web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsert Setia Live Out Loud Tampil Barisan Artis Lokal Dan Global 

Bakal berlangsung pada 3 September depan, konsert ini akan dijayakan Zainal Abidin, Nicholas Teo, Priscilla Abby, Santesh, Hael Husaini dan kumpulan pop The15.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 12:12PM

Zainal Abidin (tengah) antara artis yang terlibat dalam Konsert Setia ‘Live Out Loud’ di Setia Ecohill Park, Semenyih pada 3 September ini. - Gambar SP Setia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meraikan muzik dan kehidupan, S P Setia akan menganjurkan konsert Setia ‘Live Out Loud’, menampilkan barisan artis tempatan dan antarabangsa yang digemari ramai di Setia Ecohill Park, Semenyih pada 3 September ini. 

Konsert Setia ‘Live Out Loud’ yang akan diadakan hanya satu malam dengan durasi 3 jam bermula 8.30 malam itu dijayakan Datuk Zainal Abidin, Nicholas Teo, Priscilla Abby, Santesh, Hael Husaini dan kumpulan pop The15, manakala hos adalah Baki Zainal dan Caely See. 

Konsert percuma yang terbuka kepada umum ini dijangka menerima kehadiran 5,000 penonton di Setia EcoHill Walk, Semenyih. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia, Datuk Choong Kai Wai berkata, di Setia, mereka percaya bahawa kehidupan perlu diraikan, melalui program ‘Citizen Setia’.

“Kami berhasrat untuk mempersembahkan konsert ini kepada semua pembeli dan penduduk yang sangat dihargai

“Ia ibarat musim bunga selepas musim sejuk, saya percaya konsert ini akan memberi satu semangat baru untuk dinikmati selepas kita semua telah lama berehat disebabkan pandemik COVID-19,” katanya. 

Hael Husaini (kiri) dan Zainal Abidin pada sidang media Konsert Setia ‘Live Out Loud’.
Hael Husaini (kiri) dan Zainal Abidin pada sidang media Konsert Setia ‘Live Out Loud’.

Konsert ini juga diadakan sempena pembukaan rasmi Pusat Membeli Belah Setia EcoHill yang dijangka beroperasi pada bulan September ini.

Ia menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan seperti medan selera dan tempat hiburan serta rekreasi kepada lebih 600,000 penduduk dari Semenyih, Cheras Selatan, Putrajaya, Kajang serta Bangi.

Terletak di Semenyih, Setia EcoHill adalah salah satu daripada projek siri Eco-perbandaran milik S P Setia dan telah memenangi anugerah yang menyokong gaya hidup mampan berkonsepkan kemudahan mesra alam.

Pusat Membeli Belah Setia EcoHill menawarkan ruang perniagaan sehingga 3 ½ tingkat dengan keluasan 280,000 kaki persegi.

Konsert Setia ‘Live Out Loud’ kini dibuka untuk tempahan tiket secara percuma mulai hari ini melalui https://liveoutloud.spsetia.com/ dengan pilihan berdiri bebas dan tempat duduk percuma berdasarkan kaedah siapa cepat dia dapat. 

Untuk infomasi dan maklumat lanjut, ikuti Setia ‘Live Out Loud’ (@setialiveoutloud) di Facebook dan Instagram. - Getaran, 25 Julai 2022. 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 19 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN