web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peminat Teruja, Konsert Fourtwnty 'Sold Out' Hari Pertama!

Konsert Heliotropisme Fourtwnty bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 1 dan 2 Oktober ini.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 2:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas Fourtwnty menggegarkan Kuala Lumpur sebelum ini, berita kedatangan semula band terkenal Indonesia ini menerusi konsert Heliotropisme telah membuat para peminat teruja.

Bukan itu sahaja, punyalah ramai yang menggemari kumpulan ini, tiket untuk hari pertama sudah habis terjual dalam masa beberapa minit sahaja.

Konsert Fourtwnty Heliotropisme Live in Zepp Kuala Lumpur yang dibawakan Shiraz Projects Sdn Bhd kini bakal berlangsung pada 1 dan 2 Oktober 2022.

Heliotropisme dipilih menjadi judul konsert ini sebagai lambang kisah bunga matahari yang hidup di dataran tinggi dengan cuaca tropika.

"Sama seperti logonya, di mana bunga matahari selalu menghadap ke arah matahari, Fourtwnty juga senantiasa melihat dan mengikuti apa yang ingin menjadi keinginan penggemar," jelas Fourtwnty.

Konsert Fourtwnty yang dinamakan Heliotropisme ini juga menyimpan harapan yang menarik. Kumpulan ini ingin terus tetap hidup dan memberikan keindahan bermuzik di mana pun mereka berada, seperti bunga matahari yang mampu hidup di mana pun ia berada.

Buat Fourtwnty yang didirikan pada April 2010 ini, harapan mereka supaya konsert ini nanti akan dapat mengubat kerinduan para peminat mereka yang menunggu kemunculan mereka lagi di Kuala Lumpur. 

“Semoga konsertnya berjalan lancar, tidak berdepan masalah dan intinya lancar,” ujar kumpulan yang popular dengan lagu 'Zona Nyaman' ini.

Kumpulan yang digawangi Ari Lesmana, Nuwi dan Roots tersebut ingin menyajikan sebuah konsert yang bersifat peribadi buat mereka bukan hanya kepada peminat tegar tetapi juga buat penikmat muzik.

Kedatangan mereka memberikan respons yang pelbagai dalam kalangan peminat di media sosial.

“Gila tiket hari pertama, baru sejam dan sold out,” tulis satu komen

“Fourtwnty di Kuala Kumpur? Yes!” tulis komen yang lain.

Tiket konsert boleh didapati di www.mytickets.asia pada harga RM500 (Meet and Greet), RM200 (Diamond - Free Standing), RM150 (Platinum - Free Standing) RM200 (Gold - Seated) dan RM150 (Silver - Seated).

Peminat-peminat Fourtwnty juga akan beroleh merchandise eksklusif apabila membeli tiket Meet & Greet. - Getaran, 12 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Spider 'Keluar Sarang' Live Di Kuala Lumpur Jun Ini

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Laungan Azan Iringi Konsert Alif Satar and The Locos

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Dato’ Shake Tangguh Konsert Di Zepp KL

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Tidak Puas Hati Tiket Sold Out Kerana Individu Tak Bertanggung Jawab – Peminat Coldplay Rayu Penganjur Lanjutkan Hari Kedua Konsert 

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 4 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN