web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“MRS Fokus Kutipan Royalti Lagu Etnik Sabah” - Asmin Mudin

Penubuhan MRS satu keperluan kerana sebelum ini jumlah royalti yang diagihkan kepada barisan pencipta lagu etnik oleh sebuah badan pelesenan tersangatlah kecil. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 4:20PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penubuhan Music Rights Sabah Berhad (MRS) yang telah diluluskan kerajaan baru-baru ini bukanlah bertujuan menyaingi badan pelesenan yang lebih lama dan berpengalaman seperti Music Authors Copyright Protection (MACP). 

Sebaliknya, ia tetap mempunyai fungsi, hala tuju dan misi yang lebih kurang sama seperti MACP, Recording Performers Malaysia (RPM) dan Public Performance Malaysia (PPM), kecuali ia lebih memberikan tumpuan terhadap kutipan royalti untuk karya-karya lagu etnik Sabah. 

Pengerusi yang juga Pengarah Urusan MRS, Asmin Mudin berkata, penubuhan MRS ini adalah satu keperluan kerana sebelum ini jumlah royalti yang diagihkan kepada pencipta-pencipta lagu etnik oleh sebuah badan pelesenan sedia tersangatlah kecil. 

“Hal ini turut berlaku kepada diri saya sendiri. Lagu ciptaan saya, 'Sayang Kinabalu' sangat popular bukan sahaja di Sabah tetapi di luar Sabah dan luar negara. 

“Bahkan, ia turut dimainkan di mana-mana dan dipersembahkan di merata tempat termasuk di jalanan dan kelab. Kalau di platform atas talian seperti YouTube pula, ia telah ditukar ke bahasa-bahasa lain. 

“Namun, tahukah kamu berapa jumlah kutipan royalti yang saya terima menerusi lagu itu? Hanya RM124 setahun .

“Bukan saya seorang sahaja yang terkejut, orang lain yang mendengarnya juga seakan tidak percaya,” katanya sewaktu dihubungi Getaran. 

Menurut Asmin lagi, permasalahan itu bukanlah dihadapinya seorang sahaja, sebaliknya rakan-rakannya yang mencipta lagu-lagu etnik turut berdepan nasib serupa. 

“Selepas itu, kami cuba mendapatkan penjelasan daripada badan pelesenan terbabit tentang jumlah royalti yang terlalu kecil ini, namun jawapan yang diterima kurang memuaskan.

“Apabila kami sendiri masuk ke lapangan dan berusaha menubuhkan MRS, kami dapati banyak sebenarnya kegagalan tentang tadbir urus daripada badan pelesenan terbabit.

“Namun, kemelut tentang jumlah agihan royalti ini hanya akan dapat diselesaikan dengan mewujudkan sebuah badan pelesenan untuk mengutip royalti bagi mewakili pencipta lagu etnik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan,  katanya lagi. 

Asmin juga adalah komposer yang turut bertanggung jawab mencipta lagu 'Anggapanmu' dan 'Berpisah Jua' untuk Ziana Zain, 'Kau Ilhamku' (Mai Bai), 'Enggan' (Fauziah Latiff) serta menulis lirik lagu 'Gemilang' (Jaclyn Victor). 

Bercakap tentang lagu etnik di Sabah, Asmin menjelaskan, ia bermaksud lirik yang dihasilkan sepenuhnya dalam suku kaum di negeri itu termasuk Labuan atau lirik lagu yang bercampur dialek atau bahasa lain seperti Melayu yang ada sebutan dan ritma bahasanya sendiri. 

“Di Sabah dan Labuan, lagu-lagu etnik sudah menjadi mainstream tetapi disebabkan masalah agihan royalti yang sedikit, ia sangat jauh untuk mencapai status industri. 

“Oleh itu, penubuhan MRS bukan setakat untuk memungut royalti dan mengagihkan ia kepada ahli-ahli yang berdaftar, tetapi juga membangunkan lagu-lagu etnik di Sabah dan Labuan agar ia mampu menjadi sebuah industri,” katanya. 

Jelas Asmin lagi, kajian yang dilakukan beberapa tahun lepas di seluruh Sabah termasuk Labuan mendapati masyarakat marhaen di negeri ini gemar mendengar dan menyanyikankan lagu-lagu etnik. 

‘Perkara ini benar-benar mengejutkan saya kerada pada awalnya, saya menyangka kebanyakan masyarakat di negeri ini sudah hilang jati diri atau semangat suku. 

“Ternyata sangkaan saya tidak benar sama sekali. Sebaliknya, lebih 60 peratus masyarakat di Sabah amat menyukai lagu-lagu etnik. 

“Atas sebab itu, kami sedang berusaha untuk melestari lagu-lagu etnik di seluruh Sabah dan Labuan agar penggunaannya menjadi seratus peratus,” katanya lagi. 

Memandangkan penubuhan MRS sudah pun mendapat kelulusan kerajaan, Asmin berkata, mereka sedang berusaha untuk membuka operasi pejabat dan membuat pertemuan dengan beberapa pihak yang berkepentingan. 

“Sebetulnya, perancangan untuk menubuhkan MRS sudah dimulakan sejak tiga tahun lalu dan dari saat itu kami sudah berjaya mengumpulkan 5011 buah lagu-lagu etnik. 

“Daripada jumlah ini, kami dapati lebih kurang 6,000 lagu etnik yang belum berdaftar. Ia tidak termasuk lagu-lagu yang berada dalam rakam khanah di RTM. 

“Di dalam rakam khanah RTM, ada lebih kurang 9,000 lagu etnik yang telah diluluskan siaran. Yang belum diluluskan ada beberapa ribu lagi. Jadi,tugas kami adalah untuk mengumpul lagu-lagu ini dan mendaftarkan di bawah MRS,” katanya. - Getaran, 27 Januari 2022

Gambar: Facebook Asmin Mudin

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN