web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hajat Fazli Zainal Nyanyi Lagu Ajai Tercapai

Fazli anggap lagu 'Mantan Yang Terluka' adalah pengubat dirinya di kala masih berusaha melawan virus COVID-19.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Dec 2021 9:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kalau masa diputarkan kembali, penyanyi Fazli Zainal pasti tidak mahu mengenang semula derita yang dialami sewaktu disahkan positif COVID-19 sehingga terpaksa ditahan selama sebulan di Hospital Ampang untuk menerima rawatan susulan bermula 30 Julai hingga 28 Ogos lalu. 

Sepanjang tempoh itu, dia seolah-olah seperti sedang bertarung dengan mautnya apabila terpaksa mendapat bantuan oksigen dan ramai yang mendoakannya supaya terus berjuang untuk sembuh daripada virus tersebut, 

“Tempoh sebulan menerima rawatan memberikan ruang untuk saya berfikir dan mencari kekuatan. Ada ketikanya saya akui, saya hampir pasrah dan putus asa.

“Tapi, sokongan yang saya terima daripada keluarga, sahabat, petugas barisan hadapan dan peminat memberikan saya secebis harapan untuk terus berjuang.

“Saya harus terus berjuang dan tidak boleh membiarkan virus itu untuk terus menyekat hidup yang telah saya bina dan cinta saya terhadap nyanyian,” kata Fazli.  

Fazli Zainal ketika mendapatkan rawatan. Gambar Fail
Fazli Zainal ketika mendapatkan rawatan. Gambar Fail

Barangkali, apa yang dilalui penyanyi yang telah bertapak di industri ini selama hampir 16 tahun menerusi program realiti Malaysian Idol itu ada hikmahnya kerana ia turut merangsang dirinya untuk terus kembali dengan lagu baharu berjudul 'Mantan Yang Terluka'. 

Lagu ini adalah hasil ciptaan Ajai dan lirik ditulis oleh Fedtri Yahya di bawah projek ISK Muzik (Inisiatif Seni Kreatif).

Rakaman lagu telah dijalankan sekitar Julai 2020 dan klip videonya pula dirakamkan pada bulan Oktober 2020 di sebuah studio di Petaling Jaya.

“Ia merupakan julung kalinya saya bekerjasama dengan Abang Ajai. Sememangnya hajat mendapatkan khidmat beliau telah saya simpan dan rezeki itu sampai jua.

“Saya juga bersyukur kerana walaupun dilanda musibah COVID-19 sebelum ini, namun Allah SWT memberikan saya rezeki lagu baharu sebagai pengubat di kala saya masih berusaha melawan virus,” katanya yang membuka lembaran kerjayanya dengan lagu hit berjudul 'Harapan'. 

Sementara itu, Ajai pula memberitahu, dia mencipta lagu 'Mantan Yang Terluka' itu khas buat Fazli dengan mengambil kira kekuatan vokal dan tone yang ada padanya.  

“Kekuatan ini saya hadirkan dalam melodi lagu 'Mantan Yang Terluka' dan Fazli menyempurnakan sesi rakaman dengan baik sekali. Ini juga merupakan kolaborasi pertama saya dengan Fedtri Yahya.  Lirik beliau memang indah,” katanya lagi. 

Bagi Fedtri Yahya, dia berusaha mengilhamkan lirik 'Mantan Yang Terluka' menerusi kisah cinta manusia. 

“Terluka adalah lumrah dalam cinta. Jangan membohongi diri andai tidak bahagia. Semua orang berhak menyuarakan rasa itu jika tidak mampu lagi menanggung beban luka dalam jiwa,” katanya. 

Fazli juga akui teruja dapat bekerjasama dengan pihak Wake The Baby Records, ISK Muzik dan juga Universal Music Malaysia.  

“Karya ini telah menyuntik lebih semangat buat saya untuk terus berkarya dan terima kasih kepada semua peminat yang tidak putus-putus mendoakan saya sewaktu saya berada di hospital. 

“Hanya Allah SWT saja yang mampu membalas budi dan doa anda semua sepanjang hampir sebulan saya di wad kuarantin,” tambah Fazli lagi. 

'Mantan Yang Terluka' yang diterbitkan ISK Muzik (Inisiatif Seni Kreatif Muzik) dengan kerjasama Universal Music Malaysia (selaku pengedar digital) telah diluncurkan di seluruh digital platform termasuk YouTube.

Gambar: Fazli Zainal FB 

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN