web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 4:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Folio Cinta’ - Fiena

Pernah mencuri perhatian dengan lagu ‘Tuhan Jaga Dia Untukku’, bekas peserta Mentor Milenia 2017 yang juga peserta Orang Kelainan Upaya (OKU) Fiena Zaini kembali dengan sebuah lagi karya terbaharu ciptaannya sendiri berjudul ‘Folio Cinta’ yang sekali gus menjadi penamat kepada jalan cerita lagu terdahulu. Jelas berbakat mencipta lagu, ‘Folio Cinta’ sekali lagi membuktikan bahawa kekurangan upaya pada penglihatannya tidak menghalangnya menghasilkan karya seni yang baik. Sebuah balada pop Melayu yang mudah, ‘Folio Cinta’ adalah hasil tugasan bagi projek aplikasi orang buta seluruh dunia iaitu ‘TeamTalk’. Aplikasi ini membabitkan golongan cacat penglihatan di seluruh dunia.

‘X Sempurna’ – Nuha Bahrin

‘X Sempurna’ secara keseluruhannya memaparkan kisah sebenar yang dilalui oleh penyanyi ini sendiri, Nuha Bahrin yang dikutuk dan dihina oleh ramai orang gara-gara persembahannya di sebuah program realiti tidak lama dahulu. Namun pada masa yang sama rakaman videonya menyanyikan lagu ‘Hurt’ Christina Aguilera mendapat perhatian penyanyi antarabangsa itu sehingga ia dikongsi sendiri oleh Christina. Mempunyai vokal yang bagus, Nuha tampil dengan lagu ciptaan Ezra Kong ini bersama lirik oleh A. Ramlee. Berbekalkan melodi yang hebat lagu ini ada potensi besar sungguhpun  liriknya agak biasa jika didengari. Namun penyelamat utama adalah suara hebat Nuha dan juga klip videonya yang cantik.   

‘Sakitnya Hati’ - Venus

‘Sakitnya Hati’ merupakan sesuatu yang segar daripada kumpulan yang bernama Venus ini. Dianggotai oleh Puteri selaku vokalis, Ayoy sebagai pemain bass, Lan sebagai pemain gitar utama, Adi sebagai pemain gitar ke-2 dan keyboard serta Hafis sebagai pemain dram, mereka tampil dengan lagu yang ada potensi mendapat putaran tinggi di radio. Menurut Adi selaku salah seorang penulis lirik, ‘Sakitnya Hati’ merupakan sebuah lagu yang cukup sinonim dengan jiwa remaja . Tidak hanya itu, single ini berkait ruang lingkup kehidupan peribadi dan karier seninya sendiri. Lagu ini dicipta oleh Joe Slash manakala liriknya di tulis bersama Puteri, lan, Adi, Hafis dan Ayoy. Memaparkan sedikit pengaruh muzik Indonesia ‘Sakitnya Hati’ wajar diberi pengiktirafan.  

‘Jam!’ - Art Fazil featuring Imuda dan Baba Andy

Single terbaru yang bertajuk ‘Jam!’ ini merupakan karya ketiga gabungan Art Fazil dan Imuda. Menariknya untuk kali ini mereka disertai oleh Baba Andy (Andy Flop Poppy) sebagai vokalis dan pemain bass. Para pendengar kali ini dibawa kembali ke sudut muzik blues gaya ‘old school’- lama. Gitar akustik dan elektrik petikan Addy Cradle memainkan irama blues yang disambut oleh tiupan harmonika Imuda. Sesuai dengan konsep muzik blues lagu ini menyuarakan keluhan tentang kesesakan jalan raya yang sering menghantui penduduk kota secara santai dan berseloroh. Lagu ini terilham daripada pengamatan Art tentang keadaan hidup di kota metropolitan Kuala Lumpur. 

‘Kesilapan Terakhir’ - Roshan Isaac

Roshan Isaac adalah seorang lagi bintang bukan Melayu yang mempunyai pakej lengkap. Kehadirannya menunjukkan bahawa industri muzik tempatan masih ada harapan yang besar. Tampil dengan lagu berjudul ‘Kesilapan Terakhir’, lagu ini adalah hasil ciptaan Adam Armin, Adly Kiddy, Yusuff Khan dan Roshan Isaac sendiri. Mempunyai susunan muzik yang segar dan gubahan irama yang menghiburkan, lagu ini mampu menjadi lagu hit jika diberi sokongan yang wajar oleh media elektronik tempatan. Suara merdu Roshan mengingatkan kita kepada penyanyi-penyanyi Indonesia popular yang terkenal di kalangan golongan muda masa kini. Kami yakin Roshan mampu pergi jauh dalam industri muzik tempatan sekiranya dia tidak putus asa untuk memperjuangkan cintanya pada seni muzik. Ditambah pula lirik yang begitu manis, pasti ramai yang akan sukakan ‘Kesilapan Terakhir’. - Getaran, 17 Mac 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 38 minit yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...