Berita Terkini

54 minit yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Gabungan Artis Famili Kita Meriahkan Lagu ‘Suasana Di Hari Raya’

Lagu ‘Suasana Di Hari Raya’ nyanyian asal Anuar dan Ellina telah dirakam semula oleh artis Famili Kita yang juga peserta program realiti Gegar Vaganza Musim 8.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2022 8:01PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun Gegar Vaganza Musim 8 (GV8) sudah pun melabuhkan tirainya pada hujung Januari lalu, namun hubungan persahabatan yang terjalin dalam kalangan peserta yang menyertai program realiti ini masih lagi akrab dan utuh hingga ke saat ini. 

Buktinya, mereka sanggup bergabung dan mengeluarkan wang kocek sendiri untuk menghasilkan rakaman baharu untuk lagu ‘Suasana Di Hari Raya’ nyanyian asal Anuar dan Ellina yang dinyanyikan secara beramai-ramai. 

Menamakan versi baharu lagu itu ‘Suasana Di Hari Raya Famili Kita’, lagu yang diterbitkan Oja itu menampilkan semua peserta GV8 iaitu Adibah Noor, Shidee, Ani Maiyuni, Azan Scan, Bandi Amuk, Datuk Fazley Yaakob, Aliff Aziz, Aweera, Nikki Palikat, Suki Low, Upiak Usil, Nico G dan Sa.Ya yang dianggotai Saiful Apek dan Yassin. 

Apa yang menarik, lagu ini menampilkan pelbagai rentak yang bersesuaian dengan genre yang dibawakan semua penyanyi yang terlibat.

Pengarah projek ‘Suasana Di Hari Raya Famili Kita’, Fuad Shahrin berkata, projek lagu raya ini sebetulnya dicetuskan Ani Maiyuni di dalam perbualan grup Whatsapp bersama rakan-rakan artis GV8 yang lain.

“Daripada perbualan kosong sesama mereka itu, akhirnya mereka serius untuk menghasilkan sebuah lagu raya yang melibatkan semua. 

“Bahkan, mereka sama-sama keluar duit sendiri untuk membiayai projek rakaman lagu raya ini.  Mereka juga meminta saya untuk menjadi pengarah projek. 

“Jadi saya pun uruskan segalanya termasuklah mewujudkan sebuah saluran YouTube yang dinamakan Famili Kita. Pemilihan nama 'Famili Kita dibuat kerana itu adalah kehendak mereka sendiri,” katanya lagi. 

Menurut Fuad, pihak Astro telah pun maklum dengan kewujudan lagu raya artis-artis GV8 tersebut. 

“Mereka tiada masalah kerana penghasilan lagu ini tidak melibatkan apa-apa jenama Astro mahupun program GV8 itu sendiri. 

“Itulah antara sebab mengapa mereka memilih untuk menggunakan nama Famili Kita. Insha-Allah selepas ini, kita akan teruskan lagi projek-projek yang lain di bawah jenama Famili Kita. 

“Salah satu projek yang sedang kita fikirkan adalah untuk mengadakan konsert reunion mereka. Saya percaya ia akan menjadi satu tarikan kerana mereka ada peminat masing-masing,” katanya. 

Sementara itu Oja pula berkata, dia menganggap kepercayaan yang diberikan rakan-rakan artis yang pernah menyertai GV8 itu adalah satu penghormatan buat dirinya. 

“Saya sendiri tidak tahu mengapa saya dipilih sebagai penerbit dan saya juga tidak tahu mengapa mereka memilih untuk merakamkan semula lagu ‘Suasana Riang Di Hari Raya’ itu. 

“Tetapi apa yang boleh saya katakan, saya sendiri cukup kagum melihat keakraban mereka. Rasa jealous pun ada kerana batch saya dalam GV yang sebelumnya tidak begitu. Tapi, sekurang-kurangnya saya dapat juga bekerja bersama mereka dalam projek lagu ini. 

“Menghasilkan rakaman baharu lagu ‘Suasana Riang Di Hari Raya’ tidaklah sesukar mana. Namun yang sukarnya adalah untuk menyusun setiap bahagian mereka dengan genre masing-masing. 

“Tapi, saya berusaha untuk buat dan saya rasa mereka agak happy dengan hasilnya dan saya tidak terkejut kalau lagu ini boleh ‘pergi’ dan menjadi hit. 

“Sebabnya, projek yang cuba mereka hasilkan ini agak unik. Ditambah pula dengan video muziknya yang mempunyai elemen drama. Ia cukup menghiburkan,” kata Oja dengan panjang lebar. 

Mewakili artis-artis Famili Kita, Datuk Fazley Yaakob memberitahu, biarpun masing-masing agak sibuk dengan tuntutan kerja dan ada yang menetap di luar kawasan, namun mereka tetap meluangkan masa untuk merealisasikan projek ini. 

“Setiap artis yang terlibat mempunyai tugas yang telah diamanahkan dan masing-masing bertungkus-lumus memberikan yang terbaik demi memastikan kejayaan projek ini. 

“Saya harap selepas ini keakraban kami akan berterusan dan kami juga dapat meneruskan projek-projek lain di bawah Famili Kita,” katanya. 

Fazley juga menjelaskan bahawa keakraban di antara mereka sudah pun bermula sejak awal penglibatan mereka di dalam GV8 lagi. 

“Tiada langsung rasa iri hati atau tidak puas hati di antara satu sama lain sewaktu kami berada di GV8. Memang tiada langsung dan itulah keistimewaan batch GV8,” katanya lagi. 

Lagu berdurasi lebih 4 minit itu telah menjalani penggambaran video muziknya di sebuah homestay berkonsepkan eko-pelancongan yang terletak di Hulu Langat, Selangor. 

Kesemua 16 orang artis telah berkumpul menyiapkan video muzik yang menyelitkan pelbagai aksi lucu yang pastinya mencuit hati penonton-penonton. 

Berlatarbelakangkan suasana desa, video ini memaparkan kemeriahan persiapan sebuah keluarga yang bakal menyambut hari lebaran. - Getaran, 18 April 2022

Gambar: Famili Kita

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

2

Selebriti 6 bulan yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

3

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Santai Tepi Pantai Bersama Festival Kopi Kemaman

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Kemeriahan Tidak Terjejas, Rumah Terbuka MADANI Terima Sambutan - Mohammad Agus

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'