web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bayi 7 Bulan Rentung Kenderaan Terbakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 2:21PM

Kereta yang dinaiki bayi berusia tujuh bulan dan ibu bapanya rentung selepas melanggar lampu isyarat. gambar JBPM Kelantan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KRAI - Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan maut selepas kereta yang dinaiki bersama ibu bapanya terbakar selepas melanggar tiang lampu di hadapan sebuah bank di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohd Fadzil Musa berkata, mangsa Wan Sabeena Arisha Wan Shahrizat ditemukan rentung berhampiran kenderaan itu, manakala pemandu yang juga bapa bayi berkenaan, Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril, 28, cedera parah akibat melecur seluruh tubuh.

"Pihak bomba terima panggilan kecemasan mengenai kemalangan jalan raya di lokasi berkenaan pada pukul 4.04 pagi membabitkan sebuah kereta Honda Jazz yang terbabas dan melanggar tiang lampu sebelum kenderaan dinaiki tiga beranak itu terbakar.

"Mayat bayi berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala bapa dan ibu mangsa Nur Hasidah Razmi, 25, yang cedera ringan diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Anak Gajah Mati Dilanggar Di JRTB

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Malang Memang Tidak Berbau

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kalau Boleh Bersabarlah, Semua Orang Nak Cepat

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Pemerintah Yang Sah - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Anak Ditampar Senator, Bapa Sedia Bawa Kes Ke Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

oleh Wartawan Getaran