriti 5 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 13 jam yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

oleh Wartawan Hiburan Getaran