Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Suria FM Hidangkan Seleksi Program Menarik Sempena Syawal 

Stesen radio popular, Suria FM telah menyediakan pelbagai program menarik sempena Syawal ini di platform digital dan radio termasuklah filem pendek yang turut dibintangi oleh Wan Maimunah.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 11:25AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suria FM memperkenalkan program hiburan istimewa bertemakan ‘Nikmati Bersama’ yang akan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Antara program menarik adalah 'Takbir Raya Suria 2022', 'Carta Suria Top 40 Raya', 'Team Pagi Suria Raya', 'Lagu Raya Suria 2022' serta Muzik Video (MV) ‘Pelukan Aidilfitri’, disebalik tabir (BTS) dan drama raya ‘Dodol Tak Bergula’ yang boleh didengarkan di frekuensi Suria FM juga boleh disaksikan menerusi platform digital Suria, antaranya laman web suria.my, aplikasi Suriamalaysia, saluran youtube SuriaTV serta media sosial Suria Malaysia (Instagram, Facebook,Twitter dan Tiktok).

Lagu Raya Suria 2022 dan Muzik Video: ‘Pelukan Aidilfitri’

Tarikh disiarkan: 20 April 2022 

Masa: 8.00 pagi

 

Suria sekali lagi membawakan lagu raya terbaru pada tahun 2022 yang berjudul ‘Pelukan Aidilfitri’ ciptaan Achoi Floor 88 dan Oja pasti akan memeriahkan lagi raya anda! Saksikan muzik video lagu raya Suria dengan penampilan istimewa daripada pelakon veteran, Wan Maimunah yang akan menemui anda sepanjang Syawal ini. 

Disebalik Tabir (BTS) Drama Raya Suria 2022 : ‘Dodol Tak Bergula’ 

Tarikh ditayangkan: 21 April 2022 

Masa: 12.00 tengah hari 

 

Saksikan disebalik tabir drama raya Suria 2022, ‘Dodol Tak Bergula’ menampilkan barisan penyampai radio Suria FM dan pelakon veteran, Wan Maimunah yang akan ditayangkan pada ramadan ini! Nantikan gelagat dan temu ramah eksklusif bersama barisan pelakon yang menceritakan tentang watak dan pengalaman mereka sepanjang di lokasi penggambaran di Sijangkang, Selangor. 

Drama Raya Suria 2022 : ‘Dodol Tak Bergula’ 

Tarikh ditayangkan : 22 April 2022

Masa: 9.30 malam

‘Dodol Tak Bergula’ sebuah drama pendek tajaan Quran Humaira ini berkonsepkan pengajaran dan unsur komedi santai yang mengisahkan tentang kehidupan seorang ibu tunggal bernama Mak Leha yang gemar membuat dodol dan seorang yang sering disenangi oleh orang kampung kerana sifatnya yang peramah. Tetapi sifatnya tidak disenangi oleh Lin dek kerana dendam kesumat yang tersimpan berpuluh tahun akibat perebutan tanah pusaka. Selepas tahun berganti, sedikit perubahan mulai terlihat pada sosok figura tersebut. Sosok tubuhnya ada di depan mata, hakikatnya dia tidak seperti biasa. Jadi apakah perubahan yang berlaku pada diri Mak Leha? Adakah dendam kesumat antara Mak Leha dan Lin akan menemui titik noktah? Jangan lupa saksikan! 

Carta Suria Top 40 Raya 

Tarikh disiarkan: 30 April & 7 Mei 2022 

Masa: 10.00 pagi - 2.00 petang

 

Carta Suria Top 40 Raya memainkan lagu-lagu raya popular pilihan Team Pagi Suria dan Suria Petang dengan menampilkan selebriti popular, Amir Masdi, Fieya Julia, Ramlah Ram dan Naim Daniel sebagai tetamu jemputan selama 4 jam pada 30 April dan 7 Mei 2022 jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

Team Pagi Suria Raya  

Tarikh disiarkan: 3 Mei - 5 Mei 2022 

Masa: 6.00 pagi - 10.00 pagi

 

Pagi raya anda akan lebih kecoh dengan Team Pagi Suria Raya bersama Fizi Ali, Suraya dan Ajak serta penyanyi popular Dayang Nurfaizah, Hannah Delisha, Sophia Liana, Ziana Zain, Cik Man, Syamel dan Ernie Zakri serta Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Sarifudin pada Isnin hingga Jumaat seawal jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi!

Takbir Raya Suria 2022

Tarikh ditayangkan: 2 Mei - 3 Mei 2022 

Masa: 8.00 pagi - 9.00 pagi

 

Saksikan Video Takbir Raya Suria 2022 yang dibarisi oleh Penyampai Suria FM juga kakitangan Suria, dan penampilan istimewa daripada penyanyi popular, Lah Ahmad dan Ustaz Munif (Hijaz) yang berlokasi di Masjid Sendayan, Negeri sembilan. Takbir Raya ini akan bersiaran pada malam raya sehingga hari raya pertama di semua digital platform Suria Malaysia juga akan turut disiarkan di radio Suria FM.

Suria juga telah mencatatkan peningkatan jumlah pendengar sebanyak 11% atau 350,000 pendengar menurut keputusan kaji selidik GFK terbaru, bagi pengukuran pendengar radio Wave 1, 2022 berbanding kaji selidik Wave 2, 2021. Kini Suria FM telah berjaya mencatatkan jumlah pendengar mingguan hampir 3.5 juta pendengar. - Getaran, 28 April 2022.

Gambar: Suria

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal - KPKM

2

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Jemputan Sertai Program Di Sekolah Harus Patuhi Garis Panduan - Fadhlina

3

Muzik 2 bulan yang lalu

Suria FM Duduki Tangga Ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton 

4

Selebriti 3 bulan yang lalu

Fizz Fairuz, Chiwan Cilok Dan Kai Hassan Barisan Penyampai Baharu Suria FM

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 16 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 3 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran