web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masih Berhantu, ‘Mengintai Dari Tirai Kamar’ Sudah Berusia 25 Tahun!

Bagi meraikan usia lagu yang ke-25 tahun, Ezad menyanyikan semula lagu berhantu itu dengan gandingan bersama pendatang baharu Amsyar Lee.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 8:05PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lagu malar segar ‘Mengintai Dari Tirai Kamar’ rupanya sudah memasuki usia 25 tahun sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1997. 

Bagi meraikan usia lagu yang dianggap berhantu itu, penyanyi asalnya iaitu Ezad Lazim kini menyanyikan semula lagu tersebut dengan pendatang baharu yang sedang meningkat naik, Amsyar Lee. 

“Kalau hendak diikutkan, lagu ini sudah pun menjangkau usia 25 tahun lamanya, namun semenjak diperkenalkan pada tahun 1997, ia masih menjadi permintaan ramai penggemar muzik sehingga hari ini.

“Mungkin masanya kini sesuai untuk pengenalan semula lagu ini khususnya buat generasi sekarang dan peminat terdahulu yang masih merindui karya ini,” kata Ezad Lazim yang merupakan pemenang tempat ketiga pertandingan Gegar Vaganza musim ke-2.

Menurut Ezad lagi, pihaknya mendapat banyak tawaran daripada beberapa selebriti dan syarikat rakaman untuk kolaborasi menyanyikan lagi evergreen ini. Namun kali ini, rezeki berpihak kepada Amsyar.

Terharu dengan berita kolaborasi lagu berusia 25 tahun ini, pemilik nama sebenar Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri menganggap ini sebuah peluang yang sangat berharga.

“Apabila diberitahu pihak Warner yang saya akan berduet dengan penyanyi asalnya, abang Ezad, hati ini berdebar kerana iyalah seorang penyanyi bertaraf legenda sudi berduet dengan BBNU seperti saya.

“Namun pada masa yang sama, saya teruja berpeluang bekerjasama kerana saya anggap ia sebagai sebuah peluang yang tidak patut dipersiakan.

“Mungkin ramai pendengar muzik dari generasi sekarang kurang mengenali lagu ini, tetapi saya percaya lagu ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri apabila dinyanyikan semula dengan nafas yang baharu dan lebih segar,” katanya.

Bagi menghormati komposisi asal lagu ‘Mengintai Dari Tirai Kamar’ hasil ciptaan komposer legenda yang pernah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan iaitu  Saari Amri, penggubah muzik muda dari kumpulan Nastia, Rudy Iskandar dipertanggungjawabkan memberi sentuhan baharu terhadap karya tersebut.

Lagu ini sememangnya mempunyai maksud yang istimewa dengan bahasa yang simbolik, bahkan tajuknya sahaja sudah cukup menarik perhatian, ‘Mengintai Dari Tirai Kamar’ membawa erti sebuah angan-angan yang tidak mungkin tercapai.

Jelas Ezad, menurut Saari Amri, lagu ini menceritakan tentang perasaan cinta seorang lelaki yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan terhadap wanita yang didambakannya.

“Lelaki tersebut berasa rendah hati, tidak sesuai, tidak layak untuk memiliki wanita tersebut kerana dirinya yang serba-serbi kurang,” tutur Ezad. 

Lagu ‘Mengintai Dari Tirai Kamar’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. - Getaran, 6 Julai 2022

Sorotan

1

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

2

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

4

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

5

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

6

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 3 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN