web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Perkahwinan Artis Paling Menjadi Tumpuan 2022 

Antara kejutan tahun ini, apabila ada beberapa artis yang sekian lama menjalani kehidupan solo, namun akhirnya bertemu jodoh untuk melangkah ke jinjang pelamin dengan pasangan jiwa. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 2:10PM

Tahun 2022 menyaksikan ramai artis terkenal tanah air menamatkan zaman solo mereka. - Gambar Instagram Sweet Qismina, Hana Ismail dan Sharifah Amani

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun ini melakar sejarah bagi beberapa selebriti yang memilih untuk melangkah ke alam perkahwinan. 

Ada pasangan yang terang-terang berkongsi gerangan belahan jiwa namun tidak kurang juga selebriti yang diam-diam mengunci mulut, tahu-tahu sudah ke jinjang pelamin.

Tidak kurang juga yang membuat kejutan kerana setelah sekian lama menjalani kehidupan solo, namun akhirnya bertemu jodoh untuk melangkah ke jinjang pelamin dengan pasangan jiwa. 

Berikut kami senaraikan antara selebriti yang paling mencuri tumpuan dan diperkatakan bedasarkan kepada jumlah perbualan warganet di laman sosial.

 

Heliza Helmi

Ramai yang terkejut apabila aktivis dan penyanyi Heliza Helmi tiba-tiba mengumumkan sudah bergelar isteri kepada seorang jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul pada 1 Januari tahun ini. 

Heliza bertemu jodoh pada usia 36 tahun dan menerima mas kahwin sebentuk cincin dan senaskah al-Quran. Heliza juga sempat berkongsi momen apabila dia pernah mengirimkan doa untuk bertemu jodoh kepada Ustaz Mahadi yang pada waktu itu menunaikan umrah di Mekah. 

 

Zulin Aziz

Sebelum ini, Zulin sangat terbuka bercerita tentang kisah percintaannya yang tidak menjadi. Apabila berita perkahwinannya tersebar, ramai yang tumpang gembira dan saling mengucapkan tahniah kepada pelakon dan pengacara itu. 

Zulin selamat menjadi isteri kepada Fahan Norzaini pada 20 Februari tahun ini dengan sekali lafaz di Masjid Negara. Zulin dan Farhan mula berkenalan apabila masing-masing menjadi rakan perniagaan dua tahun lalu.

 

Wany Hasrita 

Tidak kalah kecohnya apabila ramai jejaka patah hati apabila penyanyi Wany Hasrita sah bergelar isteri kepada seorang juruterbang Mohd Al-Adib, Julai tahun ini. Wany menerima sebentuk cincin berlian dalam sebuah majlis akad nikah di Damansara Perdana. Wany dan Adib mula berkenalan sejak tahun 2010 melalui sepupunya.

 

Sweet Qismina

Tidak pernah berselindung menjalin hubungan bersama-sama pelakon Adam Lee, kedua-dua pasangan itu bersyukur apabila sah bergelar suami dan isteri pada Oktober tahun ini. Lebih manis lagi apabila Qismina memilih tarikh ulang tahun kelahirannya iaitu 24 Oktober sebagai hari pernikahannya. Bukan itu sahaja, mas kahwin juga bernilai RM2,410.7 simbolik kepada tarikh lahir Sweet Qismina.

 

Sharifah Amani

Sebelum ini sering dianggap sebagai duta wanita single semalaya, pelakon yang mesra disapa sebagai Nani ini  juga membuat kejutan apabila menamatkan zaman solonya tahun ini. Nani selamat bergelar isteri pada  usia 36 tahun kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmed Faris Amir. Nani bertemu Faris apabila masing-masing bekerja dalam sebuah organisasi yang diketuai Faris. 

 

Najwa Latif

Antara perkahwinan selebriti yang mendapat perhatian tahun ini adalah pasangan  Najwa Latif dengan pasangan duetnya, Akwa Ariffin. Sebelum ini masing-masing bekerjasama menghasilkan  lagu single bertajuk ‘Dua’ dan ‘Tak Kisah Pun’. Namun, kalau sudah jodoh tidak ke mana. Najwa dan Akwa selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat di Batu Pahat, Johor.

 

Aizat Amdan

Selepas bercinta selama tiga tahun, penyanyi Aizat Amdan akhirnya selamat bergelar suami kepada pengurusnya sendiri, Elyssa Alia Ilias. Dalam sebuah majlis tertutup di Puchong, Aizat selamat bernikah dengan mas kahwin sebanyak RM300. Mereka memilih Tulum, Mexico sebagai destinasi bulan madu.

 

Mas Idayu 

Penyanyi Mas Idayu  yang selesa dipanggil mommy selamat bergelar isteri kepada Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa pada September tahun ini. Mas Idayu selamat bergelar isteri pada usia 50 tahun selepas 15 tahun hidup solo. Mommy menjadi tumpuan apabila mengenakan veil terapung dengan bantuan 18 biji belon.

 

Syifa Melvin

Selepas masing-masing mengunci mulut mengenai kad undangan perkahwinan yang tersebar, pelakon Syifa Melvin akhirnya menjawab tanya tanya waganet apabila memuat naik gambar sudah bergelar isteri kepada pemain bola sepak, Safawi Rasid. Majlis akad nikah telah diadakan di sebuah hotel yang dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat. 

 

Da’i Syed

Pernah mencetuskan kontroversi, pendakwah bebas akhirnya menamatkan zaman solo dengan pengacara Hana Ismail dengan sekali lafaz. Majlis akad diadakan di Magica Hall Shah Alam dengan sederhana. Kisah cinta Hana dan Syed kemudian menjadi bahan bualan apabila masing-masing menceritakan pengenalan mereka yang penuh  Islamik seperti melakukan proses istikharah.  - Getaran, 26 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerugian Akibat Penipuan FB Dan IG Cecah RM302 Juta - Teo

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Zizie Izette, Alya Iman Dan Isteri Haqiem Rusli Tanggal Tudung Di Hari Raya

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Peminat Menangis Sangka Ella Berhenti Bernyanyi, Tampil Dengan Konsert Rai 35 Tahun!

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN