web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peminat Menggila! Kunto Aji Terbangkan ‘Mantra Mantra’ Ke Kuala Lumpur

Kunto Aji yang terkenal dengan lagu-lagu yang memujuk hati bakal tampil dengan konsert 'Mantra Mantra' di Malaysia pada 19 Ogos ini.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 9:17AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Warganet sudah mula menggila di laman sosial sejak malam tadi apabila penyanyi terkenal Indonesia, Kunto Aji mengumumkan kedatangannya ke Malaysia Ogos ini. 

Breakthrough Artist of the Year di Indonesian Choice Awards 2015 itu bakal tampil dengan sebuah konsert Fabulous Friday: Mantra Mantra di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada 19 Ogos ini bermula jam 8.30 malam.

"Muzik Kunto Aji yang berkualiti dan melodinya yang cukup kuat dirasakan sesuai berkumandang di sebuah tempat berprestij seperti Dewan Filharmonik Kuala Lumpur," ujar Shirazdeen Karim, Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects.

Kunto Aji yang pernah muncul dengan album Generation Y (2015) dan Mantra Mantra (2018)  akan membawakan lagu-lagu hitnya sepanjang konsert nanti. 

Paling dinantikan sudah tentu lagu 'Pilu Membiru' yang dianggap peminat sebagai lagu tema ‘stage of grief’ (tahap kesedihan) seperti yang tertulis dalam ilmu psikologi. 

“Dah lama aku tunggu, akhirnya Kunto Aji datang Malaysia,” tulis satu komen di Twitter. 

“Kena tunggu depan komputer takut sold out,” kata komen yang lain.

“Sekejap, saya masih sedang proses lagi berita ini. Gila betul,” kata seorang lagi peminat Twitter.

Tiket untuk konsert ini bakal dijual bermula Khamis, 28 Julai bermula 10 pagi di www.dfp.com.my. Peminat-peminat boleh mendapatkan tiket-tiket pada harga RM525 (Meet & Greet), RM325 (Diamond) dan RM225 (Platinum) untuk menikmati malam tersebut. - Getaran, 28 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Impian Slam Tampil Di Pentas DFP Bakal Jadi Kenyataan Jun Ini

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Impian Jadi Kenyataan, Hasrat Ziana Zain Untuk Buat Persembahan Di Dewan Filharmonik PETRONAS Akhirnya Terlaksana

3

Budaya 3 tahun yang lalu

Buat Julung Kali, DFP Tampilkan Konsert Kebudayaan Bersama UTP

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Giliran Ruth Sahanaya Beraksi Di DFP Fabulous Friday 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 13 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...