Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Khai Bahar Antara Pemenang Anugerah Carta Nasyid IKIM

Anugerah Carta Nasyid IKIM menyaksikan penyanyi popular Khai Bahar turut memenangi dua anugerah manakala lagu terbaik dimenangi oleh Lembaran Juzuk Cinta nyanyian Halim Ahmad dan Furqan Fawwaz.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 2:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menganjurkan Majlis Apresiasi Anugerah Carta Nasyid IKIM yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada lagu-lagu nasyid tanah air yang disiarkan melalui rancangan Carta Nasyid IKIM.

Majlis Apresiasi Carta Nasyid IKIM telah dianjurkan bersempena Sambutan Ulangtahun IKIM ke - 30 di Dewan Sajian IKIM dengan menobatkan lagu bertajuk ‘Lembaran Juzuk Cinta’ nyanyian Halim Ahmad dan Furqan Fawwaz sebagai Juara Anugerah Lagu Nasyid Terbaik.

Penganjuran Majlis Apresiasi Carta Nasyid ini adalah untuk memberi penghargaan kepada penggiat industri nasyid sama ada daripada kalangan penulis lirik, penyanyi dan komposer. 

Penganjuran acara secara ‘hybrid’ itu sekaligus memberi peluang kepada pendengar radio dan peminat lagu nasyid untuk menyaksikan acara penuh di platform digital yang disediakan iaitu di Youtube IKIM Media, Facebook IKIM, Facebook TvIKIM dan laman web www.tvikim.my

Rancangan Carta Nasyid IKIM dikendalikan oleh penerbit Mohd Erwan Johari, Pengurus Muzik Radio IKIM telah memasuki tahun ke 20, bersiaran pada setiap hari Sabtu jam 10.00 pagi dan siaran ulangan pada Ahad, jam 9.00 malam.

Majlis Apresiasi Carta Nasyid IKIM merupakan acara kemuncak bagi penerbitan rancangan Carta Nasyid yang sentiasa mendapat sambutan yang cukup tinggi di kalangan para pendengar radio IKIM.

Anugerah carta Nasyid IKIM pada tahun ini diadili oleh barisan tiga juri profesional menyaksikan sepuluh kategori dipertandingkan.

Juara untuk Anugerah Lagu Nasyid Terbaik dimenangi oleh lagu Lembaran Juzuk Cinta nyanyian Halim Ahmad dan Furqan Fawwaz. Lagu ini turut membawa pulang Anugerah Lirik Terbaik. Naib juara pula disandang oleh lagu Marhaban Ya Rasulullah dendangan Rabbani dan Daqmie. Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh lagi Carilah Aku di Neraka nyanyian Fadzlie Fareast dan Maliq Suhaimi. 

Penyanyi pop terkenal, Khai Bahar turut memenangi dua anugerah iaitu bagi kategori Anugerah Lagu Pilihan menerusi lagu Ratuku dan Anugerah Artis Solo Pilihan. 

Antara kategori lain yang dipertandingkan ialah Anugerah Artis Baharu Terbaik yang dimenangi oleh Darwish. Darwish turut memenangi kategori Anugerah Artis Duo/Berkumpulan pilihan kolaboorasi bersama Far East. Mereka berdua turut membawa pulang Anugerah Pencapaian Terbaik Carta Nasyid IKIM menerusi lagu Safiyyah. 

Anugerah Video Muzik Terbaik pula dimenangi oleh Afad dan Simfoni menerusi lagu Rahsia Dari Langit.

Gambar: IKIM / Bernama
Gambar: IKIM / Bernama

Ketua Pengarah IKIM Prof. Madya Dr. Mohamad Azam Bin Mohd Adil, menyatakan penganjuran acara ini besar maknanya kerana sungguhpun kita berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19 yang memasuki tahun ketiga pada tahun ini, IKIM mengambil pendekatan untuk terus melaksanakan agenda dan aktivitinya seperti biasa dengan mematuhi SOP sebagaimana yang digariskan oleh pihak berwajib.

Beliau melihat acara ini penting bagi menterjemahkan semangat dan komitmen IKIM dalam mengiktiraf dan seterusnya memartabatkan lagu-lagu nasyid yang saban hari bersiaran di radio IKIM. Bahkan, acara ini adalah untuk memberi penghargaan kepada penggiat seni lagu nasyid yang terdiri daripada komposer, penulis lirik, penyanyi dan semua pendengar radio yang secara langsung dan tidak langsung menyokong lagu-lagu nasyid melalui rancangan Carta Nasyid IKIM.

Semoga dengan penganjuran acara ini akan mencetuskan semangat yang lebih gigih kepada sesiapa sahaja terutama penggiat nasyid dalam melahirkan karya yang lebih bermutu dan bermanfaat buat ummah dan negara yang kita cintai ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. - Getaran, 25 Mac 2022

Gambar: Instagram IKIM

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

KP IKIM Diarah Beri Kerjasama Siasatan Insiden Bumbung Dewan Runtuh

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Selepas Keisya Levronka Nabila Razali Pilih Khai Bahar Jadi Pasangan Duet Lelaki Pertama 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Dilema M40, Siapa Mahu Tolong?

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Shiha Zikir, Khai Bahar & Dolla Paling MeleTOP!

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 11 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN