web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lirik 'Casablanca' Salah Tatabahasa?

Tular di media sosial apabila seorang guru bahasa Melayu yang dikenali sebagai Zack Kirana memberi penjelasan tentang penggunaan tepat untuk perkataan ‘denyut’.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2022 8:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tular di media sosial apabila seorang guru bahasa Melayu yang juga merupakan pempengaruh iaitu Zack Kirana Ibrahim meluahkan ketidakpuasan hatinya tentang lirik lagu 'Casablanca' dendangan Nuha Bahrin dan Naufal Zahrin yang dikatakan mempunyai kesalahan dari segi tatabahasa. 

Dalam video yang dimuat naik di akaun TikTok dan Instagram, Zack menjelaskan penggunaan perkataan ‘denyut’ dalam bait lirik 'denyut jantungku berdebar' adalah salah. Perkataan yang tepat adalah ‘degup’ jantungku bukannya ‘denyut.’

“'Denyut' jantung atau 'degup' jantung? Saya dah tersuka lagu ni sampai tahap dengar hari-hari. Tapi imaginasi saya merosakkan segala-galanya. Inilah cabaran sebagai cikgu Bahasa Melayu,” tulisnya di bahagian kapsyen. 

“Ya, untuk jantung kita guna 'degup' bukan 'denyut'. Saya fikir mungkin skala Richter jantung dia rendah kot. 

“Sebab tu dia nyut nyut macam tu jer. Ataupun mungkin kedudukan jantung dia berada di bahagian kepala, di bahagian nadi,” katanya dalam video itu.

Tambahnya lagi, untuk penulisan kreatif bagi lirik lagu dan sebagainya ada sedikit kebebasan untuk melanggar hukum tatabahasa. 

Namun, perkataan yang dibolehkan untuk melanggar hukum tatabahasa itu adalah perkataan yang kita tak boleh bayangkan dengan imaginasi.

Contohnya perkataan yang ada imbuhan seperti ‘mencintai’ dan ‘menyintai’.

“Tetapi kalau yang melibatkan kata nama dan kerja iaitu perkara yang kita boleh bayangkan, kalau kita salah pilih perkataan, ia akan memberi makna yang berbeza dalam jalan cerita lagu tersebut,” jelasnya

Lagu ‘Casablanca’ yang kini sedang menjadi tular sehingga ke negara seberang telah dicipta komposer Daqmie. Sehingga kini lagu ini telah mencapai jumlah tontonan sebanyak 8.9 juta di YouTube dalam masa sebulan sejak ia diluncurkan. – Getaran, 22 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Lampu Isyarat Mengikut Degupan Jantung - Mazda

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Saya Teringin Kolaborasi Bersama Nuha, Naufal - Rizky Febian

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Raih 23 Juta Tontonan YouTube, 'Casablanca' Dicipta Buat Pasangan Yang Suka Buat Kandungan TikTok – Nuha Bahrin

4

TARA 3 tahun yang lalu

Fenomena Casablanca Nuha Bahrin, Naufal Azrin

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 7 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN