web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buat Julung Kali, DFP Tampilkan Konsert Kebudayaan Bersama UTP

Junjung Tradisi - A Night with UTP Stars akan menampilkan pelbagai unsur muzik dari muzik gamelan Melayu, muzik Melayu tradisional dan lagu-lagu gamelan kontemporari.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2022 4:00PM

Kumpulan pemuzik tradisional UTP Petra Group akan membuat persembahan pada konsert Junjung Tradisi - A Night with UTP Stars.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi melestarikan seni budaya di negara ini, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) telah bergabung dengan Universiti Teknologi Petronas (UTP) untuk mempersembahkan sebuah konsert istimewa, Junjung Tradisi - A Night with UTP Stars.

Konsert istimewa ini diadakan sejajar dengan usaha DFP untuk menjadi dewan ikonik premier, penuh dengan pelbagai persembahan muzik dan kebudayaan yang menarik untuk mencipta pengalaman yang unik kepada semua.

Junjung Tradisi - A Night with UTP Stars akan menampilkan pelbagai unsur muzik dari muzik gamelan Melayu, muzik Melayu tradisional dan lagu-lagu gamelan kontemporari.

Konsert ini juga akan diiringi dengan tarian Melayu tradisional yang indah dan vokal-vokal yang mengasyikkan dari barisan artis UTP yang berbakat iaitu UTP Performing Arts Group (UPAG), kumpulan gamelan Sanggar Kirana, dan kumpulan pemuzik tradisional UTP Petra Group.

Di UTP, para pelajar diberikan peluang untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan serta bakat kreatif mereka melalui aktiviti kebudayaan dan seni persembahan.

Ini adalah selaras dengan misi UTP untuk melahirkan graduan serba boleh yang cemerlang serta inovatif dalam bidang akademik dan bukan akademik.

Antara persembahan yang akan ditampilkan dalam konsert tersebut ialah Joget Gamelan Topeng, Zapin Madah Pusaka, Joget Selayang Pandang, dan muzik Inang Godampol, Keroncong: Kasih, Isang, Madah Teruna, dan Antara Selat.

Sejak 2022, UPAG telah mempromosikan pelbagai seni tarian dan kebudayaan Malaysia melalui persembahan yang meriah dan penuh warna.

Kumpulan Gamelan Sanggar Kirana
Kumpulan Gamelan Sanggar Kirana

Terdiri daripada 30 pelajar dari pelbagai kaum dan jurusan akademik, objektif UPAG adalah untuk menjadi pemangkin yang memberi inspirasi kepada penghayatan seni, budaya dan warisan Malaysia.

UPAG telah menjadi juara Festival of Colors of the World (FESCO) selama empat tahun sejak 2008. Mereka mewakili Malaysia untuk Cheonan World Dance Festival di Korea pada 2011, 2012, 2013, 2015, 2018 dan 2021 dan berjaya memenangi pelbagai anugerah termasuk Tempat Pertama dan Pasukan Terbaik untuk kategori Street Parade dan kategori Anugerah Kostum Terbaik.

Semnetara Sanggar Kirana pula  ditubuhkan pada Februari 2002 dan masih berdiri teguh sehingga hari ini sebagai tempat di mana muzik dan minat dibentuk dengan tujuan untuk memberi inspirasi kepada pelajar supaya memelihara dan mempromosikan seni warisan negara.

UTP Performing Arts Group
UTP Performing Arts Group

Sanggar Kirana juga telah terlibat dalam pelbagai persembahan dan acara di seluruh dunia seperti Malam Malaysia di London dan Taste of Malaysian Culture di Nottingham, United Kingdom (2015), Festival Gamelan di Solo, Indonesia (2018), dan Festival Gamelan Istana Budaya (FesGIB) pada tahun 2019.

Manakala, Petra adalah sebuah kumpulan yang baru ditubuhkan dan diketuai Zaidin Mohd Nor dengan tujuan untuk mengekalkan budaya Melayu tradisional melalui muzik seperti Asli, Inang, Joget, Zapin, Ghazal dan Keroncong dengan menggunakan alat muzik tradisional dan moden.

Persembahan pertama mereka adalah pada Majlis Konvokesyen ke-14 UTP pada tahun 2014 dan sejak itu, mereka telah membuat persembahan untuk acara itu setiap tahun. Kumpulan ini telah memenangi Tempat Kedua di Istanbul International Chorus & Folk Music Festival (2015) dalam Kategori Folk Instrument.

Tiket  konsert boleh dibeli menerusi pautan ini. - Getaran, 14 September 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Impian Slam Tampil Di Pentas DFP Bakal Jadi Kenyataan Jun Ini

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

UTP Kekal Kedudukan Sebagai Universiti Kejuruteraan Terbaik Malaysia

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Impian Jadi Kenyataan, Hasrat Ziana Zain Untuk Buat Persembahan Di Dewan Filharmonik PETRONAS Akhirnya Terlaksana

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Giliran Ruth Sahanaya Beraksi Di DFP Fabulous Friday 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN