web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyanyi Bakal Menyerlah 2022

Getaran menyenaraikan 10 penyanyi tanah air yang dijangka menyerlah tahun ini dengan karya-karya mereka. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 12:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun 2021 menyaksikan industri muzik Malaysia meriah dengan pelbagai lagu baharu yang mewarnai arena seni tempatan. Ada yang berjaya memperoleh pendapatan lumayan tahun lalu seperti Iman Troye biarpun baru setahun jagung bergelar penyanyi.

Tahun ini, kemeriahan itu dijangka akan berterusan. Semakin ramai penyanyi giat menghasilkan lagu-lagu baharu untuk halwa telinga peminat. 

Getaran senaraikan 10 penyanyi yang dijangka menyerlah sepanjang 2022 dengan karya-karya mereka.

Haqiem Rusli

Populariti serta bakat yang ada padanya tidak boleh dipertikaikan lagi. Baru sahaja mendirikan rumah tanggga pada November lalu, namun statusnya sebagai suami orang tidak menghalang Haqiem untuk terus mengukir kejayaan. Buktinya, dua lagunya iaitu 'Mimpi' dan 'Lara' berjaya mara ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 36 (AJL36).

 

Nabila Razali

Biarpun sering dilanda kontroversi, kita tidak dapat menidakkan populariti Nabila Razali. Lagu-lagunya sering mendapat perhatian dan menerima jutaan tontonan di YouTube. Tahun ini bakal menyaksikan Nabila sekali lagi menjadi perhatian dengan karya-karya menarik. 

 

Naim Daniel

Naim mencatat rekod membanggakan sebagai penyanyi dua tahun kebelakangan ini dan kecemerlangan itu dijangka akan berterusan tahun ini. Dua lagunya iaitu 'Purnama' dan 'Lara' berjaya tembus ke pentas AJL36. 

 

Iman Troye

Baru setahun jagung bergelar penyanyi, populariti yang diraih penyanyi yang lahir dari program 'I Can See Your Voice Malaysia' ini bukan calang-calang. Lagu debutnya iaitu 'Teman' berjaya mendominasi beberapa platform muzik dan sering terpilih sebagai lagu untuk iklan.

Lagu terbaharunya 'Nang' juga berjaya mencuri tumpuan. Pasti ramai tidak sabar menantikan buah tangan terbaharu Iman untuk 2022. 

 

K-Clique

Tidak dinafikan, populariti yang diraih kumpulan yang berasal dari Sabah ini semakin melonjak naik. Lagu-lagu mereka sentiasa mencuri tumpuan. Dua daripada penyanyinya iaitu MK dan Noki pula semakin mendapat perhatian dalam dunia lakonan. 

 

Dolla

Sejak kemunculan pertama mereka dengan lagu 'Make You Wanna', kumpulan ini terus mencuri perhatian pencinta muzik tanah air. Setiap lagu baharu yang dikeluarkan mereka pasti mendapat sambutan.

Populariti mereka mendapat pengiktirafan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun lalu apabila mengungguli kategori Artis Baru Popular. Momentum ini dijangka berterusan tahun ini. 

 

Yonnyboii

Lagu-lagunya sentiasa mencuri tumpuan pendengar di Malaysia kerana sarat dengan mesej. Permulaan yang baik buat Yonnyboii tahun ini apabila lagunya yang berjudul Salahku' berjaya melangkah ke pentas AJL36. 

 

Bunga

Seringkali menjadi pilihan artis tempatan untuk dijadikan rakan duet, Bunga dijangka akan terus menyerlah pada 2022. Tambahan pula lagunya berjudul 'Intan Payung' berjaya mara ke pentas AJL36. Lagu duetnya bersama Siti Nordiana iaitu 'Amaran' juga semakin mendapat perhatian.

 

Khai Bahar

Mana mungkin nama Khai Bahar bisa tercicir senarai ini. Populariti yang diciptanya sejak awal kemunculan tidak pernah surut. Setiap tahun Khai tidak pernah gagal menghasilkan lagu baharu. Kini dilihat semakin matang, 2022 pasti membawa lebih banyak kejayaan buat Khai Bahar. 

 

Aina Abdul

Aina Abdul cemerlang sejak beberapa tahun lalu. Karya-karya ciptaannya sentiasa mendapat perhatian. Setiap pertandingan yang disertainya pasti membawa pulang hasil. Fesyen-fesyen yang diperagakannya juga sering menjadi buah mulut netizen.

Aina memulakan tahun 2022 dengan kejayaan apabila dua lagunya iaitu 'Sepi' dan 'Nafas Cinta' layak ke pentas AJL36.

Semoga semua penyanyi ini berjaya menghasilkan karya bermutu dan mencipta lebih banyak kejayaan pada 2022. - Getaran, 3 Januari 2022

Gambar: Instagram 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN