web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiket Konsert Kunto Aji Habis Dalam 30 Minit, Penganjur Rancang Anjur Hari Kedua!

Namun begitu, penganjuran konsert ini untuk hari kedua masih dalam proses perbincangan.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 2:07PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bermacam-macam luahan peminat membanjiri laman Twitter pagi ini apabila tiket konsert penyanyi Indonesia Kunto Aji laris bagai goreng pisang panas dalam tempoh 30 minit sahaja.

Perkara tersebut disahkan sendiri wakil pihak penganjur ketika dihubungi Getaran mengatakan tiket konsert Fabulous Friday: Mantra Mantra telah pun habis dijual sejak pembeliannya mula dibuka jam 10 pagi tadi di laman sesawang www.dfp.com.my.

Namun begitu, penganjuran konsert ini untuk hari kedua masih dalam proses perbincangan.

Kunto Aji yang pernah muncul dengan album Generation Y (2015) dan Mantra Mantra (2018) ini bakal membuat persembahan konsertnya di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada 19 Ogos ini bermula jam 8.30 malam.

Paling dinantikan sudah tentu lagu 'Pilu Membiru' yang dianggap peminat sebagai lagu tema ‘stage of grief’ (tahap kesedihan) seperti yang tertulis dalam ilmu psikologi. 

“Tolonglah sesiapa ada tiket lebih, tolong DM saya,” tulis satu komen di Twitter.

“Sedihnya tiket konsert sold out!” kata komen yang lain.

“Menyesal bangun lambat tiba-tiba tiket dah habis,” kata seorang warganet. 

Terdahulu, tiket konsert Kunto Aji dijual pada harga RM525 (Meet & Greet), RM325 (Diamond) dan RM225 (Platinum). - Getaran, 28 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Tidak Puas Hati Tiket Sold Out Kerana Individu Tak Bertanggung Jawab – Peminat Coldplay Rayu Penganjur Lanjutkan Hari Kedua Konsert 

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Tiket Pra-Jualan Coldplay Sold Out, Catat Sejarah GoLive Asia Apabila 400,000 Peminat Beratur Dalam Talian 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Bukan Gimik Untuk Lariskan Album - Sissy Imann Nafi Sengaja Cetuskan Drama ‘Kecewa’

4

Semasa 3 tahun yang lalu

10 Jam Naik Motosikal Ke Gua Musang Dapatkan Bekalan Makanan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 2 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN