web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Karya Antarabangsa Wajib Anda Dengar Minggu Ini

Semua lagu yang disenaraikan ini mempunyai mesej positif dan kata-kata semangat yang mampu menceriakan hari anda.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 4:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu ini dunia muzik diwarnai dengan lagu-lagu baharu keluaran pemuzik antarabangsa. Getaran kongsikan tiga karya yang sama sekali tidak mengecewakan dan harus ada dalam senarai wajib putar.

‘26’ oleh Lauv

Setelah setahun menghilang dari persada muzik, Lauv akhirnya muncul kembali dengan buah tangan terbaharunya berjudul ‘26’ khas buat para peminat. 

Menurut penyanyi itu, ‘26’ sesuai dijadikan pembuka tirai album terbaharunya dan menjadi tanda permulaan era baharu untuk dirinya sebagai seorang artis.

Melalui lagu ini, artis bernama Ari Leff atau lebih dikenali sebagai Lauv membagikan kisah dirinya sebagai seorang artis yang mendapat kejayaan dan kekayaan pada usia yang muda.

Lauv berkata, ramai tidak tahu dia terpaksa mengorbankan banyak masa dan kegembiraan untuk berada di kedudukan sekarang.  

“ ‘26’ adalah lagu pertama dari album yang akan saya keluarkan tidak lama lagi. Ramai yang bertanya bagaimana saya boleh luahkan perasaan sedih dan marah menerusi perkataan yang ‘sopan’ sedangkan saya sudah lama memendamnya.

“Mungkin sebab saya seorang yang pendiam dan tidak gemar akan konflik. Lebih-lebih lagi, lockdown ini telah banyak mengajar saya untuk muhasabah diri. Saya banyak menghabiskan masa menghasilkan muzik baharu sehingga tidak sedar apa sedang berlaku di dunia luar.

“Keadaan ini telah mengubah perspektif terhadap muzik dan pemikiran saya. Saya tidak lagi membataskan imaginasi serta kreativiti dalam penulisan muzik. Kini, saya lebih mengutamakan mesej yang ingin disampaikan tak kiralah jika ia boleh menyinggungkan mana-mana pihak berbanding muzik latar dan melodi.

“Tak sangka, disebabkan itu lagu-lagu saya kedengaran lebih natural dan asli,” katanya.

Bagi Lauv, proses pembikinan album terbaharunya boleh diumpakan seperti ubat bagi mengatasi kegelisahan yang dihidapinya selama bekerja bersendirian pada musim pandemik.

“Album ini mendorong saya keluar dari pemikiran negatif,” jelasnya.

‘Give Me Your Forever’ oleh Zack Tabudlo dan Billkin

Terkenal di Filipina dengan karya-karya sebelumnya seperti ‘Binibini’ dan ‘Habang Buhay’, penyanyi muda bernama Zack Tabudlo kini mempertaruhkan single berbahasa Inggeris, ‘Give Me Your Forever’.

Apa yang menarik, single kali ini merupakan kolaborasi muzik pertama penyanyi ini bersama artis Thailand, Billkin. Menurut Zack, walaupun versi ini mengekalkan lirik asal, dia ingin memberi nafas baharu dengan nuansa balada pop dan R&B yang segar.

Zack berkata, lirik lagu ini diilhamkan ketika melihat pasangan berusia 70-an sedang berjalan sambil berpegangan tangan dan tersenyum bahagia. Dia ingin menceritakan tentang peristiwa itu sekali gus membayangkan bagaimana kisah cinta mereka .

“Oleh sebab pandemik yang menghalang kita untuk merentas negara, kami terpaksa merakam bahagian vokal di negara masing-masing. Namun begitu, kami berhasil mencipta satu alunan muzik yang romantis dan menenangkan untuk dinikmati. 

“Kami berharap lagu ini dapat menyuntik perasaan bahagia dan positif buat para pendengar terutama mereka yang sedang bersedih.”

‘Better Days’ oleh Neiked, Mae Muller, Polo G dan J Balvin

Penyanyi Neiked, Mae Muller dan Polo G melancarkan semula lagu terkenal mereka, ‘Better Days’ dengan suntikan nuansa Latin-pop. 

Untuk pengetahuan semua, lagu asal ‘Better Days’ pernah tular beberapa kali di internet malah telah digunakan untuk latar cabaran tarian di platform, TikTok.

Sudah tentu platform tersebut telah menunjukkan kuasa dalam menaikkan nama para pemuzik dalam mempromosikan karya mereka dan menentukan muzik mana yang akan mendaki carta. Oleh itu, lagu ini tidak terkecuali dalam menjadi bualan hangat pengguna TikTok.

Meskipun versi baharu ini baru sahaja dilancarkan beberapa hari lalu, ia berjaya menerima lebih 114 juta penstriman di Spotify.

Video muzik single asal yang diarahkan oleh Tom Dream ini juga sering dipuji warganet kerana menampilkan ketiga-tiga artis ini dalam ‘dunia retro’ yang ceria.

Ketiga-tiga single baharu ini boleh didengar di semua pelantar penstriman seperti Spotify dan Apple Music. - Getaran, 2 Januari 2022

Semua gambar: Universal Music

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Sarimah Ibrahim Kini Mengorak Langkah Bersama Agensi Berpengkalan Di London

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PDRM Terima 37 Laporan Berhubung Ancaman Bom Palsu Di Seluruh Negara

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN