web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 11:34AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Duit' - Stacy 

Ratu dansa Malaysia kembali dengan sebuah lagi karya yang rancak dan menghiburkan. Lagu berjudul 'Duit' ini dicipta oleh Bunga Cantik, Hang Nadim serta Koh dengan lirik oleh Bunga Cantik. Walau bagaimanapun dalam lagu ini Stacy bermain dengan melodi rock yang disulamkan dengan rentak pop tari yang sering menjadi habuannya. Mengingatkan kepada lagu-lagu rock rancak dari era hujung 90-an dan awal 2000-an, Duit mampu menjadi satu anthem berkisar wang kerana korusnya yang mudah diingati dan semestinya suara Stacy yang tidak pernah mengecewakan. Satu lagi cubaan yang baik oleh Stacy dan pengurusannya.

 

'5300' - Pretty Ugly

 

Semasa pertama kali muncul dalam industri muzik tanah air dahulu, kumpulan ini berjaya mencuri perhatian ramai orang kerana muziknya yang mengasyikkan selain suara vokalisnya yang unik. Kini mereka datang lagi setelah lama berdiam diri dengan sebuah album penuh berjudul Pretty Ugly 21. Single pertama mereka berjudul '5300' ini merupakan satu pembukaan yang baik untuk album terbaharu mereka ini.  Gaya nyanyian Neves masih lagi sama dan nampaknya mampu menarik minat pendengar baharu dan lama. Irama yang dipaparkan juga santai bersahaja namun cukup dengan rencah Rock yang diperlukan. Sebagai seseorang yang memang meminati Pretty Ugly sejak kemunculan mereka dahulu, saya yakin comeback mereka ini ada harapan jika mendapat sokongan putaran radio sewajarnya. Syabas Pretty Ugly. 

 

'OY' - Razmansyah, Afiq Adnan & Nidza Afham

Tiga pendatang baharu di bawah naungan Werkit Records mencuba nasib dengan karya yang menghiburkan ini. Menggunakan judul OY (singkatan untuk Only You), lagu ini dicipta oleh para pemenang anugerah iaitu Sharon Paul dan Ezra Kong dengan lirik oleh Que Afiq, Ezra Kong serta Sharon Paul juga. Sejujurnya, lagu ini rancak, mudah dan membuat anda ingin ikut serta menari. Ini berkat korusnya yang mudah diingati dan rentak lagunya yang boleh dibilang agak catchy. Yang membuatnya lebih menarik adalah gabungan vokal tiga anak muda ini. Sungguhpun mereka masih baharu, namun ketiga-tiganya mempunyai suara yang bagus dan ini membuatkan lagu ini lebih sedap didengar. Jika diberi putaran radio dan promosi sewajarnya, lagu ini ada harapan besar menjadi siulan ramai dan berkemungkinan melonjakkan nama ketiga-tiga penyanyi lelaki baharu ini. Tahniah buat Werkit Records atas penghasilan karya ini.

 


'Biarlah Cinta'  - Dila Junaidi 

Minggu ini karya dari Brunei Darussalam milik Dila Junaidi iaitu 'Biarlah Cinta. La'gu yang dicipta oleh Omar H dengan lirik oleh Zaidurra ini mirip dengan lagu-lagu pop balada yang kerap kita dengar di Malaysia. Gubahan lagu dan liriknya juga persis seperti formula yang digunakan untuk kebanyakan lagu dengan genre yang sama. Untuk itu, ia agak sukar untuk menyerlah walaupun mengikuti trend muzik pop Melayu secara umum. Sungguhpun begitu, tidak dapat dinafikan Dila mempunyai mutu vokal yang bagus, jadi ini sangat membantu lagu 'Biarlah Cinta' meraih pengikutnya yang tersendiri.

 

'Janggal' - KamarxKazie featuring Alysha Ridwan

Karya dari Singapura ini menjadi kegemaran saya untuk minggu ini. Sarat dengan unsur R&B yang disulamkan bersama nuansa Hip Hop, 'Janggal' memberi ruang kepada Alysha Ridwan untuk bermain dengan vokalnya yang persis para penyanyi R&B wanita dari negara-negara barat sambil mengiringi KamarxKazie bercerita dengan cara rap tersendiri. Malah, susunan lagunya yang juga sangat kontemporari mengingatkan saya pada lagu-lagu dendangan penyanyi seperti Ashanti, Tamia dan seumpamanya. Sebuah karya yang sangat bagus namun sayangnya pada saya, suara Alysha sebagai penyanyi korusnya seolah-olah mendominasi nyanyian rap penyanyi utamanya sehingga pendengar mungkin akan lebih teringat pada korus nyanyian vokalis wanita dan bukan penyanyi rap utamanya. Apa pun tahniah kerana berjaya melahirkan karya muzik yang baik. - Getaran, 2 Februari 2022

 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Alhamdulillah Kesemua Penumpang, Pemandu Selamat

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Walau Konsert Terpaksa Ditangguhkan, Hael Husaini Hadiahkan Peminat Dengan ‘Sayang Do You Love Me?’

3

Indie 3 tahun yang lalu

Eksperimentasi Muzik Benzooloo Dalam 'Timbang Seni'

4

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Pengundi Bersemangat Pulang Mengundi, Jualan Tiket Melonjak

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN