web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


YOLO Malaysia Satukan 3 Generasi Artis Rock Di Pentas Konsert 

Menampilkan Noh Salleh, Spider dan XPDC, ketiga-tiga artis ini bakal beraksi di 'YOLO Live Sessions: 3 Generasi' di Zepp Kuala Lumpur. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 9:35AM

YOLO Live Sessions: 3 Generasi’ bakal menampilkan Noh Salleh, Spider dan XPDC di Zepp Kuala Lumpur, Bukit Bintang pada 27 Ogos ini. - Gambar ihsan YOLO Malaysia 

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jarang sekali tiga genre rock yang berbeza disatukan di pentas konsert yang sama. Namun, itulah kelainan yang bakal ditampilkan dalam konsert ‘YOLO Live Sessions: 3 Generasi’ apabila ia menampilkan barisan artis yang terdiri daripada Noh Salleh, Spider serta XPDC. 

Dianjurkan Yolo Malaysia, ‘YOLO Live Sessions: 3 Generasi’ #GerentiRock ini bakal diadakan di dewan konsert serba canggih dan moden iaitu Zepp Kuala Lumpur, Bukit Bintang pada 27 Ogos 2022 mulai jam 8:00 malam. 

YOLO Malaysia sebelum ini pernah menganjurkan lima buah konsert atas talian dengan jayanya ketika negara masih lagi berdepan dengan pandemik COVID-19. 

Pemilihan artis serta band ini adalah berdasarkan permintaan peminat rock serta pencapaian mereka sepanjang berada di dalam industri Muzik Malaysia.
Pemilihan artis serta band ini adalah berdasarkan permintaan peminat rock serta pencapaian mereka sepanjang berada di dalam industri Muzik Malaysia.

Awalnya, YOLO Live Sessions adalah sebuah platform acara yang diwujudkan khusus untuk membantu pengkarya muzik kembali beraksi di pentas persembahan ketika dunia dilanda musibah COVID-19.

Setelah memasuki fasa endemik, syarikat penganjur acara ini berasakan sudah tiba masanya untuk bintang rock kesayangan tanah air diberi penghormatan melalui sebuah persembahan live bertaraf antarabangsa bagi kepuasan peminat.

Noh Salleh menandatangani gitar sempena pelancaran 'YOLO Live Sessions: 3 Generasi' yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur, bulan depan..
Noh Salleh menandatangani gitar sempena pelancaran 'YOLO Live Sessions: 3 Generasi' yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur, bulan depan..

Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, Haniff Hamzah berkata, setelah berbincang, pihaknya mengambil keputusan untuk menghimpunkan tiga nama besar bintang rock negara yang mewakili tiga generasi berbeza seperti Noh Salleh - generasi muda, kumpulan Spider yang sering berada di carta tertinggi dan legenda rock negara iaitu XPDC. 

“Ramai peminat rock tegar di luar sana yang ternanti-nanti bila agaknya mereka dapat menyaksikan persembahan secara live dan berpeluang untuk sing-along dengan artis kegemaran mereka, kini mereka berpeluang merasainya.

“Pada malam 27 Ogos itu nanti, ketiga-tiga aksi diberikan kebebasan untuk mempersembahkan karya-karya rock mereka mengikut interpretasi tersendiri dengan durasi yang sama,” kata Haniff.

Pemilihan artis serta band adalah berdasarkan permintaan peminat rock masa kini yang rindukan aksi lincah artis kegemaran mereka di atas pentas dan juga pencapaian mereka sepanjang berada di dalam industri Muzik Malaysia.

Kesemua mereka adalah ‘otai’ rock dengan pendekatan yang berbeza, masing-masing ada signature tersendiri seperti pengaruh alternatif, ska dan juga metal.
Kesemua mereka adalah ‘otai’ rock dengan pendekatan yang berbeza, masing-masing ada signature tersendiri seperti pengaruh alternatif, ska dan juga metal.

Penerbit Kreatif YOLO Malaysia, Hamka Mohd Taufik pula menjelaskan, barisan artis seperti Noh Salleh, Spider dan XPDC bukanlah nama kecil dalam dunia rock tempatan kerana masing-masing mempunyai pengalaman dan pencapaian yang membanggakan.

“Kesemua mereka adalah ‘otai’ rock dengan pendekatan yang berbeza, masing-masing ada signature mereka tersendiri seperti pengaruh alternatif, ska dan juga metal,” katanya. 

“Jadi gandingan ketiga-tiga pemuzik rock berlainan generasi ini dapat memenuhi pelbagai selera pengunjung nanti dan pastinya bakal menjadi bualan kelak,” katanya lagi. 

Tiket-tiket konsert yang dijual berharga pada kategori Rockzone (RM328), Free Standing (RM288), Category A Seating beserta ‘meet & greet’ (RM338), Category B Seating (RM 318) dan SVIP Private Box (RM6,288).

Selain itu, YOLO Malaysia juga sedang dalam perancangan membawakan artis bertaraf antarabangsa ke Malaysia bagi memenuhi selera penggemar muzik masa kini, nantikan pengumuman mereka pada masa akan datang. - Getaran, 20 Julai 2022. 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN