web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Syazwan Shuhaimi ‘Okey’ Abang Iparnya, Pak Azad Tentukan Hala Tuju Single Ke-2

Single kedua yang bertajuk ‘Cinta Tak Mengerti’ adalah ciptaan daripada komposer seberang iaitu Agie Prakasya yang pernah tular dengan lagu ciptannya, Belum Siap Kehilangan.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 11:44AM

Syazwan Shuhaimi - Gambar ihsan Rocketfuel Entertainment

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah hampir setahun muncul dengan single pertama, ‘Sang Purnama’, akhirnya penyanyi baharu Syazwan Shuhaimi yang juga adik kepada pelakon Eira Syazira muncul dengan lagu terbaharu, ‘Cinta Tak Mengerti’ ciptaan komposer dari seberang iaitu Agie Prakasya. 

Menurut Syazwan, pemilihan lagu single kedua itu adalah atas nasihat daripada pihak labelnya iaitu Rocketfuel Entertainment serta abang iparnya sendiri  iaitu Pak Azad. 

 Gambar ihsan Rocketfuel Entertainment 
Gambar ihsan Rocketfuel Entertainment 

“Ketika itu, Pak Azad ada menghantar DM (direct message) kepada Agie Prakasya, pencipta lagu Belum Siap Kehilangan yang tular ketika itu. 

“Dalam banyak-banyak demo yang diberikan, hanya satu lagu yang melekat di ingatan saya iaitu ‘Cinta Tak Mengerti’.

“Lagu ini adalah adaptasi dari kisah peribadi penulis lagu sendiri yang menceritakan tentang cintanya yang tidak kesampaian,

“Dia menaruh harapan yang tinggi terhadap seorang wanita tetapi wanita tersebut hanya menganggapnya sebagai sahabat baik sahaja sehingga di-friendzone,” katanya.

Sungguhpun begitu, penyanyi yang bakal menginjak usia 36 tahun ini mengakui bahawa proses rakaman lagi ‘Cinta Tak Mengerti’ itu dilakukan secara atas talian tanpa pertembungan fizikal di dengan Agie. 

“Setelah menerima demo lagu ini, Agie dan Aldi Nada Permana, kami terlebih dahulu mengadakan sesi bengkel secara atas talian sebanyak tiga kali bagi mengenali latar belakang lagu, mengadakan latihan vokal serta cara mendalami maksud lagu ini. 

“Ini juga merupakan pengalaman pertama bagi saya sebelum proses rakaman dilakukan dan proses rakamannya memakan masa selama 2 jam di studio rakaman Astro,” tambah Syazwan lagi.  

gambar ihsan  Rocketfuel Entertainment 
gambar ihsan Rocketfuel Entertainment 

Jelas Syazwan lagi, dia menyedari ramai yang tertanya ke mana dia pergi selepas muncul dengan ‘Sang Purnama’. 

“Sebetulnya, saya masih lagi aktif menyanyi dengan memenuhi jemputan program yang diatur pihak pengurusan. 

“Pada masa yang sama, saya juga masih lagi sibuk mempromosikan lagu Sang Purnama kerana penerimaannya yang positif,” katanya. 

Dia juga mengaku lebih berhati-hati dalam pemilihan lagu yang hendak diketengahkan sebagai singlenya. 

 “Setiap penyanyi seperti saya inginkan variasi dalam repertoire, jadi sebab itu saya ingin pelbagaikan mood dan tempo dalam katalog lagu-lagu saya. 

“Muzik yang saya bawakan mencerminkan keperibadian saya, tidak terlalu ringan dan tidak juga terlalu berat untuk diterima ramai. 

“Ia perlu kedengaran ‘matang’, sesuai dengan usia saya sekarang, jadi saya juga cuba untuk mengetengahkan lagu-lagu yang mempunyai lirik yang puitis dan boleh diterima ramai pendengar.

Lagu ‘Cinta Tak Mengerti’ boleh dimuat turun di iTunes, dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didapati  melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network. – Getaran, 2 Ogos 2022 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Karya Habsah Hassan Diangkat Dalam Drama Audio ‘Malam Pengantin’ 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aiman Tino Rancang Jadi Penerbit Program ‘Travelog’

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Ayu Damit Nafi Lagu ‘Kejam’ Yang Berkisar Tentang Kecurangan Punya Kaitan Dengan Isu Syamsul Yusof 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN