web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lampu Isyarat Mengikut Degupan Jantung - Mazda

Lampu isyarat yang dicipta pada kenderaan Mazda ini diharap memberi kesan yang bagus kepada pemandu dan pengguna sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dan selamat.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 2:15PM

Kenderaan Mazda kini telah mempunyai rekaan lampu isyarat membelok yang mampu mengikut rentak degup jantung manusia. - Gambar ihsan Mazda.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kenderaan jenama Mazda yang diperbuat dari Jepun amat popular dengan teknologi dan inovasi yang ditampilkan dalam automotif bagi memastikan setiap kenderaan mereka memenuhi dan memuaskan hari pemandunya.

Kini, kenderaan Mazda telah mempunyai rekaan lampu isyarat membelok yang mampu mengikut rentak degup jantung manusia.

Lampu isyarat membelok yang 'berdenyut' itu dipasangkan buat kali pertama pada Mazda CX-30, dan merupakan idea yang direka oleh Atsushi Yoshida iaitu ketua unit pembangunan lampu pengeluar tersebut.

Kajian dibuat terhadap gelombang yang terbentuk oleh degupan jantung menerusi alat elektrokardiogram seterusnya memastikan ia menepati apa yang dikehendakinya.
Kajian dibuat terhadap gelombang yang terbentuk oleh degupan jantung menerusi alat elektrokardiogram seterusnya memastikan ia menepati apa yang dikehendakinya.

Pereka tersebut cuba untuk menjadikan ciri lampu isyarat ini lebih bersifat manusia dengan menjadikannya naluri kenderaan ini memiliki degupan seperti jantung manusia.

Malah kajian juga telah dibuat olehnya terhadap gelombang yang terbentuk oleh degupan jantung menerusi alat elektrokardiogram seterusnya memastikan ia menepati apa yang dikehendakinya.

Menurut Yoshida, dia berharap agar lampu isyarat ini mampu memberikan kesan yang bagus kepada pemandu dan pengguna sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dan selamat diatas jalan raya.

Lampu isyarat membelok yang 'berdenyut' itu dipasangkan buat kali pertama pada Mazda CX-30, dan merupakan idea yang direka oleh Atsushi Yoshida iaitu ketua unit pembangunan lampu pengeluar tersebut.
Lampu isyarat membelok yang 'berdenyut' itu dipasangkan buat kali pertama pada Mazda CX-30, dan merupakan idea yang direka oleh Atsushi Yoshida iaitu ketua unit pembangunan lampu pengeluar tersebut.

"Lampu isyarat membelok perlu menyampaikan niat pemandu dengan lebih berkesan dan menarik perhatian pemandu dan pejalan kaki.

"Saya berharap perasaan yang cuba disampaikan menerusi kelipan lampu isyarat ini mampu mengurangkan ketegangan pemandu, dan mencipta perasaan yang tenang dan selamat kepada pengguna jalan raya lain,” katanya.

Ciptaannya bersama pasukannya mengambil masa lebih kurang dua tahun untuk menyiapkan projek ini. Malah dikatakan sehingga satu tahap mereka terlepas tarikh akhir yang sepatutnya dijadualkan selesai menyiapkannya.

Oleh itu, peningkatan nilai rekaan menerusi aspek pencahayaan yang seiring dengan degupan jantung manusia ini memperlihatkan penciptaan kenderaan Mazda berada di tahap yang tersendiri yang akan berterusan mengikut kemajuan teknologi dunia. - Getaran, 28 Januari 2023 

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

28 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kesiannya, Semoga Tuan Kereta Bertabah...

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kelakar Sungguh, Kejap Sangat Lampu Isyarat Ni

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi 7 Bulan Rentung Kenderaan Terbakar

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Santai Betul Tu 'Brother'

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok